MY HISTORIC MOMENTS

Tuesday, January 31, 2012

Ayam Goreng Italiano

Hi Korang,

Aku memang suka cuba mende yang akan menyenangkan aku bila kena memasak cara express time balik keje. Kat dapur aku tu memang banyak berpaket-paket rempah segera, bahan-bahan segera untuk memasak. Yelah balik sampai umah pun dah malam so masak cincai je lah janji kenyang. Lagipun Mr Big tak berapa bising sangat pasal hal ni, janji ada yang nak dimakannya


Aku ternampak tepung ni masa shopping kat Melaka hari tuh dan terus beli. Tepung ayam goreng italiano keluaran Bestari Food. Alah murah je tak sampai 4 hengget je pun. 


Ikut je instruction kat kotak tu. Kira senang gak lah. Tak susah mana pun. Very straight forward. Ada bahasa melayu, cina dan english. Eh, bahasa arab pun ado. 3 step je.


Hah, bancuh lah ayam dengan tepung serbaguna tuh. Tak yah guna telur pun. Bancuh tepung dengan air je. Yang hijau-hijau tu rempah italiano tu lah. Macam baru tymes pun ada gak.


Kemudian goreng. Ikut lah cara korang goreng. Janganlah api kuat sangat kang kulit masak dalam berdarah lagi kaw-kaw kan. Api sederhana je


Dah siap pun, ayam goreng italiano. Sedap di makan begitu sahaja. Ranggup dan terasa rempah-rempah italiano tuh.  Tak sempat nak amik gambo time makan coz terlupa dek makan ayam sedap tu kan.

CLP notes : Nampak nau aku ni isteri pemalas kan, semuanya nak senang je.

Senang kan.

Frame Kaca Comel

Hi Korang,

Masa aku pi NAPBAS Nite hari tuh, ktorg kenalah amik gambo dekat backdrop yang dah di sediakan. Memang cantik area tuh. So pose lah reramai. Ingatkan dapat gambo malam tu jugak but no kena collect later.


So rasanya 2 minggu lepas kot, aku pi office Nuffnang tuk collect gambo ni. Ingat kan bagi gambo je rupanya siap frame sekali. Yang best framenya kaca okeh. Tebal dan tak boleh nak jatuh lah kalau tiup angin.


Cantik plak gambo aku dalam gambo ni. Tunjuk dengan Mr Big, dia boleh cakap ape, yang dia ada pompuan gemuk pipi tembam je dalam gambo tuh. Kurrenngg tau.. Suka nau nak kecikkan ati aku yang beso ni. kahakhak

Anyway, thanks Nuffnang for this. Memang aku simpan elok-elok lah buat kenangan.

CLP notes : kalau tau hari tuh, amik gambo bebanyak kat situ lah.. Ruginya..


Monday, January 30, 2012

Kupang Bakar Yang Enak

Hi Korang,

Masa ktrog pi Muar last week, sempat gak lah membeli-belah kupang kat tepi jalan area Muar ni. Memang berlambak orang jual. Ada kupang, lokan, pepahat, siput belitung dan tiram.


Tapi time aku lalu tu dah petang so tinggal kupang dan lokan je lah kan. So sapu je apa yang ado lah kan. Hasilnya 7kg kupang dengan 3kg lokan ktorg beli. Maklumlah time tu sedara-mara ramai kat umah. Itu yang beli banyak tu.


Balik-balik terus simpan dalam freezer dulu coz nak main bakar-bakar malam kan. Tak yah basuh dulu, kang kemanisan rasa kupang tu hilang. 


So lepas maghrib tu, Mr Big yang hidupkan api. Dia memang suka keje-keje outdoor ni. Seronok kene gigit dengan nyamuk katanya.

Apa lagi moh kite bako-bako kan.

Tengok api bukan main kuat lagi tapi sebenarnya api tu kecik je. Kupang-kupang dah start terbukak kulit kan. 

Dah siap masak, isi still sama saiz. Ada jus-jus lagi kalau tengok dekat-dekat.

Sos yang ado dalam fridge omak den. Sapu yo lah. Cousin aku makan letak butter je. Dia kata lagi sedap. Ishkk pelik.

Tengok si tukang bako. Dia lah jugak tukang makan dan jugak model kupang ni kan.


Memang terbaik rasa kupang bakar ni. Lebih enak dari rebus. Saiznya pun tak kecut. Kalau rebus dia jadi kecik sket. Aku pernah masak cari rebus ni, meh klik kat entry ni. Lazat gak

CLP notes : Boleh kena gout ko kalau bedal kupang ni tiap-tiap ari kan, tapi sedap ooo



Untuk Keselamatan Diri

Hi Korang,

Lepas kemas umah tadi tengah duk luruskan pinggang tup tup Mr Big suruh siap, dia ajak pi IOI Mall Puchong. Aku tanya nak beli apa? Dia jawab ada lah. Malas nak tanya banyak, aku ikut jelah. 

Rupanya dia nak ke Daiso. Cari bebarang untuk 'Black Pearl' dia lah kan. Nah korang tengok apa yang dia shopping ni

Reflection Shoulders Band
Function : Untuk pakai together dengan jaket bila time hujan. So nampaklah reflection kan dari jauh.

LED Safety Light
Function : Letak kat tepi lampu motor so bagi nampak lampu tuh time hujan

Reflection Sheet
Function : Tampal kat helmet. 

Microfiber Towel
Function : Letak kat motor je coz kain lama dah hilang kot.

Sesampai je umah, terus je dia pi begar motor dia kan. Pomen sana, tampal sini macam-macam lagi lah kan. Hah, semuanya untuk motor kesayangan dia tuh. Sekarang ni petang je asyik hujan. Dia takut kereta2 tak perasan kan bila dah hujan, kang berlanggar dah payah katanya. 

CLP notes : Nak beli mahal kan, so D.I.Y sendiri je. Bukan susah pun.




Saturday, January 28, 2012

Hadiah Dari Perdana Menteri

Hi Korang,

Bila dapat parcel dari Perdana Menteri punya office ni hati aku dah berdetik lain je. Fikir-fikir balik ada apa hal plak PM anto barang kat aku ni. Risau plak rasanya.


Tup tup bila bukak, cuba tengok.


La t-shirt rupanya.  Ingat tak ktorg pernah dapat invitation pi hi-tea dan breakfast dengan beliau kan.  Rupanya ada ole-ole lagi dari Dato Seri Najib Razak. Dapat sorang sehelai. Jadilah kan. 


Tengok aku dah melaram pun hari tuh masa pi Stockholm. Stockholm ok! Bandar terbentuk dari air. Korang hado ke..

CLP notes : Comey kan logo kat t-shirt tu ek dah macam foursquare punya sign je.

Anyway happy weekend korang...



Friday, January 27, 2012

Supper @ Tip Top Ikan Bakar, JB

Hi Korang,

Kan aku dah cakap citer pasal aku pi outing ke JB tu tak abis lagi. Nah meh aku sambung lagi, now pasal supper kat Tip Top Ikan Bakar JB.

Nama je tip top but tip top ke makanannya?


Di sebabkan petang tuh, ktorg dah mentekedarah kacang pool Haji 2-3 mangkuk, so kira malas lah nak pi dinner. Tup-tup geng ktorg plak call, ajak lepak. Memula plan kat ke Senibong je pekena nasi lemak kukus then fikir balik malas plak. So ktorg lepak kat area Tepian Tebrau ni.


Walaupun dah dekat kul 11pm gitu, orang still ramai lagi makan-makan kat sini. Meja dan parking penuh, so kena lah tunggu sekejap sambil layan ada bebudak muda ni basking.

Dapat meja terus order tapi tak dapat nak rasa banyak coz kebanyakannya dah abis. Macam chili crab yang cicah roti lembut tuh, kupang sambal dan siput sambal kan.

Ni je yang ktorg order

Tahu Bakar

Pari Sambal Bakar

Otak-otak special

Cencaru Bakar

Udang Bakar

Ice Jelly

Lazat kan? Nak terkuar plak air liur aku bila buat entry ni.Terus jadi lapo dibuatnya.



Tengok budak comot nie makan, bukan main berselera lagi pedas ke tak semua dia bedal. Overall memang tip top lah makanan kat kedai ni. Rasa sambal tu yang unik sket. Service pun pantas, baru nak start borak dah sampai apa yang di order.

Kalau Korang nak singgah ke sini, senang je


Tip Top Ikan Bakar,
Tepian Tebrau, Medan Selera Sungai Chat
Jalan Mohd Amin

Direction : belakang Straits View Hotel dari Danga Bay sebelum padang bola Dataran Bandaraya, JB. Kalau dah nampak Dataran Bandaraya tu sebelah kiri korang, maknanya dah terlepas lah. Jalan nak ke English College.

Aku rasa sebab tu lah Singaporean suka makan kat sini time weekend. Harga berpatutan dan sedap rasanya.

CLP notes : Sapa orang JB tau lah kan, alah tempat bebudak EC dan SETA tunggu bas balik sekolah dulu time aku sekolah dulu. Memang famous gak tempat ni dulu.


Sedapnya Mengata

Hi Korang,

Sepanjang 5 tahun aku kawin dengan Mr Big ni dah memacam menda ktorg lalui. Suka duka memang banyak lah. Tak kurang jugak orang mengata belakang. Lebih-lebih lagi bila bercerita pasal anak. 

Semua orang tahu yang anak tu adalah kurniaan tuhan. So tak boleh lah aku duk paksa2 mintak kan. Kang jadi lain plak. So cuma boleh berdoa doa doa doa dan doa setiap kali solat.

Cuma aku terkilan sket dengan orang-orang yang ada di sekeliling aku ni. Diorg ni non-stop duk mengata ktorg berdua pasal hal anak ni. Yang best orang2 yang paling rapat dengan ktorg tu which is family member ktorg sendiri. Memang dah lama orang tu duk perli2 ktorg berdua ni, sampai ada satu ketika tu Mr Big dah macam give up untuk jumpa semua sedara-mara sebab takut bertumbuk plak kan.

Ye, bukan pompuan yang mengata tuh but LELAKI. Aku sendiri pun macam tak caya gak but bila dah duk diperli2 setiap kali jumpa, rasanya kalau tak di sebabkan hormat kan maklah tuh aku sendiri yang tumbuk mulut dia tuh kan.

Orang tak tau apa yang ktorg lalui, sangat pedih.

Hopefully orang tu ada rasa tanggungjawab dengan apa yang dia buat. Tak yah nak mintak maaf dengan ktorg berdua but mintak ampun dengan yang kat atas tu ek.

Bila tengok orang lain main dengan anak-anak, suddenly rasa hiba tu datang.. Kecian kan..

CLP notes : rasa  malu gak bukak pekung sendiri but hati ni dah tak tertahan rasanya




Thursday, January 26, 2012

Sarapan Dengan Mee Bandung Abu Bakar Hanipah Muar, Johor


Hi Korang,

Aku kalau time cuti panjang ni mesti berjalan. Tak kira lah dekat je jauh ke janji berjalan. Kali nie ktorg balik Melaka je dekat. Mak aku pun tak de lah memekak sangat sebab x balik. Bagi nak tutup mulut mak aku, ktorg bawak dia pi jejalan ke Muar belanje dia makan mee bandung.


Sebenarnya nak jumpa kawan aku yang duk kat sana sambil ada bisnes Tupperware sket kan, so dia bawak ktorg makan mee bandung yang sedap kat Muar ni kedai Mee Bandung Abu Bakar Hanipah. Betul-betul kat tengah town Muar ni.


Parking kat jalan ni payah sket coz jalan besar, banyak kereta lalu lalang kat sini. Nasib baik masa ktorg sampai tu ada 2 parking kosong terus je park depan kedai.  Orang punya ramai so ktorg tak dapat duduk dalam kedai, duk kat kaki lima kedai je.


Actually kedai nie kedai cina Restoran Wah San but tokeh kedai mee bandung nie berniaga kat situ. Ada jugak orang jual sate sekali. Tokeh cina tu apek & nyonya tua yang speaking melayu muor berabuk sekali sket pun tak de slang cina.


Apalagi sesampai je terus order Mee Bandung dengan Sate. Tak sampai 10 minit semua diorg dah anto. Memang pekat nampak kuahnya. Rasa udang kering dan udang basah memang terasa betul. Telur 2 biji tuh. Ada sayur-sayur sket. 


Aku sampai bedal 2 pinggan, maklumlah pagi tu memang purposely tak nak breakfast kat umah. Sepinggan rasanya RM3-4 kot. Bukan aku yang bayar kan. Hahahaha

Anyway kalau korang nak rasa kesedapan mee bandung Abu Bakar Hanipah ni, check it out kat sini.


Kedai Mee Bandung Abu Bakar Hanipah
Restoran Wah San
9A, Jalan Abdullah, Muar, Johor.
(Dekat sangat dengan Maybank Muar)
7.00pagi sampai 4.00 petang

Betul lah orang cakap mee bandung kat muar ni sedap tak macam kat tempat lain. Dah memang asal mee bandung kat Muar kan. Of courselah sedap tak terhingga.

CLP notes : Nampak sangat aku buruk melantak kan, sekali 2 pinggan leh bedal.Sebab tu tak de muka aku kan.




Hadiah Dari Diva Universal Channel

Hi Korang,

Last week, ada parcel sampai kat opis untuk aku. Sebab nak cepat balik aku tinggalkan je coz rasanya pi bercuti tuh lagi penting kan.


So hari ni baru ada free time, petang tadi pun bukak lah. Rupanya hadiah dari Diva Universal Channel 702 tuh. Aku pun tak ingat bila plak aku join contest ni kan. 


Comel tak? Semuanya oren. Shopping bag oren, name card holder oren cuma mug je putih ok. 

Anyway thanks Diva Universal for this special gift. Suker sangat.

CLP notes : Rasa seronok betul dapat hadiah free ek


Wednesday, January 25, 2012

Muda Dengan Hanya Setitis L’Oreal Youth Code Pre-Essence


Hi Korang,

Ingat tak aku penah citer yang aku  ada pi L’Oreal event last month. So one of the product yang diorg duk perkatakan ialah L’Oreal Youth Code ini. Aku dah lama dengar tentang product ni so memang tertunggulah info mengenai Youth Code ni.


Actually L’Oreal Youth Code ini merupakan langkah pertama untuk korang dalam mengaktifkan proses pemulihan semulajadi kulit dari dalam. Terdapat Pro-Gen Technology yang direka khas oleh L’Oreal Paris untuk meningkatkan keupayaan kulit supaya  nampak lebih muda secara semulajadi.

Sesuai untuk semua jenis kulit tak kira lelaki ke wanita apa jua umur pun. Dengan hanya setitis Youth Code ini, korang gunakan pagi sekali malam sekali sebelum pakai skincare lain. Kira cam jimat gak lah, one drop je boleh tahan lama lah kan.


Keberkesanannya?

Dengan menggunakan Youth code Pre-Essense, hasilnya kita leh nampak serta merta

Satu Titik – kualiti kulit berubah. Kulit terhidrat dan licin selembut sutera, tona kulit kelihatan segar.

Dalam 1 Minggu – Kulit mula kelihatan lebih muda. Tekstur adalah baik dan lebih anjal so kulit kelihatan berseri.

Dalam 1 Bulan – Kulit jadi muda, seolah-olah masa time muda-muda dulu.


L’Oreal Youth Code Pre-Essence ini boleh di dapati di kesemua farmasi dan pasaran di seluruh negara dengan harga RM105.90 sebotol. Tapi tahan lama coz satu titis je kann setiap hari.

So apa lagi, nak muda nak cantik meh kita gunakan Pre-Essence hebat ni dari L’Oreal Paris. Maya Karin pun guna gak product ni, so tak de sebab korang tak leh cantik macam Maya Karin kan.

Coz korang kan begitu berharga

CLP notes : Kulit aku ni jenis berminyak kira cam lambat sket nak absorb kan sebab essence tu nak lalu cam payah sket coz banyak lemak kat pipi aku ni dia kena langgar.. khakahkahakha. Bila ada perubahan sket, nanti aku tunjuk kat korang ek


WW - Cemas Sungguh

Hi Korang,

This week wordless wednesday untuk this week


Serius tau, memang cemas time nie but worth it. Dapat jantung berfungsi dengan baik ke tak kan..

anyway, comey tak muke cuak kitorang tuh?




Tuesday, January 24, 2012

3 Hari

Hi Korang,

3 hari tanpa internet
no FB, tak dapat nak tulis status

3 hari tanpa internet
tak dengar langsung bunyi tweet-tweet berkicauan

3 hari tanpa internet
blog memang tak de update

Memang terasa bosan gila. Macam katak bawah tempurung.



3 hari tanpa internet
Seronok bercuti ke sana kemari

3 hari tanpa internet
Dapat makan sesedap hati

3 hari tanpa internet
Sempat bergossip2 dengan family members yang jarang jumpa

3 hari tanpa internet
Sembang dengan kengkawan lama sampai tak ingat dunia

Kesimpulannya 3 hari tanpa internet ni memang totally mengajar aku cam ne nak survive without internet kan. But dapat jugak aku tau hal dunia luar gak.

CLP notes : Kite enjoyyyyy!



Saturday, January 21, 2012

Dah 15 Tahun

Hi Korang,

Mr Big balik tadi, terus cari aku tunjukkan duit emas yang dia dapat. Mati-mati aku ingatkan duit baru yang sekarang ni tengah duk heboh-heboh Bank Negara kuarkan tuh.


Bila aku pegang duit ni, apsal plak cam lain je aku tengok. Siap casing-casing bagai. Then ada lambang PB plak. Lagilah aku musykil kan. 


Rupa-rupanya dia dapat award coz dah 15 tahun service dengan bank menara pensel ni kan. La aku ingatkan apa tadi. Memang pure emas duit tuh. So ktorg pi lah gatal tanya kat kedai emas tadi, kalau nak jual berape diorg nak amik kan. Then korang agak berape? Boleh dapat dalam RM1.8k tuh. Mr Big kata tak per lah simpan je duit ni buat kenangan, penat keje bertahun-tahun kan

So congrats to Mr Big, semoga keje lebih rajin lagi ek. Mintak2 tercapai juga hasrat aku nak beli Volkswagen Polo untuk pi pasar ek. 

CLP notes : Bekerjalah kito sekueknya....


Friday, January 20, 2012

Peta Hidup

Hi Korang,

Meh hayati gambo yang aku attach nie


Rasanya paham tak? Pas tu tak reti-reti nak sedar ke..

Terima kasih to Blogger Muhaim coz bagi aku cilok peta ni kat blog dia. Aku memang betul-betul tertarik dengan peta hidup ni.

At least ada pengajaran di sebalik peta hidup nie.

Insaf tak?

CLP notes : Hari Jumaat nie elok ada entry kesedaran diri sket kan..


Thursday, January 19, 2012

Petronas ‘StreetSmart’ Roadshow Kini Berwajah Baru

Hi Korang,

Rasanya korang mesti perasan kan yang tiap-tiap tahun Petronas mengadakan roadshow 'StreetSmart' mengenai kempen keselamatan jalan raya untuk kanak-kanak sekolah dan juga para ibu bapa. 


Selalunya road show diorg buat kat shopping complex time cuti-cuti sekolah ni. Aku tak yang de anak pun ada jugak pergi ke ‘StreetSmart’ roadshow ni. Dah 10 tahun diorg ni menjalankan aktiviti keselamatan seumpama ni, tak kan korang tak perasan kot kan.


So untuk tahun ni Petronas telah mengupgradekan segala permainan yang sedia ada kepada lebih menyeronokkan lagi. Bukan kata bebudak, dengan aku aku sekali over excited. Dengan penaikkan taraf pameran Petronas ‘StreetSmart’ ini akan menambahkan lagi kesedaran mengenai keselamatan jalanraya kepada kita semua terutamanya sekali kanak-kanak.



Lebih banyak papan tanda mengenai segala aspek berkaitan dengan keselamatan dan juga penggunaan video-video permainan mengenai kenderaan dan alat-alat keselamatan rasanya akan menambahkan lagi pengetahuan kanak-kanak sekolah ini mengenai baik dan buruknya ketika mengenai jalan raya.


Ride Hazards

Fatal Distraction (Drive sambil main SMS)

Test kekuatan seat belt

Science Show

Skull Protector

Dengan bantuan petugas yang terlatih dan berkemahiran, para ibu bapa dan anak-anak akan diberikan tunjuk ajar mengenai segala jenis permainan yang disediakan seperti bengkel keselamatan, science show, kuiz, permainan video, pertandingan dan pelbagai lagi acara sains yang menarik. Malah ada juga permainan untuk ibu bapa.


Petronas ‘StreetSmart’ ini mendapat sokongan penuh daripada Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS), Jabatan Keselematan Jalan Raya (JKJR) dan juga Kementerian Pendidikan (MOE).


Rugi rasanya korang tak pi bawak anak-anak sekeluarga kan. Ini lah orang kata sambil bermain sambil belajar. Dapat ilmu gitu, anak-anak dapat ilmu korang yang ibu bapa pun tambah ilmu lagi.


Sedikit mengenai Petrosains
Petrosains, The Discovery Centre is an exciting, informal learning centre that festures interative exhibits and vibrant and engaging scientific programmes. This contemporary science centre was established by Pteronas in its commitment in providing a rich and stimulating environment to enchance science literacy & appreciation for society and the nation at large. Petrosains is located in the Petronas Twin Towers at Level 4, Suria KLCC. It opens to the public from Tuesdays to Sundays and is closed on Mondays. The opening hours are from 9.30am to 5.30pm on weekdays and 9.30am to 6.30pm on weekends.


CLP notes : Kenape masa kecik2 dulu, tak de menda cam nie.. Kalau ada kan best.Untung bebudak zaman sekarang ni.