MY HISTORIC MOMENTS

Saturday, March 30, 2013

Clean & Clear® Deep Action Daily Pore Cleanser Ni Elok Untuk Remaja


Hi Korang,
Nak citer pasal remaja plak la
Memandangkan ramai readers aku merupakan adik-adik yang muda, belia dan cantik ni kan. Meh aku nak kongsi sket citer tips penjagaan kulit muka bagi remaja ni.
Korang yang sebaya aku ni remaja purba wokeh so jangan nak perasan!
Hkahkahakhaka
Kulit berminyak ermm standardlah bagi adik-adik remaja ni kan, yelah hormon estrogen dan progesteron yang tak berapa nak betul ni memang banyaklah keluar jerawat, kotoran berminyak dan degil kat muka tuh.

So dengan adanya Clean & Clear® Deep Action Daily Pore Cleanser ni yang dah di perbaharui ni, ianya merupakan pembersih muka yang berkesan dengan fungsi dwi-aksi yang unik bagi mengawal minyak dan menghilangkan bintik hitam dan memberikan kulit yang bersih berseri bagi para remaja.

Pembersih muka baharu ini menggunakan beberapa teknologi Clean & Clear®untuk mengurangkan keadaan muka yang berminyak dan bintik hitam bagi remaja. Pertama, merupakan ekstrak istimewa Pure Rice™ yang disaring daripada protein beras semula jadi untuk menyerap minyak dari kulit sepanjang hari seperti span-mikro. Secara amnya, ia berfungsi dengan menyerap sebum (minyak yang dikeluarkan oleh kulit) daripada pori 8 kali ganda lebih cepat dan mampu bertahan selama 8 jam.

Clean & Clear® Daily Pore Cleanser diuji secara klinikal dan terbukti dapat mengurangkan sebum sehingga 25% dalam masa hanya 3 minggu dengan penggunaan berterusan. Dengan formulasi yang begitu berkesan, ia juga lembut pada kulit, dan oleh itu dapat digunakan setiap hari tanpa sebarang keraguan.


Satu lagi teknologi Clean & Clear® dalam Daily Pore Cleanser adalah mikroskrub epal dan formulasi asid buah epal semulajadi. Formulasi ini membantu menghilangkan bintik hitam secara efektif dan lembut. Malah, hasil bintik hitam yang kurang dapat dilihat dalam hanya tiga hari dengan penggunaan berterusan. 

Selain daripada itu, Clean & Clear® Daily Pore Cleanser turut mengandungi Asid Salisilik (Salicylic Acid) yang menyerap jauh ke dalam epidermis dan pori-pori bagi mengelakkan pori tersumbat. Ini bukan sahaja menghilangkan bintik hitam malah mengelakkannya daripada terus terhasil pada masa yang kelak.

Kebanyakan remaja tidak tahu bahawa bintik hitam terhasil pada kulit melalui kitaran yang disebabkan oleh sebum berlebihan, sel kulit mati, kotoran dan bahan solek yang menyumbat pori mereka. Pori yang sering tersumbat akan mengakibatkan bintik hitam yang ketara, dan jika digabungkan dengan pengeluaran sebum yang tidak terkawal, jerawat akan timbul.  Penggunaan Clean & Clear® Daily Pore Cleanser secara konsisten dapat mencuci sel kulit dan kotoran pada permukaan kulit serta dapat mengawal pengeluaran minyak untuk mengelakkan tahap awal penghasilan bintik hitam. Ia menghentikan kitaran bintik hitam secara segera, dan menjadikan kulit bersih berseri, sebagaimana yang diinginkan para remaja. 


Hanis Zalikha, selebriti blogger kecantikan mengakui keberkesanan Clean & Clear® Daily Pore Cleanser, yang merupakan langkah pertama dalam amalan kecantikannya. “Jangan memandang remeh kepentingan pembersih muka – ia merupakan langkah pertama anda bagi mendapatkan kulit yang mulus dan bermaya. Sebagai seorang blogger kecantikan, saya sememangnya tidak mahu kulit saya kelihatan berminyak dan dipenuhi bintik hitam, terutamanya di hidung dan zon-T saya apabila bergambar. Dahulu saya mengalami masalah bintik hitam dan sangat mengganggu, namun kini tidak lagi dengan adanya Clean & Clear®.  Tiada lagi kulit berminyak dan bintik hitam bagi saya!” kata blogger berprofil tinggi tersebut.

“Tidak sukar untuk mendapatkan kulit yang cantik; hanya gunakan Clean & Clear® Daily Pore Cleanser secara berterusan dan saksikan sendiri perubahannya – anda akan dapati bahawa bintik hitam akan kian berkurang. Sekiranya anda risau tentang kulit yang berminyak, ia akan hilang sejurus selepas menggunakan pencuci tersebut,” kata Hanis.



Clean & Clear® Daily Pore Cleanser boleh didapati dalam saiz 50gm dan 100gm di pasar raya serta farmasi terkemuka. Untuk maklumat lanjut akan Clean & Clear® serta rangkaian produknya, layari laman “My Clean & Clear” di www.facebook.com.

So adik-adik remaja yang ku sayang, so kalau yang ada masalah kulit muka ni boleh lah kot cuba Pore Cleanser ni kan. Mana tau boleh mengurangkan masalah yang korang hadapi. Lagi plak murah je pun, beli saiz kecil dulu, its ok dengan muka barulah angkat yang beso plak.
Korang yang remaja purba cam aku ni, kalau nak cuba pun boleh gak. No harm trying!


Friday, March 29, 2013

Suami Wajib Buat Nie Pada Isteri


Hi Korang,


Pepagi Jumaat ni, meh aku citer sket pasal kisah SUAMI dan ISTERI ni. Alah sket jelah

JOM!




1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.


4. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing dan berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

5. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

6. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh. Frust, tau tak!



7. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

8. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?



Ok cukuplah 8 ciri-ciri dulu kan. Sebenarnya banyak lagi but nanti lah aku sambung.So suami-suami yang  suka lepak kat blog aku ni, jangan lah marah ye bukan nak kondem but its true gak la..

Silalah hargai perempuan-perempuan di sekeliling korang ye..


Salam Jumaat...



info dan pics : google.com




Thursday, March 28, 2013

Program IMI School of Hospitality, Tourism Dan Culinary Arts Di KDU Sangat Menarik


Hi Korang,

This is 48 hours sponsored post, kindly scroll down for new entries.. 

Kalau di beri kesempatan untuk belajar balik of course aku akan memilih Program IMI School of Hospitality, Tourism Dan Culinary Arts (SHTCA) di Kolej Damansara Utama ni.

Time aku belajar dulu, tak de course macam ni. Sedih kan..


Bila baca propektus tentang 2 course ni, rasa macam teringin je belajar lah.

Ok ni ada sket sejarah mengenai KDU University College ni ye

Established in 1983, KDU University College has been an important landmark in the development of private tertiary education and it aspires to grow in reputation and quality. As a testament of the consumers’ faith in the KDU brand, the university college was awarded Silver for the Education & Learning category in the Putra Brand Awards for two consecutive years. The education institution is also building a new 21.7 acre campus in Glenmarie, set to be completed in 2014.

Lama dah KDU ni, patutlah ramai yang kenal college ni.

Now, meh aku citer sket mengenai Program Twinning dengan IMI Institute di Switzerland ni

Ada 2 jabatan yang bernaung di bawah School of Hospitality KDU (SHTCA) ni


  • Culinary
    • IMI Diploma in Professional Chef Training
    • IMI Diploma in Culinary Arts
    • IMI Higher Diploma in European Culinary Management
    • KDU Bachelor of Culinary Management (Hons)
(Major: Baking and Pastry Arts, Culinary Operations)
    • IMI Bachelor of Arts (3+0) in International Hotel & Tourism Management
(Major: European Culinary Management)


  • Hospitality & Tourism
    • Diploma in Golf Management Resort
    • IMI Diploma in International Hotel & Tourism Management
    • KDU Bachelor of Hospitality Management (Hons)
(Major: Corporate Communication)
    • IMI Bachelor of Arts (3+0) in International Hotel & Tourism Management
(Majors: Hotel & Tourism Management and Event Management)
    • IMI MBA in International Hospitality Management

Hah, banyak kan. Cam seronok plak bila aku dapat tau ni.


Untuk nak tau lebih lanjut pasal course ni, aku sempat ke KDU College last week untuk bertanyakan sendiri kepada beberapa student dan lecturers yang mengajar  kedua-dua course ini.

Beberapa soalan yang sempat aku tanyakan kepada mereka ni

1. Kenapa memilih course yang terdapat di School of Hospitality, Tourism Dan Culinary Arts ini?

Kerana minat yang begitu mendalam mengenai Culinary Arts dan Hotel & Tourism ni dan ingin mengembangkan kreativiti dalam dunia masakan dan hotel ini


2. Kenapa KDU? Kan ada a few college yang menawarkan program sebegini.

IMI memfokuskan aspek praktikal dalam menjadi Chef lagipun pensyarah di KDU ada pelbagai nationalities macam German, French, Australians dan orang kita sendiri, so lagi banyak pengalaman and ilmu yang dapat dipelajari. Furthermore ianya lebih menekankan 75%  subjek praktikal so lagilah para student lebih master tentang asas memasak.


3. Family camne,boleh terima ke jadi Chef ni?      
    
So far family banyak menyokong ktorang belajar dalam bidang ni. Bila kita minat dengan sesuatu dan hasillnya sangat menakjubkan. Kekadang bila ktorang masak dirumah, semua ahli keluarga akan memberi komen membina mengenai masakan yang kita masak tuh.


Ada banyak soalan lagi yang aku Tanya but more on future plans, criteria menjadi seorangChef dan memacam lagi. Memang best dengar citer diorang ni. Lagilah tambah teruja nak masuk course ni.

Ok sambung citer sket lagi


SHTCA telah pun di anugerahkan WACS Recognition for Quality Culinary Education by the World Association of Chefs Societies. Pencapaian yang sangat mengagumkan dan dalam pada masa yang sama gak ada pelajar membawa pulang pingat gangsa di 2012 Food and Hotel Asia Culinary Competition di dalam kategori Tango


Partnership Dengan IMI University Centre, Switzerland

Kerjasama di antara KDU dan IMI University di tubuhkan pada 1997 dan membuatkan SHTCA hanya satu kolej di Malaysia yang menawarkan pengalaman pembelajaran di Swiss sepenuhnya. Melalui kerjasama ini, para pelajar KDU berpeluang mendapatkan kelayakan Swiss tanpa ke luar Negara. Salah satu features yang unik KDU-IMI ini para pelajar didedahkan dengan latihan industry (internship) di hotel tempatan dan antarabangsa bagi mempertingkatkan practical skills dalam situasi sebenarkan dunia masakan dan perhotelan.

Hah, banyak betul aku bercerita kan.


Kalau korang nak more details pasal program, course dan aktiviti di KDU University College boleh call 03-77288123 / 03 7953 6688 atau email best@kdu.edu.my, kalau tak pun log in kat official website diorang di www.kdu.edu.my.


Untuk program IMI - School of Hospitality, Tourism Dan Culinary Arts korang boleh check it out kat bawah ni ek




Kepada adik-adik yang baru je amik results SPM baru-baru ni, rasanya boleh consider kot courses ini.
Seronok gak kalau dapat belajar balik ni, tup-tup teringat plak time study kat UiTM dulu lah...




Wednesday, March 27, 2013

Bag Of Love ‘Debut Bag’ March Edition

Hi Korang,

Ini kali pertama aku dapat beauty box but dalam bag ye.

Selalunya diorg ni letak semuanya dalam kotak, then bila aku dapat je Bag of Love ni bukak je ada kotak pink dan dalam kotak pink tu lah ada cute bag ni.



Cantikkan warnanya. Hitam strip dengan pink gelap dan ada gold-gold sket kat zipnya. Saiznya pun memang sesuai untuk kita-kita orang pompuan yang nak letak bebarang make-up.

Jom kita tengok apa yang ada dalam bag cute dan comel ni kan.


1. Guerlain La Petite Robe Noire EDT (1ml) @ RM248 for 50ml
Wow parfume ! Ini memang salah satu brand favourite aku. Walaupun sample kecil je but ok gak boleh letak dalam handbag. Emergency senang. So sentiasa wangi je


2. KANEBO Skin Fusing Powder Foundation (0.6g)
Actual Casing with Sponge @ RM60 ; Foundation Refill @ RM140 (10.5g)
Wei dapat lagi, harituh dalam VT beauty box dah ada. Memang colournya sesuai dengan kulit muka aku.


3. Revlon Professional Color Sublime Treatment (75ml) @ RM88 for 200ml
Alah rambut aku tak colour so cam ne nak guna ni, tak per boleh sedekah kat korang readers yang setia kan. Lepas shampoo, sapukan treatment ni dan biarkan 5 minit kemudian bilas. Itu je




4. Murad Vitalic Energizing Pomegranate Cleanser (50ml) @ RM148 for 150ml
Dr Murad tuh, memang terkenal dengan kebaikkannya. Dapat plak cleanser ni, rasa sangat-sangat beruntung coz ia sesuai gak untuk kulit bermasalah. Tekan 2 pump terus letak kat muka, dan leher. Tak mengeringkan kulit lepas di cuci. Dapat gak voucher RM30, jadilah ek.


5. Definite Face Blending Brush (Full Size) @ RM98
First time dalam beauty boxes ni, dapat brush. Original saiz plak. Memang lembut je bulunya. Guna untuk sapu loose powder kat seluruh muka.


6. Complimentary Movie Pass for "The Host"
Citer ni belum start lagi, may be dalam April. So jimat duit tiket wayang bulan ni



Apa yang aku suka dengan  Bag of Love Debut Bag ni
1. Untung sesangat. Aku kira-kira total semua sekali dalam RM200++ cam tu, but kalau subscribe baru RM39.90. Jimat kan
2. Banyak barang kosmetik, barulah best. Nak cari yang sesuai dengan kulit memang payah kan
3. Dapat bag FREE. Bolehlah aku buat letak sample-sample ke kan

Syiok kan.

Itulah memang worth it kalau korang subscribe  Bag of Love ni. Memacam produk kecantikan berjenama yang korang boleh dapat.

Nak subscribe? Meh ikut instruction kat bawah ni


Subscribe for a month at RM39.90 each, 
or RM119.70 for 3 months dapat hadiah misteri 
or RM478.80 for 12 months dan bulan ke-13 dapat PERCUMA!


Nak tau produk terbaru sebulan, 


 Facebook: fb.com/Bag-Of-Love




Ermm memang berbaloi-baloi sungguh !



Wordless Wednesday - Pelakon Che Ta Bertudung

Hi Korang,

Wordless wednesday for this week


Hah ko... betul kan

Ingat aku buat cerita ke? 

Manis je aku tengok Rozita Che Wan ni bertudung kan. Barulah contoh isteri mithali..

heheheehehe

Propa sangatkan!







Tuesday, March 26, 2013

LAMB RIBS Di Tony Roma‘s ® Terbaik Setelah First Time Mencubanya

Hi Korang,


Aku bukan geng makan kambing punya orang.

Serious, memang aku tak makan kambing coz dulu pernah terkena sekali dengan baunya hamisnya, loya tekak dibuatnya membuatkan aku terus BANNED kambing dalam wishlist aku. Alah tak mati pun kalau tak dapat makan. Ok je.

Bila dapat jemputan dari Tony Roma‘s® untuk mencuba menu terbaru mereka, aku dalam hati dah bercakap janganlah kambing. Memintaklah Bountiful Beef Rib ek.

Tup-tup bila sessi briefing, diorang cakap Lamb Ribs je hati aku dah mula hancur. Nampaknya aku tengok je Mr Big telan kambing sesorang dengan senang hati coz tak payah nak berebut dengan aku. Ermm tak perlah boleh makan side dish je, no problem.
Until aku di convincekan oleh Ms May Tan dan Chef Muhammad  Adam Mah iaitu orang yang created menu Lamb Rib ni baru aku terbuka hati untuk cuba.

Memang kita tau, kalau western restaurant kat Malaysia ni memang main dishnya beef (daging lembu) so kecian plak pada mereka-mereka yang tak boleh makan lembu ni (disebabkan agama or kesihatan or memacam lagi) itu yang mendatangkan idea pada Chef Adam tuh. Kiranya ada pilihan bagi mereka-mereka yang mengemari kambing ini.

Meh kita dengar apa Chef Adam nak cakap sket mengenai menu Lamb Ribs yang telah memenangi ‘Brand Innovation Award’ dari Romacorp dah diikuti oleh ‘Best Operator of the Year 2008 dan ‘Best Brand – American Casual Dining 2009’ ini.
Mr Big dengan Chef Adam

‘It was a painstaking process to develop the Lamb Ribs, from conception to perfecting the seasoning so that it is palatable to Malaysians of all races. We wanted to make sure the Lamb Ribs would not just be another addition to the menu but a dish that could stand up to scrutiny from our loyal diners’.
Chef Adam telah menceburi di dalam industry F&B ini lebih dari 25 tahun dan mempunyai pengalaman bekerja di pelbagai hotel 5 star di merata dunia dan rangkaian makanan antarabangsa sebelum mengembangkan sayapnya di Tony Roma‘s® Malaysia.

Bila aku tanya mengenai resipinya, Chef Adam cuma cakap yang daging kambing ini di import dari Australia yang telah siap di custom made potongannya especially untuk Tony Roma‘s® Malaysia. Memang betul-betul special. Cara marinate, ingredients semuanya ilham beliau.
Apa tunggu lagi, jom makan.


Mengikut tradisi makan di Tony Roma‘s® ni, para pelanggan di pakaikan ‘BIB’ ye bagi mengelakkan baju terkena sos tau. Comel plak bila aku tengok kena pakai bib, cam kanak-kanak riang je.
Ktorang dihidangkan dengan 2 dish iaitu Beef Shorts Ribs dan Lamb Ribs.
Bountiful Beef Ribs (bestseller)

Memang kita tau daging lembu bahagian rib ni camne rasanya kan. Di tambahkan plak dengan sos-sos marinate dan sos masak di grill tu memang sedap. Lembut.
Lamb Ribs
pakai tangan je udah

siap tutup mata bagai

Dagingnya juicy, lembut. Sekali tarik je terus senang masuk mulut. Langsung tak de bau kambingnya. Rasa bukan macam kambing lah. Sos plum memang terasa. Aku plak makan pakai tangan so apa lagi terus menjilat jari dibuatnya.
Tinggal tulang je uols!

Bagi aku ini adalah pengalaman pertama aku makan kambing setelah sekian lama kan, memang totally salah perception aku, rupanya sedap lah. ishkk... 
Lepas makan lamb ribs, terus je pi main VuVuZela kat Sunway Lagoon ni tau.

Thank you pada Ms May dan Chef Adam serta Tony Roma‘s® team kerana sudi menjemput ktorg ni, next visit ke sini nanti memang menu Lamb Ribs ni akan jadi pilihan pertama aku.

Ok restoran Tony Roma‘s® ini mempunyai 6 outlet iaitu di Sunway Piramid mall, eCurve, The Pavilion KL, The Gardens Mid Valley, 1 Mont Kiara dan yang terbaru Setia City Mall

Jom LIKE Tony Roma’s di facebook  Tony Roma's Malaysia dan juga di official mereka http://www.tonyromas.com.my mana tau kot-kot ada promotion ke diskaun yang best-best kan.

Jom makan!