Showing posts with label IOI City Mall Putrajaya. Show all posts
Showing posts with label IOI City Mall Putrajaya. Show all posts

Friday, June 24, 2016

Makan Time Bersama Fish & CO

Hi Korang,

ye Makan Time.... 

APA? 
Bloop Bloop! 
Nikmati makanan laut dan ayam goreng rangup di dalam kuali untuk Hidangan Istimewa Makan Time kami tahun ini. Kagumkan ahli keluarga dan rakan – rakan korang dengan kesegaran,kepelbagaian dan kualiti. Harga bermula dengan RM22.50 seorang sahaja. 

BILA DAN DIMANA? 

Hidangan istimewa Makan Time boleh didapati di Pavilion KL, Paradigm Mall, Main Place@USJ 21, The Mines Shopping Mall, IOI City Mall & 1 Utama Shopping Centre bermula dari 1 Jun 2016 hingga 17 Julai 2016. 

Berapa Ringgit?


Makan Time Set untuk 2 @ RM 45 nett 
- The Best Fish & Chips in Town 
- Peri-Peri Catch
- 2 Soft Drinks 


Makan Time Set untuk 4 @ RM 109 nett 
- The Best Fish & Chips in Town 
- Peri-Peri Catch 
- Fry-Kings Platter 
- 4 Soft Drinks 

Awesome Top-ups 

- Hot-Fudge Cake (RM 7.95) 
- Soup of the Day (RM 5.95) 

Makan Time Set Menu untuk 2 @ RM 45 nett 

Makan Time Set Menu untuk 4 @ RM 109 nett 


Lokasi Cawangan:

Pavilion Kuala Lumpur (Flagship), Tel: 03 – 2141 1350
Paradigm Mall, Tel: 03 – 7491 0809
The Mines Shopping Mall, Tel: 03 – 8958 5856
Main Place @ USJ 21, Tel: 03 – 8011 4583
IOI City Mall, Tel: 03 – 8328 0761
1 Utama Shopping Centre, Tel: 03 – 7722 4928 

Untuk maklumat lanjut, 

sila layari laman web : 

atau 
ikuti kami di 

Facebook : 

Twitter 

Instagram: 
untuk maklumat terkini.

Tentang Fish & Co. 

Bermula dari tahun 1998, Fish & Co. adalah restoran keluarga yang kasual yang menghidangkan hidangan makanan laut yang segar di dalam kuali.Pengalaman makan yang unik diinspirasikan daripada nelayan-nelayan di laut Mediterranean yang menangkap hidupan laut, masak dan menjamah tangkapan laut tersebut terus dari kuali.Direka dengan persekitaran yang natural, kasual dan berunsurkan nautika, Fish & Co. restoran dan pekerja-pekerjanya yang peramah dan mudah didekati.Di Fish & Co., semua makanan laut dihidang secara sederhana dan berterus terang. Hanya menggunakan makanan laut yang segar dan bahan-bahan semulajadi seperti minyak zaiton, herba dan rempah ratus dari serata dunia, Fish & Co. telah menggembirakan pelanggan-pelanggannya dengan hidangan yang memikat selera dalam size hidangan yang besar dan servis yang mesra-menunjukkan kualiti dan nilai yang tinggi. 

Friday, April 1, 2016

Guardian Makeover ‘Confidence Creation’Di Ioi City Mall Putrajaya.

Hi Korang,

Last weekend dapat invitation daripada Guardian ke annual makeover event diorang ni. Kali ni best sket sebab dekat nau dengan umah kan so haruslah kena pi kalau tak rugi ooooo…


Guardian Makeover yang ditunggu-tunggu kini kembali! 

Bertemakan Confidence Creation, pesta kecantikan dan kesihatan tahunan Guardian menemui wanita hampir diseluruh Semenanjung Malaysia dalam tiga hujung minggu berturut-turut. Dan buat pertama kali, acara yang memperkasakan wanita dengan tip-tip dan alat-alat untuk tampil anggun dan kekal sihat diadakan di tiga lokasi utama iaitu Putrajaya, Johor Bahru dan Pulau Pinang.


Berucap di majlis perlancaran acara itu di Putrajaya, Christina Low, Pengarah Pemasaran Guardian Malaysia berkata, "Kami berbangga untuk menyatakan bahawa sejak tahun 2008, ribuan wanita telah hadir ke acara ini untuk dirias semula oleh barisan pakar kecantikan kami. Tetapi apa yang kami lakukan di acara ini, adalah lebih daripada zahirnya. Saya tidak ragu-ragu mengatakan bahawa setiap wanita yang datang ke pameran ini, keluar sebagai seorang yang lebih bersemangat dan berkeyakinan. Apa yang lebih menarik daripada seorang wanita yang yakin?"


"Disebabkan ini, dan bagi meraikan Hari Wanita Sedunia yang disambut awal bulan ini, kami telah memilih Confidence Creation, sebagai tema acara makeover kami. Keyakinan adalah salah satu ciri penting yang perlu dimiliki setiap wanita. Kajian telah menunjukkan bahawa keyakinan menjadikan anda mendekati sesuatu dengan cara yang berbeza. Keupayaan seseorang untuk melihat harga dirinya sudah pasti memberi semangat untuk menghadapi apa jua cabaran dalam kehidupan. Kepada semua wanita di luar sana - akuilah kecantikan diri, sayangi diri anda dan buatlah pilihan yang sihat hari ini!" tambah beliau.


mereka yang meng'makeover' para pengunjung yang datang

Selaku peruncit farmasi, kesihatan dan kecantikan terkemuka di negara ini, Guardian memainkan peranan bersinergi, menggalakkan bukan hanya wanita, tetapi masyarakat secara umum, dan para pelanggannya khususnya, untuk menjalani gaya hidup yang sihat dan aktif. Acara Guardian Makeover yang kini memasuki tahun ke-9, adalah sebahagian daripada usaha berterusan Guardian dalam memperkasakan wanita untuk menjaga kesihatan dan kesejahteraan mereka.






Sahagian pertama acara tersebut telah diadakan di Johor Bahru hujung minggu lalu, dimana ia disertai oleh ribuan peserta. Ia akan dibawa ke Queensbay Mall di Pulau Pinang pada 2-3

April 2016, dimana barisan pakar-pakar kecantikan dan kesihatan Guardian dijangka akan membantu sekurang-kurangnya 3,000 lagi wanita dalam mencipta keyakinan mereka.




Terbuka kepada sesiapa yang memegang tiket yang diperolehi dengan pembelian barangan bernilai RM50 mana-mana jenama yang mengambil bahagian, acara Confidence Creation Guardian menawarkan makeover lengkap yang terdiri daripada solekan oleh Makeup Puzzle dan dandanan rambut oleh A Cut Above Academy. Tampil keluar dengan lebih yakin, peserta seterusnya diraikan dengan satu sesi fotografi profesional!








Acara tersebut turut menawarkan pelbagai tips solekan yang bersesuaian dengan keadaan yang berbeza, agar anda tampil bertenaga, menawan, menyeronokkan dan hebat. Pelbagai aktiviti menyeronokkan turut disediakan, seperti demonstrasi solekan dan permainan menyeronokkan, khas untuk peserta yang datang bersama keluarga. Semua peserta yang mendaftar juga akan diberikan beg cenderahati.

Acara Confidence Creation Guardian juga dimeriahkan dengan pencarian Model Hijabi. Pencarian model-model baru untuk majalah Hijabista akan diadakan diketiga-tiga lokasi acara. Kepada yang berminat bolehlah mengambil bahagian dengan membeli mana-mana produk di acara tersebut, beserta kombo majalah oleh penerbitan tersebut.

Ok giliran mak plak nak makeover ek

duduk sebelah Sherry, cantik rambut dia bile dah siap

ambik gambo stylist plak, diorang ni student je 

ok rambut dah buat mata plak

biasalah pompuan makeup mesti lama ek

comey kan, sket lagi ek

Itulah dia makeover mak uolls. Gambar dah makeover ada amik tapi tak tau plak mana letak plak ek ishkk sengal betul kan...

So this week kat Penang plak, so standby orang Penang ye. Sangat-sangat seronok wei...

Para pelanggan juga boleh mendapatkan beg tote edisi terhad Guardian yang dijual pada harga istimewa RM19.90 (RP RM49.90) di farmasi Guardian di seluruh negara, sementara stok masih ada!

Untuk info lanjut, sila layari www.guardian.com.my

Saturday, February 27, 2016

Sambutan Tahun Baru Cina Bersama dengan GINTELL

Hi Korang,

Sempat aku attend event Gintell ni last week, itu pun sebab dekat dengan umah kan so pi jelah.

Seronok gak ramai orang ooo


Bak kata pepatah "Kesihatan adalah kekayaan dan pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati". Sempena menyambut Tahun Monyet, GINTELL percaya tentang ‘Kesejahteraan Hidup, Kesihatan Badan’ sebagai matlamat untuk memberikan ‘Kesejahteraan, Kesayangan dan Kehidupan’ bagi pelanggan. GINTELL berharap agar seisi keluarga dapat menjalani kehidupan yang sihat and sejahtera dengan produk-produk GINTELL. Dengan ini, GINTELL akan menganjurkan pameran kesihatan sempena Tahun Baru Cina di IOI City Mall Putrajaya dari 18 Februari sehingga 28 Februari, 2016.



Bersempena dengan pameran kesihatan ini, GINTELL telah menjemput duta GINTELL yang disegani sepanjang 9 tahun ini, pelakon dan pengacara terkenal Dato’ Jalaludin Hassan, dan juga model antarabangsa Amber Chia untuk menyertai pameran kami pada 20 Februari 2016, jam 3:30 petang untuk berinteraktif dengan pelanggan. Selain itu, sebanyak 8 tarian singa akan memeriah lagi suasana dengan adanya ”God of Prosperity” bergaul sekitar dan memberi Simon Yam Ang Pow dan kalendar meja kepada pelanggan.



*Pakej CNY (1)

GINTELL De’Wise Care ialah kerusi urut pertama yang menggunakan urutan teknologi XV-trek sepanjang 135cm yang memberi regangan urutan dari tengkuk ke peha, yang mampu mengurut bahagian kritikal yang kerusi urut biasa tidak mampu capai. Selain itu, teknologi urutan ‘Butterfly’ serta Pusingan Guasa 3D menawarkan pengalaman urutan seakan diurut oleh pakar urut. GINTELL menawarkan diskaun RM10, 988 atau RM305.22 sebulan bagi kerusi urut De’Wise Care dan treadmill perlindungan sendi CyberAIR EZ! Untuk meraikan Tahun Baru Cina, pasti kita menikmati banyak makanan yang enak dan berat badan akan meningkat juga! Jadi, kombo ini membolehkan tubuh badan yang sihat dengan adanya sebuah treadmill perlindungan sendi GINTELL CyberAir EZ dan ia seakan jurulatih kecergasan profesional anda!

*Pakej CNY (2)

Sofa FUNtastic De’Vano S GINTELL menggabungkan kenikmatan urutan dengan rekaan kontemporari yang sesuai untuk dipadankan di rumah. Urutan FUNtastic Trek-V yang panjangnya 105cm mempunyai reka bentuk ergonomik untuk memberikan urutan seluruh tubuh yang lebih memuaskan dan mampu mencapai bahagian belakang, pinggul dan peha sekaligus melegakan ketegangan otot untuk keselesaan dan ketenangan tubuh badan.

Berbanding dengan kerusi urut biasa yang gagal melegakan posisi dengan tepat, Penggelek Urut Berhaba 3D De’Vano S mampu memberikan kelegaan menyeluruh untuk pengedaran darah dan meningkatkan metabolisme bagi mengurangkan pengekalan air dalam badan serta lenguh bahu. Pembentuk punggung dan juga pelvik memberi sasaran kepada bahagian peha untuk membantu pembentukkan punggung, dan membantu membetulkan pelvis untuk mengecapi bentuk badan yang diidamkan. Tapak kecil Sofa FUNtastic De’Vano S GINTELL memudahkan anda meletakkannya di mana sahaja di dalam rumah untuk menikmati keselesaaan urutan. Sekarang, anda hanya perlukan RM3, 988 atau RM110.78 sebulan akan memiliki De'Vano S FUNtastic Sofa dan kaki urut G-Bettle Plus. Dengan adanya mesin urut kaki, kepenatan kaki semakin kurang sempena lawatan ke saudara-mara dan rakan-rakan pada Tahun Baru Cina ini.




*Pakej CNY (3)

GINTELL DéVas HD yang direka dengan inovasi urutan yang memberikan urutan yang lebih presisi untuk seluruh badan. Selain itu, kerusi urut GINTELL DéVas HD berteknologi HD untuk memberikan kehidupan yang sihat dan kesejahteraan seisi keluarga. Pakej kombo Kerusi urut GINTELL DéVas HD dan mesin senaman GINTELL i-So Curve hanya RM7, 988 atau RM221.89 sebulan! Ia dilengkapi dengan trek SV Chiro 110cm memberikan 38% lebih urutan mencapai pinggul dan peha. 



*Pakej CNY (4)

Kerusi urut GINTELL De'Wise Wisdomatic adalah kerusi urut yang memenuhi keperluan untuk semua. Dengan adanya GINTELL DéWise, segala kepenatan akan hilang dengan keseronokan dan kepuasan urutan yang selesa. Penggelek 3D akupuntur diperkenalkan untuk memenuhi keperluan setiap orang. Ciri-ciri ini memberi urutan wisdomatic yang disesuaikan dengan saiz badan anda. Selain itu, pengesan pintar dengan tepat mengikut titik Akupuntur badan anda yang dapat menyenangkan seluruh badan. Selain itu, Trek Ultra Chiro akan mengikuti setiap lengkung badan anda bagi menyediakan urutan yang persisi dan disasarkan dengan ergonomik dan keselesaan dari leher ke paha. Trek 95cm panjang ini akan membantu melegakan sakit belakang dan pinggang dan melegakan sengal otot. Selain itu, Regangan 230 Royale Thai akan membantu melegakan dan menghilangkan penat anda setelah seharian penat bekerja. Sekarang, anda boleh memilikinya hanya RM16, 988 atau RM471.89 sebulan kombo dengan sebuah treadmill perlindungan sendi GINTELL CyberAir EZ .

GINTELL adalah salah satu rangkaian produk penjagaan kesihatan yang terkenal di Malaysia. Kini, GINTELL mempunyai lebih daripada 107 cawangan di pusat membeli belah terkemuka di serata Malaysia dan diiktiraf oleh Malaysia Book of Records bagi “Rangkaian Produk Penjagaan Kesihatan Terbesar”!


Bersama-sama menyambut Tahun Baru 2016 dengan kehidupan yang sihat! Kunjungi mana-mana cawangan GINTELL di seluruh negara sekarang untuk menikmati tawaran yang hebat. Untuk maklumat lanjut, hubungi talian khidmat pelanggan di 1800-88-6332 atau layari Facebook GINTELL MALAYSIA dan GINTELL WeChat atau laman web rasmi GINTELL di www.gintell.com.

GINTELL berharap semoga sihat dan bahagia dan Selamat Tahun Baru Cina!

Thursday, February 11, 2016

Membeli Belah di YFS Concept Store, IOI City Mall Putrajaya

Hi Korang,

Memang aku selalu ke ioi City Mall ni tapi langsung tak perasan kedai pakaian ni.


Bukan apa, jarang lalu tingkat 2 ni selalu jejalan kat bawah je itu pun beli groceries dan beli makanan #DakUban je hehhehe


So bila ada jemputan daripada Sabrina dan Amir ke majlis perasmian pembukaan butik pakaian ni mesti excited kan, boleh check it out fesyen yang terkini hehehhehe eh bukan aku je ada lagi beberapa rakan media dan bloggers yang turut hadir untuk jayakan sambutan ini.

Mari aku citer sket mengenai YFS Concept Store ni

YFS Concept Store ditubuhkan pada tahun 1980 yang mana cawangan pertamanya terletak di Johor pada ketika itu. Sehingga kini terdapat 50 outlet YFS dengan 500 pekerja keseluruhannya. YFS adalah singkatan kepada Young, Fabulous dan Sassy menawarkan pelbagai rekaan pakaian yang ranggi dan terkini memenuhi citarasa muda-mudi hari ini.

Sebelum aku bawak korang tour satu butik ni meh, aku tunjukkan acara wajib sempena sambutan Tahun Baru Cina ni kan


Yeahhh ‘Yee Sang’ time.. hah lambunglah setinggi yang boleh semoga bertambah kebaikan, kesihatan dan kekayaan….. yeee mari –mari semuanya…


Majlis bertambah meriah dengan adanya acara "Tarian Lion Dance"...


Sempena 2016 merupakan tahun monyet, Kemunculan Monkey King dan juga Lion, membawa maksud semangat juang, membawa tuah, moga tahun baru kali ini beri lebih banyak öng!


Seperti biasa majlis diacarakan oleh Sabrina yang begitu semangat dan teruja mengalu-alukan kedatangan para media ke majlis ini.


Seterusnya CEO YFS Concept Store, Mr. Nicholas Chong turut berkongsip tentang inspirasi gaya yang dibawakan oleh YFS yang mana sangat menekankan citarasa orang asia, mengikut rekaan dan juga saiz.


Bertemakan konsep "Style It Your Way With YFS", rata-rata rakan media yang menghadiri juga teruja dengan penerangan tentang cara pemilihan rekaan baju dan warna dari pihak YFS.

Selain dari label YFS itu sendiri terdapat jenama label lain yang turut dipasarkan di outlet YFS Concept Store, antaranya seperti American Denim, AD Jeans, AD Kids & Mikayla.

Orite, jom kita lihat antara beberapa koleksi yang menarik yang terdapat di YFS Concept Store:-

AD Jeans



Seluar jeans berkualiti tinggi untuk lelaki dan perempuan. Dikeluarkan dalam pelbagai potongan dan warna yang menarik.

YFS Concept

Yang ini antara koleksi pakaian yang paling ditawarkan. Pelbagai jenis rekaan mengikut kesesuaian acara dan minat pembeli itu sendiri. Memang rambang memilihnya terutama dari segi koleksi blouse dan jaket yang cantik. Terdapat koleksi untuk perempuan dan juga lelaki ya.







Jadi kita boleh pilih apkaian samada ianya kasual, pakaian ke office ataupun majlis santai serta perayaan

AD Kids & Mikayla 

Koleksi istimewa buat kanak-kanak yang direka secara esklusif untuk mereka agar tampil lebih bergaya.

Aksesori


Selain daripada pakaian, terdapat juga aksesori yang ditawarkan pada harga sangat berpatutan, pada kualiti yang terbaik jauh lebih murah dari pasaran. Antaranya seperti beg tangan, topi, rantai, gelang tangan, cincin , shawl dan banyak lagi.

Terdapat juga kemudahan "fitting room" yang luas dan agak banyak, bagi membolehkan pengunjung mencuba terlebih dahulu pakaian yang mereka minat sebelum membeli.



Kaunter pembayaran juga banyak dan luas. Jadi memberi keselesaan untuk mereka yang datang berbelanja untuk membuat pembayaran.

Untuk pengetahuan korang yang kaki contest or geng compers ni kan..


Ada peraduan baik punya ni..

1. Hanya perlukan korang menggayakan pakaian dari YFS Store

2. Upload ke FB dan jangan lupa tag--> https://www.facebook.com/YFSConceptStore

3. Minta kengkawan LIKE gambar korang

4. LIKE paling teringgi bakal menerima barangan RM300 dan 10 yang tertinggi dalam senarai bakal menerima produk YFS bernilai RM100.

Keterangan lanjut boleh layari:-


Instagram : @yfsconceptstore



Terima kasih YFS Concept Store atas jemputan yang best ni ek!!!