Showing posts with label Gila Movie/TV. Show all posts
Showing posts with label Gila Movie/TV. Show all posts

Friday, May 28, 2010

Apa Yang Aku Miss Nieh!

Hi Korang,

Terasa lama betul tak update kan. Maklumlah next week ade signing ceremony unutk project baru nie. So banyak benda kena prepare.

Selain daripada contract document kene prepare, contract drawing pun kene check gak. Maklumlah aku nie di antara orang2 yang terlibat rasanya memanglah amat sibuk 2-3hari nie. Dahlah bilik aku kat opis nie dah jadi infomation counter. Segalanya ada di bilik aku nie.

Malas nak bebel pasal kejelah, penat dah seharian bekerja takkan nak citer pasal keje lagi kot.

So sepanjang aku 2-3 ari aku tak update blog nie, banyak jugaklah aku miss.

Di antaranya:-


1. Aku orang ke15 yang join contest Eyriqazz nie. Uik bangga gak nie, aku nie dah lah payah nak masuk contest2 yang memerlukan ketajaman pemikiran kan.


2. Majoriti kengkawan aku dapat tengok Prince of Persia. Sedey okeh aku x dapat. Takpelah harap korang enjoy ye!


3. Rupanya nie Digi Break Event Party. Costume? aku blom terfikir lagi.Aku dengar Tasha nak jadi catwomen.betul ke? ke dracula ek!. Si Bean plak nak jadi Ironman. Biar betul ko beb!. K ina, pojie, sumijelly korang nak jadi apa plak ek?


4. Event Hari Susu Sedunia Ahad nie kat Pavilion. Alamak, aku lom janji dengan sesape lagi nie.Tapi Sumijelly ade ajak aku tadi. SiPojiePooh ajak mr Big plak. Wah mengalahkan aku plak ek si budak Pojie nie. Tak per yang penting Redmummy ajak aku tau!

Nie aku baru baca sket, sampai sekarang masih mentelaah lagi.

Hopefully, aku dapat lakukan segalanya dengan sebaik mungkin. Insyallah.

Tuesday, May 25, 2010

I Wanna Watch Toy Story 3

Hi Korang,

Cerita Toy Story kembali lagi dengan Toy Story 3. Aku memang ikut siri kartun nie, maklumlah terpengaruh dengan mr Big yang kaki kartun. Eventhough dia besar gajah tapi dalam hati ada kartun tau.


Dalam bebanyak karektor baru,aku pilih si dia nie:-

Mr Pricklepants.

Memang comel kan, sama cam mr Big aku.

Banyak lagi karektor yang lelain, di antaranya:-


Apa-apa pun, contest nie di bawa kan oleh Nuffnang. Korang cubalah nasib. Mane tau boleh dapat tiket free kan ek!

Thursday, April 22, 2010

Siri TV : Leverage a.k.a Robin Hood Moden

Salam korang,


Disebabkan aku nie suker gile tengok tv, nama url pun sigilatv kan. Aku nak citer la sket2 pasal citer2 yang aku tengok kat umah. Kalau malam tu, pas masak & makan, aku memang layan tengok tv dulu puas2, pas tu baru lah sibuk2 nak check email lah, update bloglah, berFB bagai lah. Bukan apa bagi chance kat mrBig surf dulu, kalau tak kang asyik tanya dah ke belom guna pc tuh. Maklumlah PC ade satu usernya ade 2 so kenalah takes turn kan.

So tiap2 malam selasa aku memang tunggu citer Leverage nie. Dari 1st season sampailah sekarang nie aku memang setia menengoknya. Citer berepisod nie mengisahkan pasal penyiasat insurance 'Nate Ford' bersama gengnya membenteras gejala2 korporat nie. Ala orang kaya tipu orang miskin, orang ade power gulingkan orang bawahan hah cam tulah. Betul2 macam Robin Hood moden.

Each episod macam2 kisah yang diorg nie buat, and setiap action tu memang tak korang tak akan jangka lah. Pelik memang pelik tapi best.

So di antara pelakon2 citer nie ialah:-


Timothy Hutton - Nate Ford. Dia nie mastermind dalam segala operasi. Tok dalang lah katakan. Kalau tak boleh cam mane pun, dia still ade idea untuk jadikan bende tu boleh.

Gina Bellman - Sophie Devereaux. Dia nie cantik, orang british la katakan. Tapi memang talented bab- bab menipu nie. Kalau berlakon2 tu jadi tokeh kaya tu memang sesuai lah..

Christian Kane - Eliot Spencer.Dia nie kuat giler orangnya. Even berlawan dengan orang sebesar mane pun dia still menang. Hebat kan. 

Beth Riesgraf  - Parker. Cantik tapi cam bodoh2 sket tapi gila tajap cipan. Dah pandai bab buat keje mencuri nie serah je kan dia.

Aldis Hodge - Alec Hardison. Computek geek. Segala akses rahsia negara semua dia boleh tembus. Memang pakar dalam IT.


Memang bestlah citer nie. Kalau korang nak tengok every Selasa. kul 9 malam AXN Channel. Astro 701. Kalau tak de astro boleh beli DVD collection diorg kat Sg Wang Plaza, berlambak giler arh.

Ermm nanti aku nak citer lagi pasal citer2 kat tv yang aku minat. Kekadang citer bebudak Wonderpets, Upin Ipin aku layan gak.

Korang plak, cam ne? citer apa yang korang minat ek?

p/s: Aku cam perasan banyak nau aku guna perkataan gile dalam entry nie. Apakah aku dah gile ataupun memang dah gile kot? ermm....

Friday, April 9, 2010

Date Night - TQ mr Nuffnang

Korang,

nie citer pasal nuffnang lagi. Terlalu banyak keje sampai x sempat nak update blog. Tetiba balik tadi, godek2 blog sambil check email, nampak nie plak.

Tak sangka aku, sekali lagi nuffnang kasi aku hadiah iaitu tiket wayang citer date night. Aku ade buat entry pasal citer nie ari tu, so dapatlah tiket. Check dengan mrBig dia ok ke tak time, dia cakap ok then aku terus reply. So dapatlah aku berjimba lagi dengan Tasha & Bean.
Anyway, sesape yang dapat tiket untuk citer nie jumpe korang di sana.

 p/s: Daydeck, kali ni aku tak dapat nak bawak ko lagi tau! Jangan nak buat muke sedey2 dengan aku...

Tuesday, April 6, 2010

Slot Akasia Na O Mei - Apa Kesudahannya?

Salam korang,

Time lunch jap ni tadi, aku pegilah berblogwalking untuk hilangkan boring. Tetiba ternampak kat blog si Melz pasal cerita AdaMaya bermula 6 April 2010 iaitu ari nie. Ermm peliknya. Bila aku view, confirm2 citer Na O Mei dah abis semalam. Ishk cam ne aku boleh miss last episod nie ek?

So aku pun trus cari info pasal kesudahan citer ni, ada beberape blog yang review pasal last episod nie, spt :




La majoriti cakap ending cerita nie tak best langsung, setakat Na O Mei dengan Arman, Reza dengan Arina dan Camelia akan further study. Itulah. Diaorang tak tunjuk pun siapa bapak Na O Mei. Ermm mungkinkah ada Na O Mei Siri 2 plak. Aduh memang tak abis2 lah jawabnya.

Kalau korang nak tau, aku memang tengok Na O Mei semalam tapi aku tak tau pun itu episod akhir. Yang aku perasan Arman sibuk tengah buat kad tak tau bagi kat sape, Camelia dah sampai umah Arman & Arina dengan parents dia dan Na O Mei & Reza on the way nak ke umah Arina gak lah. Tetiba je aku perasan lagu menuju puncak kuar kat tv nie. Rupa2nya aku boleh tertido plak time maghrib tu (ishk choi), sampai MrBig tukar siaran tv pun aku tak leh perasan akibat terlalu penat sangat agaknya.

Hah korang begitulah kisahnya.Pas nie aku rasa malas nak tengok citer bersambung2 nie. Penatlah nak menunggu sampai abis, bila episod akhir tak best plak. Lagilah....

p/s: Pas nie nak tengok AdaMaya plak ke korang?

Saturday, March 27, 2010

My Date Night

Morning korang,

Nie nak cerita pasal my Date Night antara aku dengan mrBig. Masa bercinta dulu memang kitaorang selalu dating malam disebabkan siang tu kitaorang busy kerja. So time malam lah masa untuk ktrog memadu kasih. Ishk korang nie, kesitu 18SX je kan korang fikir ek?

Normally atau port yang selalu ktorang hang out adalah dalam area Petaling Jaya. Nak tau sebab apa? PJ nie kawasan tengah diantara KL dan Subang Jaya. Masa tu mrBig duk KL, aku plak kat area Ara Damansara tu. So area PJ adalah tempat yang paling perfect untuk jumpa. Maklumlah masing-masing nak jimat, kumpul duit untuk kawinlah katakan. Lagipun mrBig training rugby kat Padang Utara, seberang jalan je dengan Amcorp Mall nie.
So selalunya dalam kul 9pm kitorang jumpe kat Amcorp Mall. Kitorang tengok wayang kat situ, kat sini crowd pun tak ramai dan harga tiket pun murah sket. Eventho masa tu umah mrBig betul2 dekat gila dengan KLCC, tahan ktorg melepak kat Amcrop Mall, semata2 nak jumpa aku dan semestinya nak jimat. Selalunya lepas abis wayang, ktorg akan dinner kat A&W restaurant kat dekat Amcrop Mall tu kan, sebab ia 24jam so lama boleh hang out sket, kekadang tu sampau kul 4-5pagi. Selalunya ktorg borak2 sambil makan. Sebab tu korang perasan tak, size badan ktorag sesame membesar bagai johan, mana taknya asal dating je supper kat A&W, dah sama besar dengan perut maskot tu kan.

Pas tu ktorg akan lepak kat tepi padang sebelah A&W nie. Actually ramai gak orang lepak malam2 kat padang nie. Ada yang jogging dalam padang nie, yang main RC car kat pathway nie. So ktorg leka melayan kerenah orang-orang yang berada kat sini. Korang ade ke dating cam nie? tak de kan. Nie experience tau.
 Ini adalah diantara my date night yang aku rasa pelik tapi best. Yelah masa tu, duk sorang diri kat KL ni, dengan tak de sesiapa kan, family aku kat JB masa tu. SO nasib baiklah mrBig ada untuk jadi peneman setia aku .

So bila dah kawin nie, terasa jarang plak ktorang kesana. Yelah nak buat apa lagi kan. Tapi bila ktorang lalu area PJ nie, mesti ktorang singgah lepak kejap untuk mengimbas kembali time2 masa bercinta dulu. Seronok tau sebenar nya. Amcrop Mall nie banyak menyaksikan kejadian pelik tapi benar, tragis, gembira antara aku dengan mrBig. Nak citer? Nantilah bile ade time aku citer kat korang tau.

Sebenarnya aku tulis entry pasal my date night, kerana ia merupakan contest untuk ahli-ahli Glitterati Nuffnang iatu untuk menonton Premiere Screening - Date Night ni secara percuma. Bila aku baca dalam sinopsisnya mesti kelakar kan.
Kalau korang nak tau lagi, nuffnang berikan pass2 percuma nie kepada 90 ahli Glitterati bersama partner mereka untuk menonton movie nie secara percuma di TGV I Utama. Segala details korang boleh click kat sini:


So cepat2 korang tulis entry nie, dan hopefully kite borak berjumpa di sana.

p/s: mintak2lah dapat tiket ek.


Friday, March 12, 2010

Aku yang dalam hati ada taman

Salam bahagia,

aku baca entry si Bean tadi pasal lagu untuk pagi-pagi, so aku agak terpanggil lah untuk type pasal lagu2 gak. Tapi 100% tak de kena mengena langsung dengan entry dia, so Bean jangan ko ingat aku nak plagiat entry ko okeh!

Dah selalu sangat aku citer pasal makan, mane taknya muke, perut, peha semua dah cam donut. mrBig lagilah donutnya, cam tayar michelin. Ari nie dah citer pasal tajuk kat atas tulah. Agak kelakarkan sebenarnya.

La bukan apa yang special pun, sesaje je nak merapu di hari jumaat yang mulia nie. Dari aku bangun pagi tadi sampai sekarang nie, aku asyik dengar lagu2 dari dendangan Annuar Zain. Dah kenape agaknya ek? Aku dah kene sampuk dek Annuar Zain ke?

Sebenarnye ini yang terjadi:

Aku dapat download citer dari internet semalam. Best citernya. Pasal 3 cerita yang berkaitan to each other.

Org muda suke kat orang tua

Orang putih nak kawin dengan orang melayu

Orang pekak nak kawin dengan orang buta

Macam2 konflik la, dah nama pun bercinta so banyak2 issue yang timbulkan. Seronok melayan, sampai adelah sedih2 sket, tengok cara2 diorg menyelesaikan konflik2 yang diorg hadapikn.

So duk melayan citer nielah. Itu yang jadi cam angau sket tu.Sampai mrBig pun naik heran, dengar aku melalak2 lagu Anuar Zain dalam bilik air sampai kedapur. Nasib baik solat subuh tadi aku tak terbaca doa Qunut lagu Anuar Zain. Uishk boleh rosak otak aku nie.Dalam kereta dengar CD Anuar Zain, sampai sekarang nie, kat opis nie playlist radio aku semua lagu Anuar Zain. Ini semua citer nie punya pasal lah.

Anyway,kalau korang tergolong dalam konflik2 kat citer nie. Cam ne korang nak settle ek? Kalau aku yang kena agak payah gaklah. Tapi orang kata, Nak 1000 daya tak nak 1000 dalih kan.

Oh! Anuar Zain, jom pi lunch nak tak ???Ishk kan ari Jumaat nie, dia nak pi solat jumaatlah. Korang nie!

p/s: Korang yg tak suke Annuar Zain, jangan jeles okeh!!

Friday, March 5, 2010

Friday Nite Datang Lagi

Ermm apa nak buat ek? friday nite nie..

maybe aku akan melayan video2 lucah citer omputih yang dibeli semalam

dengan BARBICAN sambil bercheers2 dengan mrBig kot.

So everyone, cheers! esok cuti

Sunday, February 28, 2010

Happy Birthday mrBigKu.. Ridz

Nasib baik sempat nak update entry untuk special day nie. ermm dalam bebyk entry, kenape plak aku leh terlupa nak buat entry pasal kekasih gelap dan terangku si mrBig nie. Itulah nak kejarkan Nuffnang punya pasal, sampai laki aku pun entry aku leh terlupa nak buat.

Anyway,

Happy birthday to you,
Happy birthday to you,
Happy birthday to my dear mrBig Ridzman..
Happy birthday to you.
I love you very strong tau...

Dear, Selamat menyambut ulangtahun yang ke 32. Semoga apa yang tercatat di your wishlist akan tercapai hendaknya.Hanya aku je yang tau apa dia nak selain daripada our own zuriat.

Apa-apa pun pesta buih yang menghairahkan malam tadi di Presidential Suite, Grand Millennium Hotel berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada kedua-dua my B.I.L & my S.I.L yang bersusah payah untuk ini semua.Semalam hidup ala-ala couple yang tersangat kaya yang sedang berhoneymoon..Nanti aku citerkan ek betapa luxuriesnya duduk kat presidential suite nie tau.

La kenapa korang tak wish kat mrBig aku punye birthday ari nie. Hah eish cepat.. cepat..Ishk korang nie kan..Ermm sempat lagi nie.. wish cepat tau!!

p/s: nanti aku citer pasal entry paintball event lah. Event nie lagi penting tau..Jangan jeles okeh!!

Wednesday, February 10, 2010

Malam Yang Sweet Sangat!

Ala sweetnya title.. Kononlah sweet. Padahal biasa jelah. Tak de ape pun yang menarik.

Malam tadi aku ke sini dgn mr Big.

Thanks to Nuffnang coz bagi aku tiket free tengok citer nie.

Pas maghrib, ktorg sampai di Cineleisure Damansara nie. Sementara nak collect tiket, ktorg jalan dalam building nie. Kedai banyak bukak tapi tak ramai sangat oranglah, may be dah malam and somemore weekdays kan. Ktorg berjalan2 berpimpin tangan cam lovers plak, alahai malunya.dah memang lovers pun kan. ermm cam tak biasa plak kan, ishk aku nielah. Bila masuk je kedai IT, trus dia tinggalkan aku (tengok tuh, baru je puji2 tadi kan) coz dia nak cari headphone untuk pc ktorg kat umah. Bukan apa, aku selalu bising bile dia main game tembak2 kat pc tuh, sampai umah jiran sebelah boleh dengar. Sebelom jiran aku complaint, lebih baik aku complaint dulu kan? Bagus tak isteri yang x berapa nak solehah nie kan! hua hua hua..

Dah dapat apa yang dia nak, terus dia heret aku pegi makan kat Manhattan Fish Market sebab dia dah lapo sangat. Lah, duduk 1/2 jam dlm kedai tu tadi tak lapo plak kan? uisk pelik plak aku tgk laki aku nielah.

Sampai2 trus order,pas dah gaduh2 dgn waitress kedai tuh, so confirm ktorg order Valentine promotion course. So far bolehlah. Tak la sesedap mana, sedap lagi Seafood platter for 2. Lagi banyak ingredients dia letak. Ermm korang layan lah gegambo kat bawah nie:-

Tropical Breeze
(actually aku pun leh buat orange juice dgn air 7 up je tau)

Valentine Seafood Dinner
(harapkan Salmon tu beso je okeh, sos teriyaki tu sedap)

CoffeeTiramisu Dalam Cawan
(aku rasa mascorpone cheese tu banyak sgtlah)

Dah kenyang, trus naik atas ke Cinema plak, rupanya bukan Nuffnang je bagi ticket free, banyak lagi counter bukak untuk citer nie. Sampai RELA tolong datang jaga area cinema nie. Sambil menunggu nak masuk, terjumpe plak si Bean & Ain, so handover la CD consists of gambo2 gathering di Mines ari ahad ari tuh. Sambil borak2 plak, jumpa plak SumiJelly berdua dgn IRnya.

Aku baru perasan rupanya aku dapat tiket untuk premier show citer nie. Ishk! bengong betullah kan. Panggung full house. Jalan cerita sangat menarik. Actually lebih kurang cerita Cinta kat Malaysia nie. Citer nie berlaku dalam masa satu hari je. Dari pagi hari Valentine tu sampai pengujung malam Valentine tu. Ermm tak semestinya dalam hari Valentine nie semua orang happy, ada gak yang sedey okeh!. Yang best tu para pelakonnya begitu mantap beb, semuanya yang ada nama spt Jessica Alba, Aston Kucther, Julia Roberts, Anna Hathaway, Mc Dreamy dan ramai lagi lah. Tapi scene Queen Latifah tu memang betul2 kelakar lah. Ending yang x di sangkakan. Sangat2 menarik okeh. Aku rasa pengajaran citer nie, tak kira buruk mana perangai partner kite, kite mesti terima diri dia seadanya kan.

Apa-apa pun, malam tadi sweet sangat. Sebab aku dapat makan sedap sampai leh terlupa diet aku. Alamak, mampus kene bising dgn MrBam5 nanti, trus aku terkeluar dari contest dia nie kang.

Once again applause to Nuffnang, u make my dreamz came true!

p/s: Geramnya mak nyah.. la nak manja2 sket tak bole ke? Uisk korang nie asyik jeles je ek??

Friday, February 5, 2010

Token dr Nuffnang

Yeyeye.. dapat hadiah coz sakit ari tu. Ala bukan hadiah ape pun. Tengok bawah nie,
Movie treat from Nuffnang. Ala aku ade join contest nie ari tu, bile check2 email ternampaklah dari diorg nie. Ape lagi bile baca, dapat 2 ticket free tengok citer Valentine nie.

So next week, 9hb mlm aku dgn mr Big nak pegi berjimba kat Mutiara Damansara tengok citer pas tu nak pegi berkasih sayang plak. Kat mane? Eh mane leh cakap.. rahsialah! Ihsk korang nie lah..

p/s : kene get ready ape yang patut nie.. hua hua hua..

Saturday, January 16, 2010

Adnan Sempit


Sape plak Adnan Sempit nie ek?


Hah kalau korang nak tau sape si Adnan Sempat nie korang kene lah tengok citer kat panggung sekarang. Baru start je citer nie Khamis ari tu, aku dah tengok dah. 1st show lagi tau.

Citer nie citer romantik komedi. Bukan pasal mat rempit yg berlumba, bohsia, dadah ke tau. Citer nie pasal Adnan (Sam)  yang sukakan bos dia Nadia (Intan Ladyanna). Adnan nie keje despatch kat company Nadia. Dia memang berangan sangat nak Nadia tu jadi GF dia. So satu hari impian si Adnan jadi kenyataan bile Nadia mengaku depan kengkawannya yg si Adnan ni BF dia. Apalagi si Adnan nie pun tergamam sampai pengsan. Pas dia bangun dari pengsan tu... jeng jeng jeng. La korang pegilah tengok dulu citer nie, tak kan aku nak citer semua plak kan, tak trill la.

Anyway, citer nie kelakar sangat coz lawak2 dalam citer nie semua tak di sangka2. Citer nie sesuai di tonton seisi keluarga. Bukan semua mat rempi tu jahat ok! Cumer segelintir je.

Tuesday, January 12, 2010

Technology-Jangan Taksub Sangat!


Ermm teknologi.

Semua orang tau pasal teknologi even mak aku yang buta IT tu pun pandai nak berFB2 okeh. Ayah aku lagi la plak sibuk suruh aku download lagu 60an untuk karaoke dia. Dia cakap kat internet tu semua ade. Uishk seram pun ade, bangga pun ade dengan parents aku nie. Kat mane plak diorg tau pasal teknologi2 nie.

Nak citer pasal  drama yang aku tengok malam tadi, Teknofobia kat astro ria. Actually drama ni ulangan. Baru semalam aku dapat tengok full version.telefilem yang pastinya menguja minda tentang rasa fobia terhadap teknologi canggih masakini yang mampu menghubungkan kehidupan dari dua alam berbeza.




Citer dia terbahagi kepada 3 segmen iaitu, GPS, Digital Camera & HP.

GPS
Nie pasal mamat yang keje2nya tak baik, dia nie keje dengan ALONG (pemungut hutang tulah). Dia nie memang jahat, ari2 pegi collect hutang klu tak dapat dia potong jari. Satu malam on the way dia nk pg collect hutang, GPS yg dia guna tu asyik mengalakan ke kubur je. Lebih 2-3 dia jam dalam kete mencari jalan, but still GPS tu tunjuk jalan yang sama je kubur. Last2 bile dia nak off GPS tu trus ke masuk ke alam lain iaitu ke neraka.

Digital Camera.
Seorang pompuan beli 2nd hand camera kat tepi jln, then bile dia amik gambo bebdk main kat taman, gambo bebudak tu tak de dalam  film yang dia cuci. Dari camera tu dia dapat menolong roh2 yang ada di alam ghaib kembali ke jalan yang betul.

HP
Sorang mamat nie keje as agen insurance, dia selalu cilok client officemate dia la untuk dapatkan sales. Satu hari dia dpt HP baru dr client dia kot, bile dia guna je HP tu automatically org yang dia call tu trus tak kenal dia, sampai awek & mak dia pun tak kenal dia lah. Rupanye kawan dia tu dah dajalkan dia. Part HP nie aku bengong sket, cam ne kawan dia bole buat cam tu, may be kawan dia tu ....jeng jeng jeng.

Bile aku abis tengok citer nie, secara automatic aku seram nak pegang gadget tech nie, especially HP. Uik gile ko, tetiba je bile aku call mak aku, trus mak aku tak kenal nak mampus ke.. x dapatlah aku makan asam pedas mak aku lagi.. huhuhuhuhuh. tidakkkkk! bende2 tak akan jadi kat aku..

Ape yang penting? Kerjasama. Gunakanlah teknologi tu sebaik mungkin.

Saturday, January 9, 2010

Duhai Si Pari-pari

Ya allah, lama betul tak update lah.

Awal2 tahun nie macam2 dah berlaku. Dapat project baru, dengan sedara meninggal lagi, nak pegi sane nak pegi sini, ermm cam tulah kan.


Aku sempat tengok citer nie, Duhai Si Pari-pari new year eve ari tu. Keje 1/2 day plak masa tu, so bebdk opis nie ajaklah pg tengok kat Alamanda. Rupanyer 1st show yang ktorg tengok tuh. Tapi still ramai gak orang tuh, penuh gak lah panggung.

Citernya cam nie, seorang pari-pari (Liyana Jasmay) turun ke dunia untuk mencari cinta sejatinya iaitu manusia. Manusia yang dia jumpai tu ialah Syadon (Que Haidar) tapi malangnya Syadon tu sukakan Mala (Nabila Huda) yang merupakan seorang yg suka mempermainkan cinta lelaki demi kerana duit.


So si pari2 nie berusaha untuk mencuri hati Syadon dan Syadon plak asyikkan dengan si Mala nie,  macam cinta 3 segi lah. Yang bestnya Syadon ni terlampau lurus bendul betul dan asyik kene tipu/kene bodoh je dengan si Mala.

Sampai lah satu hari tu... jeng jeng jeng..

La tak kan aku nk citer sampai abis, korang pegilah tengok kat panggung sendiri tau pun tunggu DVD kuar nanti. Apa2 pun citer nie ringan dan kelakar abis, so taklah tension orang menengoknya. Aku sendiri tengok pun ketawa tak henti2, coz perangai si Syadon & bapak si pari2 tuh.

p/s : aku lum penah tengok Que Haidar jadi tersangatlah bodohnya..

Friday, December 18, 2009

AVATAR. Kisah 2 alam


Malam tadi aku tgk midnight dgn mr Big family kat Pavilion. Ala si Gemuk yang belanja. Entah apa mimpi agaknya.
Show start pukul 11.50pm. Ktorg dah sampai dalam kul 10.40pm cam tu, so apa lagi jalan2 lah kat luar Pavilion tu jadi camwhore sekejap. Hehehehe.. jangan jelous tau.

Rupanya malam nie 1st show AVATAR. Aku plak tak baca sinopsis or tengok trailer dulu. Ingatkan cerita aper tah, pasal orang2 biru ni. Dahlah ceritanya 2jam 43minit.

Ceritanya pasal JakeSully yang cacat (ntah nama aku tak tau, tapi hensem) kena gantikan tempat kembar dia Tom (hensem gak) untuk satu job di Pandora. Ala outer space kononnya lah.

Dia kene masuk kedalam badan or klon yang kembar dia dah buat, sama sebijik dengan untuk ke alam lain (konon2 macam kite pegi alam bunian lah). Bila dia ke alam Na'vi ni, dia totally berubah menjadi manusia yang sempurna. Yelah lah dalam real world dia kan cacat, kaki tak bole bergerak. So alam ini, dia bertukarlah.


So dari situ pengembaraan dia pun bermula, menjadi orang asli disitu. But yang best dia tu, dia bole bertukar menjadi manusia balik bila-bila masa dia nak. Adalah satu machine tu yang boleh bawak dia ke alam Na'vi tulah.

Rupa2 dia di antara on satu mission yang dia tak tau. Nak tau apa mission tuh? Korang pegilah panggung dan tengok sendiri. Yang penting, graphic dia memang superb. Even mr Big dari memula ngantuk trus terbukak mata dia sebab kagum tengok CGI filem ni.


Ini offical website dia Avatarmovie. Cerita ni dari pengarah Titanic dulu, Mr James Cameron.


Dari 10 bintang, aku kasi 8. Sebab cerita dia best & aku tak ngantuk langsung.


p/s : apsl aku campur tulis nie, kata nak tulis dalam Malay nie.. ishkishkishk..

Thursday, December 17, 2009

The Biggest Loser Asia


Kenal logo nie ?

Sekarang ni tengah musim TV realiti ni. Masuk nie dah 3 minggu aku tengok. Seronok tengok rancangan nie.
Peserta pun dari serantau Asia kan. Malaysia je ada 2 orang. Iaitu Aaron & Nadia


Nadia & Aaron


Kevin from Filipina

Tapi yang aku suka tengok si Kevin ni. Orang paling besar sekali. Masa 1st timbang dia turun 14kg dalam masa satu minggu. Agaknya dia tak pernah bersenam kot kat rumah dia. Mak mertua aku cakap dia tu macam Spongebob, coz badan dia dah bentuk petak dah.

Apa-apa pun Good Luck pada semua peserta. Hopefully peserta dapat masuk ke final.

p/s bila aku nak kurus nieh??

Monday, December 14, 2009

Perang Paus



Korang penah tengok citer nie? Citer nie pasal ade satu society nie yg menjaga whale2 (ikan paus) nie dari terus diburu dah di jadikan bahan ujikaji di Jepun.



Actually  Pertubuhan Konservasi Sea Shepherd nie ditugaskan utk memelihara dan memulihara ikan2 paus. Ade kuota yg telah diperuntukkan berape ekor ikan paus boleh dijadikan bahan ujikaji.,Tapi masalahnyer orang Jepun nie tamak, even kuota dah cukup diorg still tangkap ikan2 paus utk dibuat makan diorg. Maklumlah org Jepun suke kan makan makanan pelik nie.


So episod malam tadi aku tgk, Kapal Steve Irwin nie yg bwk Sea Shepherd team nie diekori oleh satu kapal hantu yg kononnyer tak penghuni. Dah 6 hari kapal hantu tu ikut diorg, so diorg syak la something weird kan. Diorg pun plan nk ambush kapal hantu nie. Bile dah dpt idea, diorg pun pasanglah perangkap. Yang seronoknye citer nie bukan macam korang tgk discovery channel tapi more tu citer Private of Carribean, betul aku tak tipulah.

Masa diorg ambush, memang macam hide and seek lah. Kejar pun kejar dpt gak diorg follow. Bile dah dekat, baru nampak kapal tu kapal jepun dan ade org pun siap lambai2 lagi kat team nie. Bile contact2 tak nak jawab. So diorg let go je kapal hantu nie, yg kononnya tak de ape2 lah kan. Bile check2 rupe2nyer kapal tu kapal perisik Jepun, so makneyer Jepun anta kapal hantu tu utk ikut Sea Shepherd nie then report kat Jepun koordinat kapal Steve Irwin.

So bile diorg nk cari blk kapal Jepun tu, tup tup kapal hantu tu trus hilang tak dpt nk trace.

Pas tuh, sambung episod depan.. bengong, manelah aku tau episod depan nye plak. Kenelah tunggu dan tgk.
Ishk korang nie, aku tgkla minggu depan nanti aku update kat koranglah.

p/s belum penah cuba whale sushi nie, nak pg makan kat sushi king lah pas nie.