Showing posts with label CAR. Show all posts
Showing posts with label CAR. Show all posts

Thursday, April 24, 2014

Sayangi Kereta Anda | Tips Memandu Di Musim Banjir


Hi Korang,

Kite bertemu lagi dalam segmen sayangi kereta anda. Ewah cam pengacara TV plak ek, kena bercakap sket atas pentas hari tuh dah cuak muka, inikan plak jadi pengacara TV bagai. Jangan nak perasan ek cik lily putih oit!


Kan hari tuh, ada banjir kilat teruk kat area opis aku ni, so bila tengok balik gambar-gambar tuh rasa cam kagum plak tengok orang-orang yang sanggup harungi banjir dengan kereta diorang ni semata-mata nak cepat jalan. Aku tak tau lah samaada ada kereta yang tersangkut ke tak dalam banjir tu ek.


Lepas buat sedikit search pasal kes banjir kilat ni, meh aku kongsikan pada korang tips atau panduan memandu kereta di musim banjir.

1. Kalau rasa anda boleh elak daripada redah banjir tu, se-elok2nya anda elaklah. Cepat2 patah balik dan guna je jalan lain. Jangan fikir kereta depan lepas, kereta anda pon boleh lepas.

2. Kalau kereta anda tu dah dikelilingi banjir, tinggalkan kereta cepat2 dan terus pergi ke tempat yang lebih tinggi.


3. Kalau satu2nya jalan keluar adalah dengan mengharungi banjir tu, drive slow2 ( dalam 20km/jam) pada kelajuan yang tetap dan jangan lepaskan minyak, teruskan revving engine anda sebab air boleh masuk melalui ekzos dan kotak angin. Tukar gear rendah bagi kereta manual yang auto tu gear D atau 3 kot, tak reti la pakai kete auto. Hehehe!

4. Kalau air masuk juga dalam engine, jangan cuba start balik kenderaan anda. Boleh rosak engine. Call je tow truck.

5. Jangan panik dan cuba memandu laju. Memandu laju dalam banjir boleh menyebabkan tayar hilang cengkaman dan boleh menyebabkan aquaplaning(tayar kenderaan berada atas air bukan atas jalan)

6. Kalau terjadi juga aquaplaning ni, pegang kemas steering anda dan lepaskan pedal minyak sampai tayar tu grip balik jalan.

7. Jangan memandu melawan arah traffic, kalau terpaksa juga, biarkan kenderaan dari arah bertentangan tu lalu dulu, baru anda lalu.

8. Lepas dah berjaya harungi banjir tu, test break anda betul2. Mula2 tekan break sampai anda yakin brek tu berfungsi, lepas tu pegang steering kemas2 dan tekan brek sikit2 beberapa kali untuk mengeringkan brek anda.


Bahayanya banjir ni adalah bila korang taktau berapa dalam banjir tu dan risiko kereta korang hanyut kalau paras air terlalu tinggi. Lebih kurang 6 inci pon dah cukup nak cecah bawah kereta kerata dan menyebabkan korang hilang kawalan atau menterbalikkan kereta korang. Dan paras air sekaki (lebih kurang 30cm) pon dah boleh terapungkan kereta kalau lebih lagi, terus hanyut je kereta tu.

Panduan am: 
Jalan-jalan yang ditenggelami air itu dianggap tidak boleh dilalui oleh:

· Kenderaan ringan sekiranya paras banjir sedalam 0.35m (14") di permukaan jalan.

· Semua kenderaan sekiranya paras banjir meningkat sedalam 0.76m (2'6") di permukaan jalan.


Credit info dari : http://krissauto.blogspot.com


Aduiyai memang banyak betul pantang larang memandu di musim banjir ni ek. Aku memang tak de pengalaman hal sebegini, better aku buat search sket dan kongsikan pada korang. Aku tau korang memang tak kisah bab-bab kereta ni especially orang pompuan kan.

Macam aku, memang kena amik tau sebab aku ni asal bergerak je kena dengan kereta. Mr Big naik motor je, so kalau jadi apa-apa kat kereta aku mesti ada knowledge sket pasal tips penjagaan kereta ni.

Hopefully korang especially orang pompuan, amik tau sket bab kereta ni ye

credit photos : www.google.com




Thursday, April 3, 2014

New Nissan X-GEAR Crossover - Jelajahi Kehidupan



Hi Korang,

Lama betul aku tak citer pasal kereta ek, maklumlah asyik duk citer event je kan. Bosan plak. 

Lagipun aku perasan, ramai orang lelaki suka singgah kat blog aku ni pasal kereta. Ada yang cari kedai spoiler murah, radio kereta waja, gambar kereta ferrari, workshop kereta murah dan memacam lagi hal kereta. Ok nanti aku akan usahakan.

Now nak citer pasal Nissan X-GEAR baharu yang baru je dilancarkan minggu lepas tapi aku tak pi coz cuti-cuti Malaysia ke Langkawi. So aku suruh ada writer part-time aku untuk cover event ni. Ermm nasib baik dia ada. 

Ok meh layan sket citer mengenai Nissan X-Gear ni.


Nissan X-GEAR baharu ialah sebuah crossover yang versatil. Ia hadir dengan ruang kabin yang luas, premium dan pelbagai susunan konfigurasi tempat duduk untuk memenuhi apa jua kehendak serta gaya hidup para pelanggan. Daripada pemanduan harian ke tempat kerja hinggalah aktiviti luar rumah pada hujung minggu, berparti pada waktu malam, perjalanan jauh ke pinggir bandar atau sekadar pulang ke kampung halaman!

Didatangkan dalam semua lima warna untuk menyatakan perkara ini, Nissan X-GEAR baharu mewakili kenderaan yang membolehkan anda mencari inspirasi ketika melakukan apa yang dimahukan untuk sebuah hidup lebih bertenaga. Sama ada seseorang itu sukakan aktiviti luar rumah, bersukan, muzik, fesyen atau seni, Nissan X-GEAR baharu mempunyai warna yang sesuai untuk apa jua personaliti.


“Nissan X-GEAR baharu disasarkan buat golongan muda dan berkeluarga yang mahukan sebuah crossover bergaya untuk menyerlahkan individualiti mereka. Tetapi pada masa yang sama kekal praktikal dan ekonomikal. Nissan X-GEAR baharu adalah interpretasi mengenai bagaimana kita boleh menikmati kehidupan sepenuhnya. Terima kasih kepada penampilannya yang sporty dan lasak, ruang kabin luas yang versatil serta menjimatkan bahan api,” kata Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk ETCM, Tan Keng Meng. 


Dari segi luarannya, Nissan X-GEAR baharu menampilkan gril hadapan krom berbentuk V yang sofistikated dengan panel horizontal yang digelapkan dan memberikan rasa dinamik pada penampilannya. Sementara acuan sisi pada badan kenderaan dan pengadang pula menonjolkan sifatnya yang lasak. Bumper hadapan dengan pengadang lumpur berwarna hitam, roof rails, rim aloi berjejari V, hud enjin, rekaan dapra baharu, cermin sisi yang kemas dan lampu utama menambah tarikan pada rupanya yang baru. 



Pada bahagian belakang pula, Nissan X-GEAR baharu dipasang dengan lampu baharu yang memberi penekanan terhadap lebarnya yang mendatar bagi diselarikan dengan gayaan belakang yang serba baharu. Rekaan bampar belakang yang baru hadir dengan satu lampu reflektor belakang dan lampu brek LED yang diletakkan sedikit tinggi untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan dan gayanya. 

Gaya Nissan X-GEAR baharu disempurnakan oleh ruang dalamannya yang luas dan selesa dengan fabrik tempat duduk baharu. Manakala tahap pandangan telah ditambah baik, terima kasih kepada kluster Fine Vision Meter serta Paparan Multi-Maklumat (Multi-Information Display, MID).

Ruang kargo dan kaki yang luas disumbang oleh tempat duduk yang boleh dilipat dengan konfigurasi 60:40. Ia membolehkan keluasan ruang kargo digandakan daripada 383 liter menjadi 769 liter apabila tempat duduk belakang dilipat. Dua beg udara SRS di bahagian hadapan, Sistem Brek Anti Kunci (ABS), Electronic Brake-force Distribution (EBD) dan Brake Assist System (BA) didatangkan sebagai ciri standard.

Nissan X-GEAR baharu hanya boleh didapati dalam varian 1.6L Auto dengan pilihan Pakej Lengkap IMPUL (sila rujuk kepada appendix di bawah untuk alat ganti IMPUL yang ditawarkan). 



Nissan X-GEAR baharu didatangkan dalam tiga warna baharu iaitu merah (Garnet Red), hitam (Diamond Black) dan Bronze Gold, di samping dua warna sedia ada; putih (Brilliant White) dan perak (Tungsten Silver). 

Nissan X-GEAR baharu ditawarkan pada harga RM89,800 di atas jalan dengan jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu). 

Para pelanggan boleh menikmati bayaran bulanan serendah RM599 (tertakluk kepada terma dan syarat) untuk memiliki sebuah Nissan X-GEAR baharu.

Ciri-ciri utama Nissan X-GEAR baharu


Luaran
Dalaman
Ciri-ciri Keselamatan
   Lampu Utama dan gril hadapan krom
   Bampar hadapan
   Rim aloi berjejari V bersaiz 15” 
   Cermin sisi  
   Bampar belakang dengan reflektor yang bersepadu
   Lampu brek LED yang diletakkan pada kedudukan tinggi
   Lampu belakang horizontal
   Roof Rail
  ▪  Fine Vision Meter dengan Multi-Information Display (MID)    
   Stereng yang dibalut material Urethane hitam dengan butang kawalan  MID dan audio
   Unit audio utama 2-DIN  dengan kemampuan  AM/FM/CD/MP3 dan input  AUX
   Fabrik baharu untuk tempat duduk

   Tali pinggang keledar hadapan dengan ciri pra-regangan dan pengehad beban

Warna-warna Baharu
   Merah (Garnet Red)
   Hitam (Diamond Black)
   Bronze Gold

Pakej Lengkap IMPUL:

ALAT GANTI
HARGA (RM)
Spoiler bumbung belakang IMPUL
700
Rim aloi 17” IMPUL AURA SX-20 
(4 unit termasuk penutup tengah dan injap udara)
4,500 untuk setiap set (4 unit)
Sistem suspensi sports IMPUL
2,800
Goodyear Eagle F1 Directional 5 (4 unit)
1,800 untuk setiap set (4 unit)
So rasa-rasa ada chance nak beli tak?

Aku buat masa sekarang ni tak delah kot sebab baru je angkat Dak Oren tu kan, maybe setahun 2 lagi kita tak tau lah. Kalau ade rezeki then ade la.