MY HISTORIC MOMENTS

Monday, December 31, 2012

Terbaik Sepanjang 2012


Hi Korang,

Lama plak dah tak duk depan PC ni, yelah cuti-cuti Malaysia kan. Haruslah semua anggota pun berehat.


Nothing much pun dalam tahun 2012. Semuanya sama. Kerja dan event sama seimbang but penat memang tak terhingga lah.

Rasanya lebih dari 10 gadget aku dapat review untuk tahun ni. Selain dari camera, smartphone, WiFi device ada gak aku dapat review vacuum dan microwave canggih. Tak caya meh baca kat column PRODUCT REVIEW dalam blog aku ni. Tup-tup rasa up to date plak dengan teknologi lah.

Selain dari gadget, beauty product pun ada gak aku tulis. Siap kena jadi testimonial produk lagi. Actually bagus gak lah, aku boleh kenal produk tu dengan lebih details lagi supaya aku boleh spread the news. Eh, makin kulit bersih pun ye tau.

Tahun ni bercuti kurang sket lah due to tak de masa dan keje melambak. Jawabnya bercuti adhoc je dalam Malaysia ni. Jadi HOTEL REVIEW pun tak de banyak. Tapi ada 5-6 hotel lagi aku belum sempat tulis review hehehehehehe tak jumpa masa yang sesuai nak tulis pasal hotel ni, may be time nak cuti-cuti sekolah ni aku tulis la ek

Movie lagi teruk, aku langsung tak pi tengok pun yang press screening punya. Yelah kekadang tempat jauh, waktu tak kena so malas dibuatnya. Tapi ada gak lah movie yang best-best aku tengok, meh check kat column MOVIE REVIEW aku ni tau.


Ok ok yang terakhir ni, FOOD REVIEW. Ya ampun, terlampau banyak sih. Tak terkira hendaknya, lebih-lebih lagi time bulan puasa rasanya lebih dari 20 hotel aku dapat pi makan kan. Sampai Mr Big cakap bila masanya kita nak makan kat rumah ni, kalau asyik buka kat hotel je letih dibuatnya. Review makanan di restoran pun cara gak, banyak dapat aku test mana tak perut kembung. Nasib baik ada PB kan, penyelesaian kepada masalah kegemukkan aku ni hehehhehe

Dah penat aku membebel dalam entry ni, kalau nak sambung citer lagi rasanya 3 hari 3 malam pun tak akan abis punya.


Apapun TQ so much to Allah for all these rezeki. Betul lah orang kata, kalau nak rezeki lebih jangan berkira sangat. Ada sesetengah blogger cakap, kalau tak bayar tak nak cover event tapi bukan aku lah sebab aku berblogging ni sebab suka dan nak tambahkan ilmu dan nak luaskan pengalaman so bagi aku kalau ada payment tu dah kira cam bonus gituh lah kan.

Hopefully tahun 2013 ni akan lebih bertambah rezeki aku dalam dunia blogging ni ek.

Insyallah!


Saturday, December 29, 2012

Promosi Tambang Murah Air Asia Lagi

Hi Korang,

Air Asia buat promotion lagi ni.

Jom check it out




Air Asia Low Fares
for January to March 2013

Fly from Kuala Lumpur
to Bangkok, Johor Bahru, Guilin
Sandakan, Singapore, Makassar
from RM39.00

Booking Period: 17 December 2013 – 2 January 2013
Travel Period: 4 – 31 January 2013

Apa lagi, baik cepat tau!

Friday, December 28, 2012

VANITYTROVE, Surprise Untuk Wanita Setiap Bulan


Hi Korang,

Meh sini bayangkan sket:-
Seharian korang bergelut kat opis untuk siapkan kerja-kerja yang melambak tu di tambah plak dengan stress lagi kan. Tup-tup bila balik rumah, korang terima satu kotak PINK yang dalamnya ada memacam produk kecantikan yang hanya untuk korang je.

Happy tak?

Haruslah, terus hilang STRESS tu kan

Di ilhamkan dari fukuburuko, iaitu kotak misteri yang mempunyai produk gaya yang tersendiri dari Jepun, VanityTrove mempersembahkan servis unik ini di Malaysia.


Ini adalah trend terkini bagi wanita yang inginkan kemanjaan.

Eleh, suka lah tu bila aku citer bab manja-manja ni kan.

Ye senang je nak dapatkan kotak PINK ni, baca ni

1)     Sign up for an account and subscribe to the service onwww.VanityTrove.com/my for the monthly subscription fee of RM60/- (inclusive of packing, shipping & handling fees) or choose the 3, 6, 12 months subscription options to get credits that goes towards redeeming a complimentary trove!
2)     Receive each month’s edition before the month starts. (You’ll get March’s themed trove by end of February!)
3)     Receive the troves hand-delivered to you and enjoy the beautiful surprises within it! Try and share it with your beauty buddies.


Untuk RM60/-, korang boleh dapat produk kecantikan yang TOP dalam industri kecantikan ni sebab kita kan tau orang perempuan ni nakkan dirinya senantiasa cantikkan. Produk dalam kotak PINK ni memang mudah di dapati dan harganya berpatutan. Alah korang boleh percaya lah VanityTrove punya selection ni

Bukan tu je.


VanityTrove juga menggalakkan pengguna share apa yang ada dalam kotak ni dengan ‘GIFT’ option. Maknanya  kita boleh share dengan sesiapa je yang kita suka. Hantar kat diorg thru this service.

Apa lagi jom subscribe sekarang.




VanityTrove is set to create a trending wave with its engagement and collaboration with key industry players and experts for subscribers to have bigger and better surprises each month. 

Mesti korang suka lah dengan hadirnya VanityTrove!


Thursday, December 27, 2012

La Senza’s Sassy Soiree Bagi Peminat Lingerista Masakini


Hi Korang,

Lingerista = Peminat pakaian dalam (BRA and PANTIES) yang mahukan trend terkini

La Senza’s Sassy Soiree = inilah tempatnya untuk dapatkan yang dalam-dalam tuh cantik-cantik dan funky.

So nak citer apa lagi ek ?


Haruslah citer pasal New Pin Up Concept Store La Senza di KLCC ni kan.

Tapi sebelum meh tengok apa yang ada masa lauching ‘La Senza’ party di The Apartment KLCC hari tuh.




Sementara tunggu event start, ktorg dihidangkan dengan Dessert buffet yang sweet sekali. Mana taknya semua kat table spread tu manis dan colourful. Selain dari rainbow cake dan sweets ada gak fruity ice-cream yang sedap dibuat daripada original buah-buahan segar tau.


So haruslah ada fashion show ye, itu yang gegambar kuar kat entry hari tuh. Ramai gak yang komen apsal tak ajak pi sekali, ermm gatai tau korang ni.

Ok jom kita pi tengok Pin-up Concept store diorg ni ek

Concept store yang direkabentuk dengan pengaruh-pengaruh seperti flirty, polka-dots, pinky membuatkan ianya mesra pelanggan. Sangat girlly bila berada di dalamnya. Tambahan plak bila nak beli barang-barang dalaman ni kan. 

Rasa cam intimate je.






Dengan kehadiran koleksi terbaru ‘Hello Sugar’ bagi musim perayaan ni, memang sedang elok lah kan. Time-time bercuti apa salahnya pakai yang dalam tu funky-funky sket, bukan nak tunjuk kat sesape pun untuk kepuasan diri sendiri kan.


Ktorg kan dapat RM100 gift voucher so haruslah shopping kat situ gak, aku pun puas memborong. Kata bebudak bloggers ni dah boleh buat ‘Tiger Show’ seminggu untuk Mr Big. Kahkahakhakha bengong diorg ni.


Anyway terima kasih sangat pada La Senza coz sudi jemput aku ke event best ni, dah 2 kali dah tau. Hopefully ada lagi jemputan cam ni lagi ek.

Ok sexy time...









Wednesday, December 26, 2012

Maggi Ketam Ada Di Bangi

Hi Korang,

Actually aku dah 2-3 kali pi makan maggi ketam kat area umah aku ni.

Yelah nak pi makan mee ketam kat Shah Alam tu tak de masa, jauh kan. Jadi apa yang ada je lah untuk hilangkan rasa ngidam tu.

Inilah maggi ketamnya

Simple je

Maggi yang di masak ala kuah tomyam gituh but no so tomyam sangat dan ditambah dengan makanan laut (seafood) macam udang, sotong dan memacam lagi la.

Cara nak makan?

Bukak mulut, suap je teruslah. Apa lagikan. Itu pun nak kena ajar ke, heehhehe itu jangan mare ye 


Tak la, diorg ada sediakan penyepit untuk kopek isi ketam ni so tak dela korang nak gigit kulit keras ketam tu kan.


Nak ke sini? ni tempatnya



Anjung Selera Ikan Bakar,
No. 18, Jalan 7/7B,
Seksyen 7, Bandar Baru Bangi

https://www.facebook.com/AnjungSelera



Selain dari maggi ketam ada gak makanan lain macam entry aku sebelum ni, baca kisah IKAN BAKAR tau.



Semangkuk maggi ketam ni RM21.++ cam tu coz ikut harga pasaran ketam kan. Yang aku makan ni lebih kurang 300gm. Banyak gak isinya.

Lepas makan terus tersandar aku dibuatnya.





WW - Kenderaan Kedua Saya

Hi Korang,

wordless wednesday for this week


Rasanya dekat 6 kali aku naik komuter bulan ni. Not bad jugak. Cepat dan mudah. Tak yah duk fikir jem ke parking kereta kan. 

Kalau opis aku senang nak ke stesyen komuter, harus tinggalkan kereta je kat umah kan


Tuesday, December 25, 2012

Merry Christmas Friends

Hi Korang,

Selamat hari natal di ucapkan kepada kengkawan yang menyambutnya


Hopefully Santa Claus dah bagi korang hadiah wishlist korang ye.

Enjoy your holiday..






Monday, December 24, 2012

Jangan Hilangkan Segalanya, Masanya Untuk Dapatkan DATA

Hi Korang,

PJJ atau perhubungan jarak jauh ni memang mencabar jiwa.

Mana taknya, dahlah jauh dari si dia. So tak de lagi surprise gift ke, senyuman depan mata, nak mengadu domba pun tak boleh.

Dan tetiba hilang tanpa khabar berita.

Macam kes Amy dan Nick ni, meh tengok video ni



Tengah duk asyik masuk duk bercinta walaupun berjauhan, tup-tup hilang cam tu je. Cam ne si Amy ni nak cari kan, takkan nak terbang ke sana plak.

Ada plak si John yang try to comfort him

DON’T LOSE IT ALL. TIME TO GET DATA.

Korang agak apa sebab jadi camtu ek?

Itulah penting DATA internet sekarang ni, lagi plak harganya tak delah mahal mana pun kan. Kalau ada DATA tak delah jadi cam diorg ni kan.

So tekan *128# untuk enjoy DATA sebegini agar hubungan korang senantiasa tenang, riang dan aman ye



Pelancaran Smartphone Huawei Di Kemuncak Kempen ‘Ascend To New Heights’ Event


Hi Korang,

Korang baca dulu ek, entry aku sebelum ni tau.


Aku dapat invitation ke kemuncak kempen pengktifan pengguna ‘Ascend to New Heights’ kat Taman Tasik Titiwangsa last week. Pepagi aku dah terpacak kat tepi tasik ni dengan bebudak blogger yang lelain lah. Yelah nak tau gak apa dia event yang ada Hot Air Balloon ni kan.


En Tang Siew Wai, Pengarah Pemasaran Rantau bagi Huawei Device Wilayah Pasifik Selatan berkata, kempeng pengguna ‘The Ascend to New Heights’ merupakan dorongan agresif bagi memperluaskan kesedaran mengenai jenama Huawei di Malaysia. Kami menganjurkan banyak aktiviti mengujakan mulai hari ini hinggan 2 hari akan datang.



“Aktiviti terdiri dari menaiki belon udara panas dan fotografi jumpshot hinggan kegiatan interaktif seperti Lompat Trampolin dan Cabaran Perlumbaan. Ketika Huawei Device terus membawakan kepada rakyat Malaysia alternative lebih pintar, pengguna juga daapt meneliti telefon pintar dan peranti terbaru di Zon Pengalaman” tambahnya.


Kempen ‘Ascend to New Heights’ yang dibuka kepada orang ramai, menawarkan lebih 2,000 hadiah termasuk Hadiah Utama berupa pelancongan dibiayai sepenuhnya untuk 2 orang ke Dubai (penginapan 4H3M di hotel mewah 5 bintang disertai penerbangan helicopter sekitar bandaraya, lawatan eksklusif ke bangunan tertinggi di dunia – Burj Khalifa, lawatan ke tempat bersejarah Dubai dan Pengalaman Padang Pasir). Kempen ini adalah mercutanda penting dalam usaha giat syarikat ingin mendekati pengguna secara langsung.


Dapat jugak aku dengan Mr Big naik belon udara panas tu kat tepi tasik ni. Walaupun tak tinggi naik but viewnya memang cantik. Tapi yang tak syok tu, muka kitorang rasa cam terbakar sket coz bahang api tu boleh rasa tau.


Dalam pada tu gak, Huawei juga mengambil kesempatan melancarkan smartphone  keluaran mereka yang terkini ke pasaran Malaysia.

3 smartphone itu ni, meh check it out kat sini ek

Ascend D1 Quad

Ascend G600

Ascend G330

Aku dah pun godek-godek ketiga-tiga smartphone ni dan not bad gak.Sama macam smartphone brand lain gak malah specnya lebih laju dan awesome lagi.


Dalam acara yang sama gak, Huawei Device Malaysia juga mengumumkan perkongsiannya dengan Midland Network sebagai pengedar Huawei yang sah.


Abis je launching, Mr Big terus je pi ke interaktif booth tu apa lagi main game la. Main kat tablet but connected to TV. So aku boleh tengok kat TV tu je apa je yang Mr Big main kan. Lama gak la dia duk kat situ.

Ok bergambar time.

1

2

3


Yeah dapat pun amik gambor jumping beramai-ramai. Itu pun setelah beberapa kali melompat kan.

Thanks Huawei for this special event. Kira merasa gak lah naik hot air balloon tu kan



Sunday, December 23, 2012

Sunday Post : Sharing Is Caring

Hi Korang,

Simple entry je ari minggu ni. Kata pun cuti so laptop haruslah cuti gak.


Ini adalah keadaan kat umah mak mertua aku pepagi ahad ni. Sambil ktorg breakfast reramai, kekucing ni pun sarapan sekali.

Barulah sharing is caring kan..




Best plak update live blogging dengan Samsung Galaxy Camera ni ek..
posted from Bloggeroid

Saturday, December 22, 2012

Outing Day

Hi Korang,

Nothing much today. Just outing dengan family members sempena Anniversary kitorg yang ke 5.




Ok nanti sambung lagi..
posted from Bloggeroid

Wow! Samsung Galaxy Camera

Hi Korang,

Bukan nak kasi korang jeles but itulah hakikatnya

Dapat lagi


Review Samsung Galaxy Camera yang tengah HOT sekarang ni.

Haruslah Samsung yang kasi

Dapat-dapat je tadi terus je aku godek semua button. Memang best sungguh function dalam camera ni daripada auto mode sampai ke DSLR function. Sambil tu gak features untuk social media pun awesome sangat.

Ok ok tunggu je review aku nanti ek.




Aktiviti Sukarelawan di Malaysia


Hi Korang,

Ok nak citer sket pasal ni. So most probaly banyak fakta ye. Jangan plak korang bosan baca citer ni

Lately ni aktiviti sukarela ni memang jadi perhatian bagi rakyat Malaysia. Kita sekarang mudah prihatin dan ambil tahu dengan apa yang berlaku di sekeliling kita kan.


So sempena dengan Hari Volunteer Antarabangsa pada 5th Disember lepas, satu laporan kajian mengenai Volunteering In Malaysia : The Big Picture telah pun di keluarkan oleh Do Something Good.


Pihak Do Something Good (DSG) mendapati bahawa setiap 1,000 rakyat Malaysia, hanya 7 orang sahaja yang berdaftar dan jumlah pendaftaran sukarelawan di Malaysia ini lebih kurang 135,000 orang iaitu kurang 1% daripada 20.5 juta rakyat Malaysia yang berumur 15 tahun. Kaji selidik itu tertumpu pada sukarelawan yang tidak dibayar yang bekerja dengan pertubuhan-pertubuhan bukan keagamaan dan bukan politik berdaftar.

"Kami melihat peningkatan kepentingan dalam sukarela tetapi masih banyak lagi yang perlu dilakukan untuk membuat arus perdana sukarela dalam budaya kita," kata Zahirah Md Yusoff, Project Lead for Do Something Good.



Satu lagi kebimbangan utama yang muncul dalam kajian ini adalah tahap penglibatan sukarelawan. Walaupun kaji selidik itu termasuk 30.215 sukarelawan berdaftar, ia mendapati bahawa kurang sedikit daripada 30% (8,856) sukarelawan telah terlibat secara aktif dalam sukarela dengan organisasi mereka.


Walaupun banyak disokong sukarela - sama ada melalui likes Facebook atau didaftarkan sebagai sukarelawan - hanya sebahagian kecil mengambil masa untuk menjadi sukarelawan.

“Some might say this is a reflection of a culture of armchair activism, but I am more optimistic. I think the key point is creating volunteering opportunities that cater to people’s different levels of engagement,” kata En Kal Joffres, the technology developer di sebalik Do Something Good. “Some might spend their Saturday feeding the needy at a soup kitchen. Others might volunteer their time building awareness using social media.”



Walau bagaimanapun, keupayaan untuk menguruskan sukarelawan pada tahap yang berbeza-beza telah dilaporkan sebagai cabaran utama untuk NGO. Banyak NGO didapati ia sukar untuk melibatkan rakyat dalam aliran kerja mereka tanpa melatih mereka terlebih dahulu dan tanpa orang dalam organisasi mereka khusus dalam pengurusan sukarelawan. Hasilnya, beberapa organisasi memilih untuk bergantung kepada kumpulan kecil sukarelawan yang berdedikasi bukannya besar, tinggi-perolehan kumpulan sukarelawan.



Do Something Good merupakan satu platform dalam talian sukarela yang menghubungkan NGO kepada sukarelawan. Satu inisiatif yang didorong oleh masyarakat, ia juga platform rasmi sukarela untuk Urbanscapes 2012, dan digunakan oleh beberapa organisasi terkemuka di Malaysia sukarela, seperti Teach for Malaysia, Dignity For Children, and SPCA.



Ok ok

Kalau korang di minta jadi sukarelawan, sanggup tak?

If Ok, Suka dan ada masa nak buat aktiviti ni boleh klik ke Do Something Good then register guna Facebook je. Senang dan mudah.

So far kalau aku lah time tengah berdua ni rasanya boleh kot sebab ada masa kan tapi bila dah beranak pinak nanti agak susah sket lah gamaknya.

Insyallah kalau ada kelapangan masa, aku pergi buat kerja-kerja amal ni.