Friday, March 3, 2017

K-Fever Kini di SHOPEE Malaysia

Hi Korang,

Annyong haseyo! 


Shopee, pasaran sosial mudah alih No 1 di rantau Asia Tenggara dan Taiwan melancarkan Kempen ‘Shop for Free’ (Beli-belah secara Percuma) dalam bulan Mac bersempena dengan Korean Fever Week, K-Fever dari 9 hingga 22 Mac 2017. Sepanjang kempen ini, penggemar produk Korea boleh membeli-belah tanpa had dan berpeluang menjadi antara 500 pembeli bertuah untuk mendapatkan semula bayaran balik dalam bentuk baucar tunai Shopee.


Perkembangan trend K-Fever di Malaysia yang begitu memberangsangkan mencetus idea untuk Shopee menumpukan promosi terhadap produk keluaran Korea yang dijual di platform tersebut. Produk keluaran Korea merupakan sebahagian daripada 98 juta produk yang disenaraikan merentasi rantau ini. Produk bawah kategori Kecantikan & Penjagaan Diri mencatatkan jualan tertinggi berbanding kategori lain. 


Di platform Shopee, pengguna boleh menikmati sensasi ala-Korea melalui promosi jualan gila-gila sepanjang tempoh terhad ini termasuk jualan Lucky RM7 untuk mendapatkan produk kecantikan dan fesyen terkini dan bergaya pada harga serendah RM7 sahaja! Peminat budaya pop Korea perlu terus mendapatkan maklumat terbaharu berkaitan kempen K-Fever dalam aplikasi Shopee agar tidak terlepas peluang untuk menikmati promosi pada harga lelong. 


Bagi menambahkan lagi kehangatan K-Fever tersebut, Shopee turut menganjurkan pertandingan K-Fever Race untuk peminat muzik menangi tiket menyaksikan kumpulan EXO secara langsung di Malaysia. Digelar antara kumpulan K-pop terulung di Korea, kumpulan EXO akan kembali ke tanah air dengan Konsert Exordium 2017 yang dijadualkan pada 18 Mac 2017. Peminat K-pop berpeluang untuk menang tiket EXO bernilai lebih RM 3,000 apabila memperkenalkan seorang rakan (pengguna baru Shopee) pada platform Shopee. Pertandingan ini berlangsung dari 1 hingga 9 Mac 2017.

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai pertandingan lain pada platform Media Sosial dengan mengikut perkembangan di laman Facebook rasmi: FB/ShopeeMY dan Instagram: Shopee_MY. 


Sebagai rujukan, sebelum kempen ini berlangsung, pangkalan data Shopee mendapati kumpulan demografi wanita urban dalam lingkungan usia antara 24 dan 36 tahun merupakan pembeli tertinggi bagi produk kecantikan dan penjagaan diri keluaran Korea. Golongan wanita Melayu menunjukkan catatan tertinggi bagi pembelian peralatan kecantikan seperti set berus, span kecantikan dan span adunan.


Sehingga Januari 2017, Shopee mencatatkan jumlah 29 juta muat turun di rantau ini termasuk 2 juta muat turun di Malaysia. Ini meletakkan Shopee sebagai platform m-perdagangan (m-commerce) yang berkembang paling pantas di Asia Tenggara dan Taiwan. Sementara itu, Nilai Dagangan Kasar (gross merchandise value) tahunan direkod pada USD 2.5 bilion secara keseluruhan (statistik serantau).

Untuk maklumat lanjut tentang Minggu K-Fever di Shopee, lawati laman sesawang: www.shopee.com.my atau muat turun aplikasi Shopee secara percuma di App Store atau Google Play.

2 comments:

  1. Pernah gak dengar shopee sebelum ni tapi saya tak berapa faham konsep penggunaannya.

    Terkini daripada Mommy Muhaimin, http://lynk.my/q4z9

    ReplyDelete
  2. Wife saya pun tahu pasal shopee bulan 3 lepas sebab mak wife suruh beli tudung. Wife survey2 online jumpalah shopee. Wife pernah beli tudung kat seller tersebut kat 11street. Kat shopee lagi jimat harga yang lebih murah + free postage. Lepas beli tudung terjebak beli barang2 lain sambal hitam, pekasam daging, sambal garing etc. Adik ipar pun sama kirim suruh beli barang petpet, Ivmist, Jerslin Oil, Milo etc. Banyak jugak membeli di shopee sejak tahu kewujudannya. Best platform shopping online selain Lazada dan 11street.

    ReplyDelete

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!