Monday, May 6, 2024

Lumira @ Eka Heights, Seremban. Perumahan Gaya Hidup Moden

Hi Korang,

Eka Heights ialah pembangunan komprehensif baru pastinya meningkatkan pengalaman hidup anda yang moden.


Terletak di sebelah barat Seremban, Eka Heights mendapat manfaat daripada sambungan yang hebat melalui laluan utama seperti Lebuhraya Utara-Selatan dan Hubungan KLIA. Ianya terletak sangat strategik di dalam Lembah Wawasan Malaysia (MVV) iaitu sebuah kawasan pertumbuhan yang sedang berkembang meluas dari Lembah Klang Kuala Lumpur ke Negeri Sembilan. MVV pastinya menguntungkan penduduk Eka Heights dari segi infrastruktur, pembangunan, peluang pekerjaan dan kemudahan.


Info Mengenai Perumahan Lumira


Untuk pengetahuan semua, kediaman Lumira ini merupakan kediaman dua tingkat yang mana ianya bersaiz 20’ x 70’ dan berkeluasan 1,607 kaki persegi


Mempunyai 4 Bilik Tidur dan 3 Bilik Air yang kak lily rasa amat selesa bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang mementingkan keselesaan. Susun atur dipadukan dengan ciri kediaman untuk semua generasi seperti satu lagi bilik yang luas di tingkat bawah. Halaman belakang luar yang luas sehingga 14 kaki, disediakan juga pondok rukun jiran tetangga untuk ketenangan jiwa.


Hanya di bina 193 unit dan harga bermula dari RM 405,000

Uniknya kediaman Lumira ini terdapat taman rekreasi eksklusif untuk beriadah termasuk kawasan permainan kanak-kanak, ruang tempat duduk yang banyak, gelanggang bola keranjang, beberapa stesen gim dan banyak lagi.



Pusat Riadah Taman Mageka



Bukan sahaja penduduk Lumira mempunyai taman rekreasi sendiri, malahan, terdapat Taman Mageka Park seluas 15.5 ekar yang berlandskap rapi, menawarkan tasik yang tenang dan pelbagai kemudahan kediaman premium, memastikan gaya hidup yang lengkap untuk para penduduk.


Di antara kemudahan sukan dan rekreasi yang di sediakan adalah seperti gelanggang futsal, gelanggang bola keranjang, gelanggang badminton, buaian gergasi, laluan refleksologi, plaza jam matahari, dan ciri-ciri tambahan. Selain itu, kawasan taman permainan menyediakan ruang yang menawan dan selamat untuk kanak-kanak berseronok.


Kemudahan Pusat Komersil yang berhampiran



Eka Biz merupakan pusat komersil yang akan dibina di Eka Heights untuk memudahkan penduduk membeli barangan harian, salon dan pelbagai aktiviti perniagaan boleh dilakukan seperti bersantai di restoran ataupun kafe. Selain itu, terdapat juga pusat komersil berhampiran untuk memberi penduduk Eka Heights pilihan untuk membeli atau servis yang ingin dilakukan seperti Sendayan MetroPark, Tiara Biz, dan Sendayan Merchant Square.


Kemudahan gaya hidup yang komprehensif



Lokasi perumahan Eka Heights juga tidak jauh dari mercu tanda dan kemudahan gaya hidup masa kini. Untuk beriadah, terdapat d’Tempat Country Club, kelab desa berorientasikan keluarga terbesar & X-Park Sendayan yang merupakan tempat hiburan terbesar di Negeri Sembilan dengan 34 ekar tarikan yang menarik, ruang acara & kemudahan sukan lasak yang terletak hanya 10km jauhnya

Selain daripada itu, hab Pendidikan seperti SK Sendayan, SMK Bandar Sri Sendayan dan SMK (Felda) Seri Sendayan hanya berjarak kurang daripada 10KM. Hab komersil seperti Tiara Biz, Sendayan Metropark dan Suriaman Biz terletak kurang daripada 10km jauhnya. Sementara itu, Masjid Sri Sendayan, sebuah mercu tanda baharu yang menjadi ikon di Bandar Seri Sendayan, juga terletak kurang daripada 10km pemanduan dari Eka Heights.


Lumira di Eka Heights menawarkan kehidupan yang bergaya dengan sentuhan moden dan tema reka bentuk avant-garde, menjadikannya berasa sangat canggih dan bergaya

Ingin dapatkan info lanjut mengenai Eka Heights ini boleh layari ke https://www.ekaheights.com.my atau hubungi BSS Development Sdn Bhd 1-800-88-2688


Boleh klik ke social media seperti berikut:

Instagram @matrix_concepts
Facebook @matrixconceptshomes




#Eka8A #EkaHeights 
#Lumira #FlexiLivingHomes 
#HomesofyourDream 
#EscapetoNature 
#MegakaPark 
#MatrixConcepts

Saturday, May 4, 2024

Daging Berasaskan Tumbuhan yumeat™ Menambah Kelestarian Mesra Alam Pada Selera Tempatan

Hi Korang,

Kita semua kini merasai kesan perubahan iklim, daripada persekitaran yang amat kering dan panas terik sehingga ke hujan lebat yang membawa kepada banjir kilat. Kita boleh memainkan peranan dalam mengurangkan kesan-kesan ini dengan memilih untuk hidup dengan lebih lestari. Perubahan kecil pada gaya hidup kita juga mempunyai kesan kumulatif dalam mengurangkan kadar perubahan iklim.


Kehidupan lestari termasuk membuat pilihan perkara-perkara yang baik untuk alam sekitar. Ia termasuk menggunakan kenderaan elektrik, membeli atau menggunakan barangan terpakai, mengurangkan sisa, mengitar semula serta bertukar kepada pemakanan flexitarian yang memberatkan pengambilan makanan berasaskan tumbuhan.

Daging berasaskan tumbuhan merupakan satu inovasi terbaharu dan menerajui industri adalah yumeat™, produk daging berasaskan tumbuhan tersedia dimakan yang stabil di rak pertama. Ia bebas GMO, tanpa kandungan antibiotik dan hormon serta bahan awet, diiktiraf halal dengan kandungan 0mg kolesterol bagi setiap hidangan.

Produk yumeat™ mengandungi ramuan bersih dengan protein tumbuhan daripada kekacangan bukan GMO, gandum, oat dan cendawan. Daging berasaskan tumbuhan seperti yumeat™ mengurangkan 96% pembebasan gas, 87% air bersih, 97% pencemaran air dan 98% penggunaan tanah.

Jadilah individu pertama yang memperkenalkan rasa masa depan bersama yumeat™ kepada keluarga dan rakan-rakan anda kerana ia dihasilkan dengan penuh kasih-sayang, menyerlah rasa enak dan seumpama daging sebenar tetapi juga kaya dengan manfaat khasiat dan kemampanan alam sekitar menerusi ramuan berasaskan tumbuhan.

Rakyat Malaysia amat bertuah dengan kepelbagaian hidangan yang ada di tanah air inu kerana kita kaya dengan budaya kulinari yang meluas dan enak. Seringkali kita berasa sukar untuk memulakan perjalanan flexitarian kerana tidak terdapat gantian sesuai untuk hiding tempatan. Jangan risau, yumeat™adalah penyelesaiannya. Daging berasaskan tumbuhan popular kami dalam varian biasa dan pedas, serta daging kisar berasaskan tumbuhan yang dikenali ramai sesuai dipadankan bersama mi, nasi mahupun bubur.

Tidak percaya? 

Cubalah resipi mudah dan gantian enak untuk hidangan tempatan berasaskan daging yang pastinya akan menarik perhatian keluarga dan rakan-rakan anda.



Nasi Kerabu


Tingkatkan hidangan Nasi Kerabu asas anda dengan menghidangkannya bersama daging berasaskan tumbuhan yumeat™ goreng. Potong dadu atau memanjang sebelum digoreng dalam pan. Rasa tempatan, enak dan penuh khasiat.

Mi Goreng


Pertama sekali, potong daging berasaskan tumbuhan yumeat™ kepada kepingan dan goreng sehingga agak garing. Ketepikan. Sediakan mi seperti selalu yang anda masak tetapi ketepikan daging/ayam/kek ikan kerana anda akan yumeat-ing protein anda.

Anda hanya perlu duduk dan lihat keluarga dan rakan-rakan menikmati hidangan mi goreng yang disediakan dan memuji kemahiran memasak anda.

Kari Daging Berasaskan Tumbuhan


Kari ini merupakan padanan sempurna roti jala dan boleh melengkapkan hidangan nasi, roti dan juga roti kukus.

Ini cara untuk menyediakannya: Potong kiub setin daging berasaskan tumbuhan yumeat™ pilihan anda - sama ada rasa asli mahupun pedas.

Dalam sebuah pan, goreng potongan tadi sehingga garing dan ketepikan. Dalam sebuah periuk, tumis bawang sehingga naik bau. Kemudian, masukkan kira-kira 30g serbuk kari dan gaul sekata.

Tambah dua setengah cawan air, perlahankan api sehingga campuran mereneh sebelum memasukkan dua biji kentang yang dipotong baji (wedges) dan lobak merah dipotong dadu. Kemudian, masukkan 100ml santan dan biarkan ia mereneh sehingga ubi dan lobak merah masak. Masukkan garam sehingga cukup rasa. Tutup api dan masukkan kiub daging yumeat™ ke dalam kuah kari. Hidangkan ia bersama roti jala.

Cubalah resipi ini dan pelbagai pilihan lain di www.yumeat.com yang membuktikan rasa masa depan adalah baik untuk anda, bumi serta bersesuaian dengan cita rasa tempatan.

Daging berasaskan tumbuhan yumeat™ dihasil dan dipekkan dalam tin-tin yang telah disteril degan kawalan kualiti yang ketat oleh

Ayam Brand™, satu jenama dipercayai dan kegemaran Malaysia yang mempunyai warisan selama 142 tahun dalam industri makanan dalam tin. Mudah untuk dikendalikan, yumeat™ kekal stabil di rak dan sedia dimakan. Dapatkan setin yumeat™ untuk menikmati kebaikan terunggul - baik untuk anda dan bumi.

Harga dan Ketersediaan

yumeat™ disediakan dalam pilihan daging berasaskan tumbuhan - perisa asli dan pedas - pada harga RM12.90 bagi tin 360g. Ia juga didatangkan dalam bentuk daging kisar dalam pes kacang pada harga RM6.25 bagi tin 195g.

Rangkaian produk yumeat™ boleh didapati secara meluas di Aeon, Aeon Big, Giant, Lotus, Jaya Grocer, MYDIN, Hero atau melayari laman Ayam Brand Official di Shopee dan Lazada. 

Ikuti https://www.facebook.com/yumeat.malaysia atau https://www.instagram.com/yumeat.malaysia/ untuk mendapatkan maklumat lanjut, resipi dan promosi menarik.

Friday, May 3, 2024

GUARDIAN Lancarkan Rangkaian Penjagaan Diri ECO-GARDEN – Produk Kesihatan dan Kecantikan Lestari Jenama Sendiri Pertamanya

Hi Korang,

Sempena Hari Bumi 2024, guardian hari ini telah mengumumkan pelancaran rangkaian penjagaan diri yang lestari jenama sendiri pertamanya - Eco-Garden guardian.


Diperbuat daripada 100% bahan-bahan organik yang diperakui dan minyak sawit mass-balance yang mampan, dan dibotol menggunakan 100% bahan boleh dikitar semula, rangkaian Eco-Garden baharu mendukung konsep guardian #DoubleTheNatural (gandingan dua bahan-bahan semula jadi) yang memberikan dua manfaat berganda kuasa alam semulajadi, untuk menyembuh dan memulihkan ke dalam setiap rumah.

Anna Ng, Pengarah Pemasaran guardian Malaysia berkata:

“Rangkaian Eco-Garden kami akan membantu pelanggan menikmati penyembuhan ajaib alam semula jadi, diilhamkan oleh alam semula jadi untuk pengalaman pembersihan yang sensual pada harga yang mampu dimiliki. Dirumus dengan kebaikan alam semula jadi, rangkaian Eco-Garden mengubah kamar mandi anda menjadi oasis yang tenang, menghimpunkan esensi taman yang nyaman mendamaikan.

“Kami sedar bahawa pelanggan kami mencari produk asli semula jadi dan bersih yang diproses dan dihasilkan secara mampan menggunakan bahan-bahan berkesan yang tidak membahayakan alam sekitar. Produk penjagaan diri Eco-Garden memenuhi keperluan pelanggan ini pada harga yang berpatutan sekali gus menafikan mitos bahawa produk yang mampan adalah mahal. Mereka boleh memilih produk semula jadi yang selamat untuk alam sekitar dan mendapat nilai yang hebat untuk wang mereka.”


Barisan produk termasuk tujuh rangkaian yang pelbagai, yang memenuhi faedah fungsi tertentu daripada bahan-bahan semula jadi seperti;

1. Pelembap Ultra – Macadamia dan Shea Butter

2. Kawalan Rambut Gugur – Kopi dan Ginseng

3. Membaiki dan Menguatkan – Argan dan Camellia

4. Lembut dan Licin – Avokado dan Buah Zaitun

5. Anti-Kelemumur – Halia dan Tea Tree

6. Pembersihan Mendalam – Bergamot dan Peppermint

7. Menenangkan – Aloe Vera dan Chamomile








Manfaat-manfaat luar biasa termasuk:

· Macadamia & Shea Butter, yang memberikan kelembapan ultra untuk rambut anda, dan bahan-bahan semula jadi yang memastikan kulit kekal anjal, dimanja dan dipelihara.

· Camellia & Argan, yang membantu merawat dan menguatkan rambut, dengan bahan-bahan berkhasiat dan menyegarkan, untuk rambut kuat yang lembut dan mudah diurus.

· Avokado & Buah Zaitun, rawatan sempurna untuk rambut dan kulit yang kering dan tidak terurus, dengan bahan-bahan yang menyuburkan dan melembapkan untuk hasil yang halus dan licin bak sutera.

Rangkaian produk penjagaan diri Eco-Garden baharu terdiri daripada Syampu, Perapi, Minyak Rambut, Krim Mandian Badan, Krim Tangan, Losyen dan Rawatan Badan dan ia boleh didapati di semua stor guardian dan di stor dalam talian.




Di majlis pelancaran media yang diadakan di The Nursery, Taman Tugu, Kuala Lumpur, para wartawan dan pempengaruh media sosial telah berkerjasama dengan Precious Plastics untuk mengitar semula penutup botol yang dibawa oleh mereka masing-masing ke acara tersebut.





Facebook: @guardianmy
Instagram: @guardianmy
YouTube: @guardian MY
Telegram: @guardianMY
#guardianMYApp
#guardianMy

Thursday, May 2, 2024

Plaza Premium Group Expands Flight Club Dining Brand at Kuala Lumpur International Airport (KLIA) Terminal 1

Hi Everyone,

Plaza Premium Group, the world's leading airport hospitality service provider is launching the Flight Club restaurant at Kuala Lumpur International Airport (KLIA) Terminal 1, the third and largest outlet in the Flight Club brand at KLIA, which already hosts Flight Club Signature and Flight Club Grab and Go.


Open 24-hours for the convenience of travellers transiting through the Malaysian capital city, the restaurant is a dining alternative that caters to different customer dining needs, ranging from quick bites, and leisurely meals to private spaces for business meetings.


As the second addition of Flight Club in Malaysia after the recent launch of Flight Club Kota Kinabalu International Airport (BKI), this latest airport dining outlet continues the concept of elevating the airport dining experience by offering freshly cooked, locally sourced international flavours and local delicacies.

Among the highlights of the menu are signature dishes such as Nasi Lemak with Beef Rendang and Curry Laksa with Prawns. These local favourites burst with rich flavour to offer travellers a taste of authentic Malaysian cuisine authentically prepared with locally sourced ingredients.



As part of supporting local Food & Beverage businesses to foster a vibrant and sustainable community, Flight Club has also teamed up with local coffee beans supplier – espressolab on its coffee offerings to fellow passengers in the airport. By using the premium coffee beans with professional barista training provided by espressolab, the team aims to create a unique and memorable coffee moment with hand-crafted drinks.

Opening Offer:

To celebrate the outlet’s opening, Flight Club is pleased to extend an exclusive offer to fellow guests. For a limited time only, travellers who registered as Smart Traveller member and dine at the outlet are entitled to 30% off from total bill.

Terms and conditions apply.

Open 24 hours, this new opening strengthens PPG's presence at KLIA, as it joins Plaza Premium First, Plaza Premium Lounge, and PPG’s other airport dining brands, including Flight Club Signature, The Summerhouse and Flight Club Grab'n'Go.

To explore the menu and more, please visit: https://www.airport-dining.com/flight-club

Wednesday, May 1, 2024

Jadilah Wanita Yang Mahal - Thalia Baiduri Harap Wanita Jaga Darjat Jangan Bergaduh Kerana 'Buaya'

Hi Korang,

Usahawan selebriti Datin Thalia Baiduri menitip pesan buat semua wanita agar menjaga darjat serta nilai diri masing-masing dan jangan bergaduh hanya disebabkan seekor 'buaya'.


Beliau berkongsi perkara itu ketika sesi langsung yang diadakan di laman sosial TikTok miliknya @thalia.baiduri malam tadi ketika bersembang bersama pengikutnya.

Pelakon drama Cinta Dalam Hati bergandingan bersama dengan Remy Ishak itu berharap golongan wanita menjaga maruah mereka dalam setiap tindakan yang dibuat.

"Sebagai orang yang pernah dalam industri dan saya juga seorang wanita saya harap tak payah kita bergaduh untuk satu buaya atau kumbang. Wanita kena jaga value awak, awak semua cantik, kenape kita nak gaduh sesama kita wanita dan buka aib sana buka aib sini. Macam rendah sangat darjat kita, kita wanita kena jadi mahal, bukan berlumba-lumba buka aib sesama kita, Astaghfirullah takut saya" katanya dalam sesi langsung itu.

Sini kak lily kongsikan untuk korang lihat yer..


Kata-kata Thalia itu turut mendapat persetujuan dari netizen yang menyokong bahawa wanita perlu ada nilai dan harga diri tersendiri.

"Setuju Tin (Datin), kita (wanita) ada nilai," kata Sim Ahza.

Thalia yang juga pengusaha produk makanan tambahan untuk kecantikan Dolly Milk dan jenama fesyen Talia berkata, industri hiburan Malaysia juga kecil dan tidak perlu bergaduh sesama artis.

"Industri kita kecil, pusing -pusing akan jumpa muka yang sama, lebih baik berhenti bercakap yang bukan-bukan," katanya.

Thalia mengakui cinta juga akan membuat seseorang itu buta dan membuat tindakan yang tidak sepatutnya namun penyesalan pasti akan dirasai di kemudian hari.

"Memang cinta itu buta, kita semua dan saya pun pernah muda, contoh macam mak kita halang jangan keluar dengan orang itu, kita nak juga sebab darah muda yang dihalang itulah yang dibuat. Percayalah cakap saya nanti kemudian sesalan akan datang dan kita tahu kenapa mak kita halang," katanya.

Ibu kepada empat cahaya mata itu juga berharap netizen dan pihak lain tidak menghangatkan isu ini.


"Saya berharap semua pihak jangan menambah-nambah dalam isu ini yang memalukan dan dibaca oleh semua peringkat umur. Saya sendiri seorang ibu yang ada anak perempuan dan anak lelaki, memang takut bila baca pendedahan yang dibuat. Saya selalu berdoa dan beringat jangan seronok melihat aib orang kerana bimbang boleh terkena kepada kita, doa yang baik-baik," katanya.


Thalia berkata demikian berhubung isu hangat yang sedang diperkatakan membabitkan pendedahan seorang wanita dari Singapura dalam episod curang pelakon Aliff Aziz.

Wanita itu turut mengaitkan beberapa nama selebriti lain termasuk Ruhainies, Sophia Albarakbah dan Meerqeen.

Beberapa penggiat seni termasuk Erma Fatima dan Zed Zaidi turut berang dengan isu yang disifatkan memalukan dan memburukkan nama industri hiburan tempatan.


Friday, April 26, 2024

Peraduan ‘Gaji Seumur Hidup’ Nestlé Malaysia Kembali pada 2024 untuk Tiup Semangat Rakyat Malaysia dan Bantu Golongan Memerlukan

Hi Korang,

Mencerminkan komitmen berterusan untuk menambah baik kualiti hidup rakyat Malaysia dan menabur bakti kepada masyarakat tempatan, Nestlé Malaysia hari ini mengumumkan kembalinya Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup, iaitu kempen mengubah kehidupan yang memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk mencapai impian masing-masing sambil menghulurkan bantuan kewangan kepada badan amal dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang layak.


Usaha membawa kesan positif kepada masyarakat yang menjadi matlamat penting kepada Nestlé sepanjang kehadirannya selama 112 tahun di Malaysia. Dilancarkan buat kali pertama pada 2020 apabila perintah kawalan pergerakan COVID-19 bermula, Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup menawarkan hadiah wang tunai berjumlah lebih daripada RM4 juta, yang membawa manfaat kepada 850 rakyat Malaysia pada masa yang sukar dengan 2 pemenang hadiah utama dipilih dalam kalangan 17 peserta akhir, untuk membawa pulang “Gaji Seumur Hidup” sebanyak RM3,000 sebulan. 

Nestlé Malaysia turut menyumbangkan sejumlah RM684,000 kepada 17 badan amal yang mengambil bahagian dalam inisiatif ini, masing-masing dipilih oleh 17 peserta akhir.

Pada tahun ini, kempen yang diadakan dari 1 Mei hingga 30 Jun 2024 ini akan berusaha mengubah kehidupan insan dengan menawarkan hadiah bernilai lebih daripada RM4 juta untuk dimenangi sekali lagi. Antaranya termasuk hadiah utama berupa ‘Gaji Seumur Hidup’ untuk 2 rakyat Malaysia yang bertuah dan juga hadiah sagu hati, mingguan dan harian yang menarik di samping sumbangan Syarikat kepada 17 badan amal yang dipilih oleh peserta akhir peraduan.


En. Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad berkata, “Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup benar-benar mencerminkan matlamat kami untuk menambah baik kualiti kehidupan, menyediakan platform untuk rakyat Malaysia merebut peluang mencapai impian masing-masing, sambil memberikan sokongan kewangan kepada badan-badan amal untuk menambah baik kehidupan golongan memerlukan. Menerusi kempen ini dan pelbagai lagi inisiatif yang kami laksanakan, kami komited untuk memacu perubahan positif bagi rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat."

Turut hadir di majlis pelancaran edisi terbaharu Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup adalah salah seorang daripada pemenang hadiah utama pada 2020, Encik Amirrul Hafiz Bin Razak, 36 tahun, dari Temerloh, Pahang.


Semasa berkongsi kisah bagaimana peraduan ini mengubah kehidupannya, Encik Amirrul mengulas, “Sebelum menyertai pusingan akhir peraduan pada 2020, hidup saya penuh dengan cabaran, lebih-lebih lagi ketika itu saya dan isteri sedang menantikan kelahiran anak sulung kami. Kemenangan ini merupakan rezeki yang tidak diduga, dan telah mengubah kehidupan saya. Dengan hadiah wang tunai ini, saya kini mampu menyara hidup kedua ibu bapa, menjamin masa depan anak, membeli rumah impian serta terus menyokong pertubuhan amal yang menjalankan kerja-kerja murni. Saya juga sukacita untuk memilih Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (PERTIWI), sebuah badan amal yang membantu membekalkan makanan kepada golongan miskin bandar dan gelandangan yang menghadapi cabaran di kemuncak pandemik, sebagai penerima sumbangan Nestle.”


Untuk menyertai Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup, rakyat Malaysia hanya perlu membeli produk Nestlé yang terpilih bernilai RM20 dalam satu resit. Pelanggan juga boleh menghantar lebih daripada satu resit dengan syarat memenuhi pembelian minimum yang ditetapkan sebagai bukti sahih untuk merebut peluang sekali seumur hidup ini. Gambar resit hendaklah dihantar menerusi Whatsapp berserta nama penuh dan nombor pengenalan, atau menerusi borang web yang boleh didapati di dearnestle.com.my/borang-peraduan-gaji-seumur-hidup-2024 dan juga di kod QR yang dipamerkan di kebanyakan kedai.

Untuk maklumat lanjut serta terma dan syarat mengenai Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup, sila layari www.dearnestle.com.my/gaji-seumur-hidup-2024.


Wednesday, April 24, 2024

HOTEL ROYAL SIGNATURE: PERMATA BARU KUALA LUMPUR, DI MANA SETIAP BILIK MENGGEMAKAN INTIPATI KEDIAMAN

Hi Korang,

Hotel Royal Signature, penambahan terbaharu kepada suasana hospitaliti yang meriah di bandar ini, dengan bangganya mengumumkan pembukaannya. Terletak di tengah Bukit Bintang, Kuala Lumpur yang meriah, hotel ini bersedia untuk meningkatkan taraf layanan mewah sambil menawarkan pengalaman percutian seisi keluarga.


Berlokasi strategik di tengah bandaraya yang pesat, ianya menjamin akses yang tiada tandingan ke suasana dinamik Kuala Lumpur. Dikelilingi oleh gedung membeli-belah yang terkenal, ikon budaya dan hab hiburan seperti Pavilion KL, Lot 10, Plaza Low Yat, LaLaPort Bukit Bintang, Jalan Alor Food Street, Hotel Royal Signature memainkan peranan sebagai pangkalan yang ideal untuk tetamu yang menjanjikan kemeriahan suasana Kuala Lumpur.

Hotel Royal Signature menjemput tetamu untuk mendalami pengalaman Malaysia yang asli, meraikan pesona tempatan pada setiap masa. Setiap perincian, daripada mesin taip vintaj kepada motif Melayu tradisional yang diukir kemas di tangga besar lobi dan reka bentuk Peranakan yang dilukis tangan di sepanjang koridor bilik tetamu, mengambarkan kekayaan budaya di negara kita. Corak rotan menghiasi bilik tetamu dengan cantik, mewarisi warisan dan ketukangan tempatan Malaysia. Setiap ruang di dalam hotel mencerminkan keaslian dan daya tarikan disekitar kejiranannya, menjemput tetamu untuk meneroka dan menghayati intipati bersemangat Malaysia.


Keselesaan Yang Ditingkatkan

Hotel ini menyediakan 428 bilik tetamu yang direkakan khas dan menawarkan 8 jenis penginapan yang berbeza, setiap satu diselitkan dengan keanggunan kontemporari dan pengalaman yang mengasyikkan. Setiap bilik adalah bukti kepada gaya, keselesaan dan kelengkapan perabot yang canggih, menggabungkan unsur-unsur tempatan, serta kemudahan mesra kanak-kanak untuk memberikan pengalaman yang sebenar “Every Room A Home”.


Hidangan Masakan Ditakrifkan Semula

Hotel Royal Signature menawarkan pengalaman menjamu selera yang sangat menyelerakan. Di Restoran Asian Pot, tetamu bakal menikmati pengalaman menjamu selera sepanjang hari yang menggabungkan citarasa Timur dan Barat yang unik, bakal mengundang tetamu ke pengembaraan kulinari yang menggiurkan. Untuk percutian yang lebih menarik, Cabana Pool Bar menawarkan percutian yang menarik dengan pemandangan Menara Merdeka 118 yang ikonik. Selain itu, Brew & Bond Café, yang terletak di lobi, menjamu tetamu untuk menikmati kopi yang disediakan khas oleh pakar dan pastri yang menyelerakan dalam suasana yang selesa dan aman.


Relaksasi dan Ikatan Keluargaan

Kemudahan hotel di Aras 4 merangkumi intipati resort bandar, menjemput tetamu untuk berehat dan menyegarkan diri. Antara ciri-ciri yang menarik adalah termasuk kolam renang luar yang luas dan menawarkan pemandangan Menara Merdeka 118 yang ikonik. Selain itu, untuk pengemar aktiviti kesihatan, Pusat Kecergasan dibuka untuk 24 jam bagi memenuhi keperluan mereka, manakala Spa Wellness yang akan dibuka tidak lama lagi bakal menjanjikan relaksasi tambahan. Direka bentuk dengan motif kekeluargaan, Bintang Playhouse menyediakan ruang yang selamat dan interaktif di mana kanak-kanak boleh bermain dan belajar. Bintang Playhouse memperkenalkan Bilik Multi-Sensory yang direka khas dan yang pertama kalinya di Malaysia. Ruang inovatif ini direka dengan teliti untuk menyokong perkembangan deria kanak-kanak. Selain itu, persekitaran yang dibina khas ini berfungsi sebagai ruang terapeutik untuk kanak-kanak dan orang dewasa yang memerlukan pendedahan khas, memupuk pengalaman deria mereka untuk pembangunan holistik.


Mesyuarat dan Acara Inovasi

Bilik Ballroom Signature di Hotel Royal Signature, yang boleh memuatkan sehingga 500 tetamu, tampil sebagai tempat yang ideal untuk pelbagai majlis, daripada acara korporat hingga ke majlis perkahwinan. Dilengkapi dengan bilik majlis serba lengkap yang boleh disesuaikan untuk pelbagai acara, hotel ini memenuhi keperluan mesyuarat, bengkel dan acara korporat yang memuatkan sehingga 150 peserta, menyediakan tetapan yang disesuaikan bagi memenuhi kehendak mood atau keperluan semasa.


Komitmen terhadap Kelestarian Alam

Komited terhadap kelestarian alam, Hotel Royal Signature menyepadukan amalan mementingkan alam sekitar ke dalam operasi hariannya. Setiap bilik mempunyai penapis air minuman , memastikan tetamu mendapat akses kepada pilihan air minuman yang bersih. Selain itu, hotel ini dengan bangganya melaksanakan kemudahan bilik mandi terbiodegradasi untuk mengurangkan kesan buruk terhadap alam sekitar. Selain itu, ia juga menganjurkan kebun kecil dan menawarkan hasil tanaman yang segar dan untuk pengalaman kulinari yang menarik dari ladang ke meja (farm-to-table). Pendekatan ini bukan sahaja meningkatkan penawaran masakan tetapi juga menekankan dedikasi untuk menyediakan tetamu dengan pengalaman menjamu selera yang prihatin terhadap alam sekitar dan bersumberkan tempatan.

"Di Hotel Royal Signature, tujuan utama kami adalah untuk memupuk persekitaran yang mengamit pengalaman setiap tetamu dalam merasakan keselesaan seperti berada di dalam rumah. Janji jenama kami, "Every Room A Home" merangkumi komitmen kami untuk memastikan bahawa setiap tetamu yang melangkah masuk, mereka akan merasakan lebih banyak pengalaman daripada hanya sebuah hotel – ia adalah tempat selesa di mana kebiasaan rumah berkait harmoni dengan kemudahan penginapan hotel," kata May Cheong, Pengurus Besar, Hotel Royal Signature.

Tempahan kini dibuka untuk penginapan di Hotel Royal Signature. 

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang www.hotelroyalsignature.com


Monday, April 22, 2024

Thalia Kesal Sikap Buruk Bibik - Doakan Dirinya dan Anak Mampus

Hi Korang,

Usahawan selebriti Datin Thalia Baiduri mengakui terkejut dengan pembantu rumahnya yang selama ini dianggap baik dan dilayan seperti keluarga, rupa-rupanya hanya bertopengkan agama.


Dalam satu pendedahan di laman sosial, beliau berkata dirinya terkejut apabila mendapat tahu perkara sebenar pembantu rumah yang dipanggil Bibik Elly tidak berlaku jujur malah melayan anak bongsunya dengan teruk sehingga membiarkan kanak-kanak itu berbau hancing dan bermain dengan air tandas.

"Saya tidak pernah mengesyaki apa-apa sebab dia sangat baik di depan saya malah tidak pernah tinggal solat Dhuha. Semuanya terbongkar apabila mesejnya bersama teman lelakinya dikirimkan oleh individu berkenaan.

"Bila saya tanya dia menafikan, tapi bukti jelas apabila kami menerima mesej yang dia kirimkan kepada kekasihnya dan memaki hamum kami termasuk mendoakan saya dan anak saya mampus," katanya dalam pendedahan berkenaan.

Pendedahan itu dibuat dalam satu siaran langsung di akan TikTok Thalia.Baiduri minggu lalu dan mendapat respon netizen yang mahu mengetahu kisah sebenar yang berlaku.

Beberapa sedutan mengenai pendedahan berkenaan turut dikongsikan di akaun yang sama.

Thalia yang juga pernah berlakon itu berkata, selepas perkara tersebut terbongkar segala kebenaran mengenai bibik Elly sampai ke pengetahuannya dan suami melalui dua lagi pembantu rumah.

"Saya memang hairan sebelum ini bila anak saya berbau busuk setiap kali saya balik kerja, malah badannya juga penuh dengan luka tapi bila tanya dia, siap sumpah dengan nama Allah dia jaga anak dengan baik.

"Rupa-rupanya anak saya sudah beberapa kali jatuh dan dibiarkan sendirian tanpa dibersihkan, bibik lain tidak berani dengan dia kerana dia sudah lebih setahun berkhidmat dengan saya.

"Saya memang tidak pernah syak sebab bila dia sebut Allah saya fikir takkan dia tergamak main nama Allah," katanya.

Lebih dari itu pembantu rumah berkenaan juga didapati leka bermain cinta dengan lelaki senegara dengannya yang kononnya bekerja sebagai juruterbang.

Thalia berkata, pembantu rumahnya berusia lewat 40-an itu terbuai dan asyik dilamun cinta dengan lelaki berkenaan sehingga sanggup mengabaikan tugas hariannya.

"Saya difahamkan dia bercinta dengan pilot dan yang kelakarnya habis duit pada lelaki itu. Saya tidak masuk campur cuma bila sampai tugas terabai dan anak saya jadi mangsa memang saya tidak boleh terima. Malah bila kita panggil untuk bersemuka pun dia tidak menunjukkan sebarang penyesalan serta tiada langsung ucapan maaaf yang keluar dari mulut," katanya.

Lantaran itu, suami Thalia Datuk Shahriza Amir meminta bibik berkenaan keluar dari rumah dan menamatkan perkhidmatannya serta merta.

"Saya sendiri hilang kata-kata dengan sikap bibik berkenaan, tak apalah tiada rezeki dia bekerja dengan saya. Yang penting kita dah pulangan pada agen dan keselamatan anak kami terjamin," akuinya yang serik dengan kejadian itu sehingga ragu-ragu untuk memilih pembantu rumah.


Thursday, April 18, 2024

MELARAM DI 10 LOKASI OOTD DI NEGERI SELANGOR

Hi Korang,

Apabila kita mendekati akhir bulan Ramadhan yang mulia, ahli-ahli keluarga dan jiran tetangga sibuk bersiap sedia untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Dari set langsir baru, baju raya sedondon, persediaan memasak juadah Raya dan mengira berapa jam perjalanan untuk sampai ke kampung halaman - perkara ini adalah apa yang membuatkan Hari Raya Aidilfitri sangat bermakna. 


Walau bagaimanapun, dalam keadaan dan persediaan yang sibuk, kita akan sentiasa cuba untuk menyelitkan masa untuk mengambil gambar-gambar Outfit-Of-The-Day di Hari Raya Aidilfitri. Jika anda sedang mencari tempat-tempat instagrammable untuk mempamerkan pakaian raya anda, kami telah menyenaraikan 10 tempat menarik di Selangor untuk OOTD Aidilfitri anda pada tahun ini.

RAINBOW WINDMILL AND SWING, SEKINCHAN


Rainbow Windmill and Swing di Sekinchan bukanlah lokasi yang asing bagi penduduk yang tinggal di kawasan ini, malah ia dianggap sebagai salah satu tempat pelancongan yang paling terkenal di daerah Sabak Bernam. Selain dikelilingi oleh sawah padi yang cantik, kawasan ini juga memiliki banyak lokasi yang menarik bagi mereka yang berminat untuk berkunjung ke sini, seperti kincir angin pelangi, tangga yang berwarna-warni dan buaian yang memberikan pandangan ke sawah padi yang menghijau. Sesiapa sahaja boleh mengunjungi dan dan menangkap gambar di sini secara percuma.

LALUAN SENI PEKAN LAMA, KUALA SELANGOR


Banyak seniman tempatan kini menggunakan lukisan mural sebagai salah satu cara memaparkan hasil seni kreatif mereka pada bangunan dan seni bina Selangor. Ini meningkatkan dan mengekalkan kebersihan kawasan sekitar dan lorong belakang serta menarik pengunjung dan peminat seni. Laluan Seni Pekan Lama yang berdekatan dengan Masjid Raja Lumu menampilkan banyak lukisan yang dilukis di kedua-dua sisi lorong. Seawal tahun 2019, pelukis seni halus UITM, atau juga dikenali sebagai cerakcarakita, telah menghasilkan beberapa mural. Pengunjung dan peminat seni tidak akan kecewa apabila mereka mengambil gambar OOTD Hari Raya mereka di sini, kerana terdapat lebih daripada 15 lukisan mural yang berlatarbelakangkan warisan asli kita di dinding bangunan lama dan diserikan lagi dengan laluan pejalan kaki yang berwarna-warni.

DRAGONFLY PARK @ ECO GRANDEUR, KUALA SELANGOR


Dikelilingi oleh sebuah tasik yang cantik dan dedaunan hijau yang subur, Taman Dragonfly @ Eco Grandeur terkenal dengan jambatan yang cantik, yang dikenali sebagai Eco Bridge. Taman yang terletak di Puncak Alam ini mempunyai lebih daripada 2,000 anak tangga dan menawarkan banyak lokasi yang cantik untuk gambar OOTD Hari Raya Aidilfitri anda. Taman ini dibuka dari jam 10:00 pagi hingga 8:00 malam. Ia mempunyai beberapa tarikan, termasuk taman permainan, pusat kecergasan, bangku, tempat letak kereta, padang bola keranjang dan padang futsal. Pengunjung boleh datang untuk berlari, berbasikal dan berjalan-jalan.

PJ STREET ART LANE, PETALING JAYA


Terdapat beberapa perubahan kreatif yang dibuat kepada pembangunan baru di Petaling Jaya. Anda mungkin melihat banyak lukisan yang sangat cantik telah dipaparkan di Petaling Jaya. Walaupun terdapat banyak mural dan lukisan dengan karya seni unik dan berbeza di belakang kedai-kedai dan lorong-lorong yang memaparkan motif tradisional dari etnik Melayu, Cina, dan India, tetapi masih sesuai untuk gambar Hari Raya Aidilfitri anda bagi pelancong dan pengunjung yang datang dan menghargai seni tempatan yang dipamerkan. Pelancong dan pengunjung disarankan untuk datang pada hujung minggu untuk mengelakkan kepadatan tempat letak kereta yang disebabkan oleh waktu perniagaan pada hari minggu di sini. Selain itu, untuk melawati bandar Petaling Jaya, bas awam boleh diakses dengan menggunakan Bas Hijau PJ. Selain itu, stesen kereta api terdekat juga terletak di Stesen Amcorp Mall bagi mana-mana pengunjung atau pelancong yang ingin melawat.

MUZIUM SULTAN ALAM SHAH, SHAH ALAM


Muzium ini merupakan simbol utama warisan budaya dan pembangunan di negeri Selangor. Ditubuhkan pada tahun 1989, muzium ini mempunyai reka bentuk yang unik berdasarkan seni bina Minangkabau. Ia meliputi kira-kira 135,000 kaki persegi penuh dengan budaya dan sejarah semula jadi Selangor yang memaparkan banyak tempat unik dan menarik bagi pelancong dan pengunjung yang datang dan mengambil gambar pada Hari Raya Aidilfitri seperti rumah Bugis tradisional yang berusia 100 tahun dan beberapa lokomotif lama yang akan membuat gambar Hari Raya anda menonjol. Selain itu, muzium ini juga dikelilingi oleh tempat-tempat lain seperti Masjid Biru dan Tasik Shah Alam untuk pengunjung lawati.

GAMUDA COVE PARK, KUALA LANGAT


Taman yang mesra haiwan peliharaan seluas 60 ekar ini memiliki trek jogging sepanjang 5 KM. Terdapat banyak lokasi yang fotogenik dalam taman yang terjaga ini untuk pelancong dan pengunjung mengambil gambar OOTD mereka sepanjang Hari Raya Aidilfitri. Bagi mereka yang mencintai haiwan dan ingin mengadakan sesi gambar Hari Raya di luar, kawasan yang berkunci ini juga selamat dan mesra haiwan peliharaan. Selain itu, Taman Gamuda Cove telah memelihara ekosistemnya dan menambah kekayaan biologi; dengan dua air terjun yang mengalir deras dan mengekalkan tasik dan kolam semula jadi untuk meningkatkan pertumbuhan tumbuhan dan ekosistem haiwan, menjadikannya tempat terbaik untuk pelancong yang suka mengambil gambar flora dan fauna di taman ini.

BANDAR BARU SALAK TINGGI (BBST) WALK, SEPANG


Selain daripada Laluan Seni Pekan Lama di Kuala Selangor dan PJ Street Art Lane di Petaling Jaya, Bandar Baru Salak Tinggi (BSST) Walk juga merupakan salah satu lorong seni mural yang popular bagi pelawat dan pelancong yang mahu mengambil gambar OOTD di Hari Raya Aidilfitri. Terdapat lukisan-lukisan besar yang menggambarkan sejarah dan budaya yang kaya di Daerah Sepang, termasuk Litar Antarabangsa Sepang, Jeti Penambang Sungai Pelek, Bukit Pelandok, Pantai Bagan Lalang, Lapangan Terbang KLIA Sepang dan Kampung Orang Asli Bangkong Bukit, menghiasi lorong ini. Lorong ini juga akan diubah menjadi pasar seni pada hujung minggu, di mana beberapa artis tempatan akan membuka gerai dan menjual barang antik dan karya seni kepada pelancong dan peminat seni.

TAMAN TASIK CYBERJAYA, CYBERJAYA


Ditubuhkan pada tahun 1998, Taman Tasik Cyberjaya adalah sebuah taman kecil, merangkumi berkeluasan 86 ekar untuk berjalan santai di sekitar seluruh kawasan dan mengambil masa kira-kira 20 minit. Kehijauan yang subur dan bunga teratai yang berwarna-warni serta teratai yang tumbuh di bahagian-bahagian tasik yang berbeza di taman ini pastinya akan memberikan latar belakang semulajadi yang indah untuk gambar OOTD Raya anda. Jambatan kayu yang ada di sini juga akan membawa anda menyelusuri menara pemantauan, yang memaparkan pemandangan langit-langit Cyberjaya dari atas pepohonan. Selain itu, anda juga boleh berpiknik bersama ahli keluarga dan rakan-rakan atau memancing serta berenang di kolam renang yang terdapat di taman tasik ini.

SETIA ECOHILL PARK, SEMENYIH


Taman Setia Ecohill adalah sebuah taman komuniti tempatan yang unik dan terjaga dengan baik. Ia terletak di puncak bukit dengan pemandangan yang memaparkan seluruh bandar Setia Ecohill, Semenyih. Taman ini adalah tempat yang ideal untuk keluarga dan rakan-rakan datang untuk bersenam atau berehat dengan laluan jogging dan berbasikal sepanjang 20 KM di seluruh Setia Ecohill. Memandangkan taman ini terletak di puncak bukit, ia adalah tempat yang terbaik untuk menyaksikan matahari terbenam dan mengambil gambar-gambar OOTD ‘Golden Hour’ untuk Instagram anda.

KKB STREET MURALS, HULU SELANGOR


Bandar Kuala Kubu Bharu (KKB) masih mempunyai sedikit ciri-ciri kolonialisme di sekitarnya. Terletak berdekatan dengan Lukisan Mural KKB, terdapat juga Restoran Sun Sun Nam Cheong yang telah berusia lebih 101 tahun. Para pelancong akan menemui pelbagai lukisan yang menggambarkan flora dan fauna yang terdapat di Hulu Selangor semasa mereka berjalan di sepanjang lorong tersebut. Di Hulu Selangor, beberapa lukisan mural berkonsepkan lokasi terkenal atau tarikan pelancongan popular, seperti Pitcher Flora Fraser Hill dan Manseer Fish Sanctuary Sungai Chiling. Selain itu, terdapat juga lukisan yang memaparkan tarikan pelancongan lain termasuk payung terjun, pemandangan burung dan pendakian hutan. Pelancong dan pengunjung disarankan untuk berkunjung ke Laluan Seni Mural KKB untuk mengambil gambar untuk OOTD di Hari Raya Aidilfitri ini.


Melaram di Hari Raya Aidilfitri dengan pengembaraan yang menyeronokkan. Setiap tempat menawarkan latar belakang yang unik untuk merakam detik-detik yang tidak akan dapat dilupakan bersama yang tersayang, dengan foto-foto yang memukau dan kenangan yang manis bersama. 


Untuk lebih banyak inspirasi pelancongan di Selangor, 
layari laman web rasmi Tourism Selangor, www.selangor.travel
akaun media sosial rasmi Tourism Selangor; Saluran Instagram, Facebook, Twitter, TikTok dan YouTube Pelancongan Selangor. 

#PusingSelangorDulu