Showing posts with label Islamic hotel. Show all posts
Showing posts with label Islamic hotel. Show all posts

Monday, May 4, 2015

Hi Tea Buffet Sempena Hari Ibu 2015 di Grand BlueWave Hotel Shah Alam

Hi Korang,


Citer bab makan lagi ni.


Dapat jemputan makan lagi di Grand BlueWave Hotel Shah Alam, cam nelah aku nak kecilkan saiz pinggang kan. Ada je jemputan makan saban minggu, nak di ganti dengan orang lain tak baik pulak perangai cam tuh.


Jadi hari tuh, sempat jugak aku merasai sendiri hidangan buffet sempena promosi sambutan Hari Ibu 2015 tidak lama lagi iaitu pada 10hb Mei 2015.

Di antara yang menjadi menu hidangan masa hari tu nanti adalah Tomato Mozarella Salad, Szechuan Chicken with Mango Sald, Rojak Buah Penang, Chicken & Seafood Terrine Platter, Ceaser Salad with condiment, Assorted Crudities with Avocado Dip, Oxtail Asama Pedas, Cream of Chicken Chowder Soup, Seafood Vole Vaunt, Assorted Tempura, Mussel Au Gratine, Morrocan Ouzi Rice, Sharwarma dan banyak lagi. 














Letih-letih jugak nak makan sebab banyak sangat pilihan. Itu belum masuk dessert lagi tau.


Selain daripada tuh, ada persembahan artis daripada Ms Adilla Idris yang bakal menghiburkan para-para ibu yang diraikan. Ada juga aktiviti untuk ibu-ibu tersayang seperti Sporting Mom Dancing with Adilla, Sweet Words for Mom, Gorgeous Mom Best Dress, Guessing Mom’s Favourite, Cake Decoration dan pelbagai lagi aktiviti menarik.


Untuk harga buffet Hari Ibu 2015 di Grand BlueWave Hotel Shah Alam ni ialah

RM69.00+ bagi dewasa
RM34.50+ bagi kanak-kanak (4-11 tahun)
RM55.00+ bagi warga emas (60 tahun ke atas)

Apa lagi yang nak ditunggu kan, jom lah ke

Restoran Royal Songket
Grand BlueWave Hotel,
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor.
Tel : 03-5511 8811 ext 2723, 2724 or 2725

Cik Lily Terfikir : yang mana satu mak nak bawak ni ek, aku ni banyak mak ermmm... garu kepala jap..


Monday, January 19, 2015

Makan Tengahari Sempena Promosi CNY Di Grand BlueWave Hotel, Shah Alam

Hi Korang,


Lama betul tak kemari ek, yelah sejak dari food review untuk Krismas tahun lepas kan.


Bila diaorang jemput ke promosi Chinese food sempena CNY ni, haruslah jangan lepaskan peluang kan sebab tak nak miss yee sang tuh. Hehehhehe




Kita semua tau kan Tahun Baru Cina merupakan sambutan yang berkaitan dengan get together dengan family setelah berhempas pulas kerja sepanjang tahun kan, sebab tu bila petang CNY eve, diorang ni ada Reunion Dinner atau makan besar. Semua ahli keluarga balik ke pangkuan keluarga untuk makan bersama-sama. Ewah kemain ayat aku kan. Hahahaha

So of courselah mesti ada Yee Sang. 

Yee Sang ini macam makanan yang macam ala-ala salad yang di gaulkan sekali bersama bahan-bahan perasa yang tersendiri. Yang best tu semua orang memang kena gaul ek, lagi tinggal kita angkat bahan-bahan yee sang ni lagi bernasib baiklah kita untuk tahun ni. Itu kepercayaan orang Cina lah.


Ada beberapa jenis Yee Sang yang disediakan oleh Chef Patrick dan krewnya di Tung Yuen Chinese Restaurant ni iaitu Tuna and Abalone Yee Sang, Salmon Fish and Pacific Clam Yee Sang, Salmon Fish Yee Sang dan juga Vegetarian Yee Sang. Harga bermula dari RM38.00++ hingga ke RM 330.00+, sesuai untuk seminium 2 orang makan lah.

Mehlah tengok di antara menu yang menjadi hidangan ktorang untuk tenghari tu ek

Yee Sang with Salmon Fish

Fried Rice with Pumpkin Cube and Chicken

Roasted Chicken with Chinese Herbal Sauce

Baked White Prawn with Chrysanthemum Tea Leave and Creamy Milk

Stewed Fried Fish Maw with Crab Meat Roll and Broccoli

Braised Assorted Dried Seafood Soup with Dry Scallop and Crab Meat

Chilled Longan with Sea Bird Nest (Seaweeds Jelly) and White Fungus

So menu makanan ini akan di hidangkan sekali dengan menu yang lain mengikut pakej yang telah pun di sediakan yang di panggil Golden Prosperity CNY Set Menu yang sesuai sekali menjadi hidangan untu keluarga dan company gathering atau pun dengan kengkawan kan

RM 888.00+ (Set 1: 7 course)
RM 1,128.00+ (Set 2: 7 course)
RM 1,288.00+ (Set 3: 8 course with Shanghai Pancake)
RM 1,388.00+ (Set 4: 9 course) 
RM 2,888.00+ (Set 5: 8 course)


Set menu ini boleh di dapati setiap hari, semasa lunch mahupun dinner, just nice untuk 10 orang sekali makan semeja.

Promosi Gong Xi FaChai Chinese food Grand Blue Wave Hotel ni bermula dari 19hb Januari - 6hb Mac 2015.


Jom kita ke

Tung Yuen Chinese Restaurant,
Level 1,
Grand BlueWave Hotel,
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor.
Tel : 03-5511 8811

ini bukan bos aku ek... hehehe

Apa tunggu lagi, meh suruh bos korang banjer ek..






Wednesday, December 17, 2014

CHRISTMAS Dinner & NEW YEAR Hi Tea Di Grand Bluewave Hotel Shah Alam.

Hi Korang,

Yeah Krismas datang lagi.

That means projek makan-makan pun haruslah bermula kan.


Dapat jemputan lagi ke Grand BlueWave Hotel Shah Alam ni last week, kebetulan tak kerja so heret Mr Big sekali untuk kali ni.


Untuk tahun ni, Grand BlueWave menghidangkan untuk Perayaan Krismas bertemakan Merry Joyland‘ dan para pengunjung akan di hidangkan dengan makanan perayaan Krismas tradisional seperti Roasted Turkey Breast served with Cranberries Sauce and Lamb Leg marinated in Honey Rosemary Sauce. 




Di samping itu juga, Chef Nuzul Jawahir selaku in-charged Chef, juga menyediakan Breaded Salmon Dill Cakes along dan juga Albondigas Soup serta Cherry Crumble Muffins dan Passion Fruit Cheese Cake,

Promosi ‘Christmas’ Grand BlueWave Hotel ni bermula sepajang hari pada 25hb Disember 2014 dari pukul 12.00 tengahari hingga 4.30 petang


Ok ni harga untuk Christmas buffet bagi Eve dan Hi-Tea ni ek

Christmas Eve Buffet Dinner ( 6.30pm – 10.30pm)

25 December 2014
Price : RM125.30nett per person – Royale Songket Restaurant
Price : RM102.10nett per person – Agehan Japanese Restaurant

Christmas Hi-Tea (12.00pm – 4.00pm)

25 December 2014
Price : RM81.20nett (Adult)










Selain daripada menu Krismas, ktorang juga dapat merasa menu untuk promosi tahun baru. Yelah kan, sekaligus dapat makan. Sedap-sedap juga hidangannya seperti Roti Jala, Ulundu vadai, dan tidak lupa untuk memenuhi selera Cina iaitu Nasi Ayam Hainan pun ada serta Chinatown Peking Duck.

Ok ni harga untuk New Year buffet bagi Eve dan Hi-Tea ni ek

New Year Eve Buffet Dinner (6.30pm – 10.30pm)

31 December 2014
Price : RM125.30nett per person – Royale Songket Restaurant
Price : RM102.10nett per person – Agehan Japanese Restaurant

New Year Hi-Tea (12.00pm – 4.00pm)

1 January 2015
Price : RM81.20nett (Adult)



Untuk tempahan dan info, korang boleh call 03-5511 8811 ext 2612 Royale Songket dan Agehan Japanese Restaurant atau pun boleh layari www.bluewavehotels.com. Lagi banyak info dan gambar yang korang tengok kan.

Jom kita ke


Restoran Royal Songket
Grand BlueWave Hotel,
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor.
Tel : 03-5511 8811 ext 2612


Sesiapa yang tengah mengidam nak rasa daging ayam belanda tu bolehlah ke sini. Tak de pelik mana pun makanan diorang ni, sedaplah sebenarnya.