Sunday, July 31, 2011

Sunday Post : Bersarapan Dengan Mee Kari

Hi Korang,

Aku still kat tempat percutian lagi. Petang sket baru balik KL kot. Rasanya tak puas driving 320i Sport ni. Tak tercakaplah kehebatannya kan.

Ok ok later citer pasal BMW tu ek

Percutian kitorg memang tak sah kalau tak ke restaurant ni untuk breakfast. Memang dah jadi rutin kalau bercuti ke sini mesti nak makan kat sini. Eventho kedainya majoriti pekerjanya cina but mereka ni masak makanan halal cuma cara masakannya style cina sket. 


Mee karinya sedap. Ramuan cukup rasa. Isi ayam berketul2. Kerang jugak boleh tahan banyak. Kuahnya itu yang buat aku hirup sampai licin. Selain mee kari ada jugak mee kicap. Menu kedai ni memang tu 2 jelah. 

Kedai ni bukak waktu breakfast sampai ke tengahari pas tu tutup lah. Orang memang ramai ke sini, kalau lambat kena tunggu turn lah jawabnya kan. Ktorg ni pun sampai kul 8.15am cam tu pun, meja dah tinggal satu je. 

Itu je nak citer, nanti sambung lagi.


Happy Sunday...




Saturday, July 30, 2011

Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadan & Syawal 2011

Hi Korang,


Sedikit informasi aku nak citer kat korang nie.


Ala mesti dah tau bila date nak tengok anak bulan ramadan kan. La apsal plak ada yang tak tau lagi nie ? Meh sini aku bagi tau.


Tarikh melihat anak bulan ramadan 2011 (1432H) iaitu:

Tarikh mencerap anak bulan Ramadan untuk penetapan tarikh awal puasa 2011 pada 31 Julai 2011

Tarikh mencerap anak bulan Syawal untuk penetapan tarikh Hari Raya Aidilfitri 2011 pada 29 Ogos 2011


Tempat tengok anak bulan ialah di..


Kuala Lumpur
Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya

Selatan Tanahair
Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu (Melaka); Teluk Kemang (Negeri Sembilan); Bukit Melawati (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor) 

Utara Tanahair
Pantai Pasir Panjang (Perak); Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah). Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).

Pantai Timur
Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampong Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu (Kelantan). Bukit Tanjong Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).

Sabah & Sarawak
Tanjong Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah. Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan)



Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia melalui Radio dan Televisyen, menurut kenyataan itu.


Sumber Info :
http://www.majlisraja-raja.gov.my
www.bernama.com.my

Weekend Dengan BMW 320i Sport

Hi Korang,

Lambat sket update lah sebab tup tup kena demam ngada2 plak. Yelah dah nak weekend boleh demam plak kan, baru je nak pi bergumbira.


So masa aku update blog ni, aku tak de kat KL. Ktorg ada weekend gateway ke pantai timur. Dah sampai pun pun even demam2 gak kan. Siap dah lepak2 lagi kat sini. 


Comey je kan kunci kete baru aku ni. Bukan kunci pun but indicator untuk di cucuk kat dashboard. Tak de bende alah ni confirm tak leh nak gerak langsung.

Nanti lah aku update pasal  BMW 320i Sport ni, ternyata lagi best. Tak sia-sia beli kan. Hehehhe

Yang penting BMW okeh. Kaw hadoh ke?


Have A Great Weekend Korang...

Friday, July 29, 2011

Garnier AcnoFight & PureActive Media Launch @Celebrity Fitness, Lot 10 KL

Hi Korang,

Aku dapat jemputan dari Garnier untuk media launch AcnoFight For Men dan PureActive for Women di Celebrity Fitness Lot 10 KL. Nasib baik pernah ke sini dulu masa 100 Women so tak de lah sesat sangatlah.

Suka aku je pakai t-shirt ek, alah malas nak tukar2baju lah

The launch

Macam biasa aku mesti orang yang pertama sampai. Tak tau kenapa may be aku memang puntual kot hehehhe. Sementara launch start dan geng bloggers yang lain sampai, makan2 dululah. Semuanya menu breakfast yang sihat ok jugak lah. Kali ni ramai betul media yang hadir, majoriti dari majalah ternama di Malaysia ni. Menarik, dapat jugak aku berkenalan dengan diorg ni. 


Garnier specially GarnierMen memperkenalkan rangkaian set AcnoFight khusus untuk lelaki2 di luar sana yang mengalami masalah kulit muka yang teruk seperti jerawat, kulit berminyak, blackheads, open pores dan memacam lagi lah.


Untuk rangkaian Garnier Natural pula, di perkenalkan rangkaian set Pure Active untuk wanita masa kini yang rasakan penjagaan kulit muka tu penting kan. Sama jugak function dengan AcnoFight tapi ianya lebih lembut kerana untuk kulit wanita.

Dengan Duta Garnier Men - Fahrin Ahmad

Dengan Madeline - Garnier Team

Dengan harga yang berpatutan, rasanya set AcnoFight dan Pure Active ini mampu di miliki oleh semua golongan specially remaja kan. Murah dan mudah untuk digunakan dengan cara tunjuk ajar di pek pembelian.


Later, aku akan review lebih lanjut mengenai kedua-dua produk ini.

Terjumpa Fahrin Ahmad Duta Garnier Men

Hi Korang,

Semalam ntah cam ne leh terjumpa plak dengan Fahrin Ahmad masa media launch Garnier Men. Aku boleh tak perasan yang dia tu Duta Garnier. Maklumlah ini first time pegi launch untuk Garnier Men.


Fahrin Ahmad ni friendly orangnya. Rileks je. PA dia pun baik gak. Sudi je melayan media2 untuk bergambo especially ktorg bebudak bloggers ni.

Laterlah untuk update ek

Selamat Hari Jumaat

Thursday, July 28, 2011

BEN ASHAARI CARI BLOG ..CEPAT !


Hi Korang,

Tetiba aku tepandang entry kat blog Ben Ashaari nie. Rasa cam nak join plak lah.. Nampak cam best je


Hah, apa lagi meh lah korang join jugak kan. Meh click kat sini. Alah senang je. Kalau payah sangat meh lah korang click kat sini


Nak citer apa ek?

Hah, aku pernah main 2 alat muzik dan aku pernah citer dalam blog aku nie. Nanti korang search lah ek. alah senang je tuh.


Sayangi Kereta Anda : Apa Fungsi Minyak Hitam

Hi Korang,

Lama betul aku tak citer pasal kereta ni kan. Rasanya dah 3 minggu kot. Busy sangat update pasal event sampai boleh terlupa pasal entry kereta ni.


Minggu ni aku nak citer pasal minyak hitam. Minyak hitam ni kiranya one of the nyawa untuk kereta lah, kalau tak de minyak hitam cam ne silinder dalam enjin nak berjalan kan. 

Meh layan sket fakta pasal minyak hitam kereta ni.



MINYAK pelincir atau lazim disebut minyak hitam (walaupun tidak berwarna hitam) cukup penting bagi membolehkan enjin berfungsi dan kereta boleh bergerak dengan lancar. Ia perlu ditukar pada setiap 5,000 atau 10,000 kilometer mengikut jenis dan grednya.

Namun, bagi kereta baru yang kali pertama menukar minyak hitam, ia boleh dilakukan pada 1,000 kilometer pertama seperti yang disyorkan oleh pengeluar dan pengedar. Selain menggerakkan komponen dalam enjin seperti omboh dan bebola besi, ia juga bertujuan menyejukkan geseran kepada silinder dengan mengasingkan udara panas ke bahagian lain.



Penggunaan minyak pelincir juga mengelakkan komponen enjin berkarat selain memendapkan bahan bakar. Oleh kerana terlalu lama minyak pelincir itu digunakan, ia akan menjadi kotor akibat bahan bakar dalam enjin termasuk percampuran dengan air.Oleh itu, pemilik kenderaan perlulah membaca buku panduan yang disediakan oleh syarikat pengeluar kereta cara menjaga ketahanan enjin kereta.

Lazimnya, minyak pelincir ditukar setiap kira-kira 5,000 hingga 8,000 kilometer atau enam bulan atau mana-mana yang terawal bergantung kepada jenis model kenderaan. Sementara itu, sekiranya sebelum ini anda sudah menukar minyak pelincir tetapi apabila diperiksa kelihatan kotor, keadaan itu mungkin tidak berpunca daripada minyak. Keadaan itu mungkin berpunca daripada beberapa faktor terutama bagi enjin yang masih baru atau bahagian enjin yang baru diganti seperti dinding silinder atau omboh.


Bolehkah minyak pelincir berlainan jenama dicampurkan?
Kebanyakan minyak pelincir berasaskan mineral boleh bercampur antara satu sama lain. Bahan tambah yang dicampur memang kurang berkesan. Bagi minyak pelincir sintetik, ia harus digunakan secara penuh hati-hati. Sesetengahnya tidak boleh bercampur sepenuhnya dengan minyak pelincir mineral atau sintetik lain. Apabila menukar dari satu jenis ke satu jenis yang lain, sempurnakan penukaran minyak pelincir untuk hasil maksimum.
Aku pilih Shell @Lebih Kilometer... Kata kawww

Bagi aku, yang penting:-
1. Kereta aku dah berumur sket so bolehlah minyak hitam semi-sintetik
2. Mesti ikut jadual maintenancenya
3. Belilah yang mahal sket, janji enjin kereta smooth je kan
4. Kereta baru pakailah full sintetik, baru lagi macho kan

Hah apa macam? Agak2 korang leh paham tak? Ermm baca slow2 sket dan pahamkan. Apa yang penting, tukar minyak hitam ikut jadual/schedule yang telah ditetapkan. Kalau tak jawabnya kete korang tersadailah kat workshop lah kan

Wednesday, July 27, 2011

Terasa Muda Kembali @ David Archuleta Asia Tour Concert, Stadium Negara KL

Hi Korang,

Baca tajuk ke dah geli kan ketiak korang kan? ermm aku pun rasa gitu gak. Dah lah mr Big kata concert hadek2  noks.. Ishk geram aku.. Sudahnya aku pi tengok sorang je malam tadi.


Aku dapat tiket konsert David Archuleta ni coz menang Digi Evangelist Contest hari tuh. So pi lah collect semalam kat Nuffnang office. Ingatkan free seating rupanya VIP uols. Terkesima kejap dibuatnya. 

Di sebabkan mr Big malas nak pi so aku pi jelah sengsorang. Ok je aku coz DD dah ada tunggu kat sana. Dalam tiket stated kul 8pm start tapi aku kuar rumah kul 8pm gitu sampai 8.45pm pun konsert belum start lagi. Tengah borak2 dengan DD, ktorg di mintak tukar tempat. Yeah! maknanya dapat duduk lagi depan lah kan. 


Tapi bila dah duk depan, si RELA ni plak sibuk tak bagi amik2 gambo plak. Ishk nasib baik aku bawak 2 camera, so compact untuk amik gambo dekat2 DSLR utk shoot jauh. Nasib baik si DD tukang cover bila tu aku guna yang beso tuh.


Persembahan David Archuleta, ermm memang amazing bak kata Thara. Tak sangka budak umur 22 tahun ni leh menang American Idol kan. Suara dia sedap di tambah dengan hensem plak tu kan. Lagu2 yang dia bawak semua best2 dan ada juga lagu lelama yang aku leh nyanyi sekali tau. Teringat plak zaman muda2 dulu, aku pun cam gituh jugak, terjerit2 masa pi tengok konsert Peter Pan dulu, terasa muda plak lah.


Memang David Archuleta ni menjadi kegilaan bebudak pompuan remaja masa kini lah. Dia muncul depan stage je dah terjerit2, baru nyanyi sket terjerit2, dia bagi flying kiss pun semuanya terjerit2 lah. Pendek kata boleh cair tahi telinga aku lah, dah kiri kanan atas bawah menjerit kan. 

Aku tak tunggu sampai abis pun coz malas nak berebut2 balik dengan diorg ni semua kan. Dalam kul 9.30pm  cam tu aku dah kuar dari stadium negara tuh but sempat amik few long shoot yang cantik2 gaklah. Banyak gambo amik but malas nak letak, boleh??


Anyway, David Archie you really rocks my nite..

TQ Digi Telco dan jugak Nuffnang.


WW - Cuba Teka Siapa Ni..

Hi Korang,

Wordless wednesday for this week.. Ermmm


Apa macam, kenal tak?

Ini the best shoot dari seat atas yang kiranya jauh gaklah kan...


Tuesday, July 26, 2011

Juadah Enak D' Santapan Buffet Ramadhan @ Le Meridien Kuala Lumpur

Hi Korang,

Seperti yang di janjikan kat entry semalam, meh aku tunjukkan gambo2 makanan yang akan menambah lagi selera korang untuk berbuka puasa nanti di Le Meridien Kuala Lumpur.



Sebagai pembuka selera, kita ada

Kuih muih

 Sushi

Bubur Lambuk

Pau dan Dim Sum

Main dish plak

masakan kampung

Fresh Seafood

chinese food

Dan pencuci mulut

Cakes

Fruits

chocolate fondue

Ice cream yang pelbagai perisa dan boleh di campur2

Actually banyak lagi gambo makanan yang aku dapat snap but nak upload tu rasa cam letih betul lah so ini je yang dapat aku hidangkan kat korang.




Aku rasa memang berbaloi2 kalau korang berbuka puasa kat sini. Kenyang tak ingat kan but jangan sampai lupa solat plak. Bilik solat dan tandas juga di sediakan berhampiran dengan Latest Recipe restaurant ni.



Santapan Buffet Delights ini dihidangkan dari 6.30pm hingga 10.30pm dari 01 – 26 Ogos 2011 tapi lebih baik buat reservation dulu kan takut tak de tempat plak nanti.
Harga pula mengikut hari-hari yang berlainan
Ahad – Khamis                   Jumaat dan Sabtu
RM 118 (adult)                        RM 128 (adult)
RM 59 (child)                          RM64 (child)

Prices are subject to 10% service charge and 6% government tax
Untuk lebih lanjut or nak buat reservation,
Boleh call Dining Reservation at 603 – 2263 7434
Le Meridien Kuala Lumpur
2, Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur Sentral,
50470 Kuala Lumpur
Tel : 603 2263 7888

Jom ikut Diaorg Ni Mengembara Dengan Hotlink Now You Can

Hi Korang,

Ingat tak korang yang baru2 ni aku ada ajak korang vote aku untuk contest 'Bloggers Without Borders' tu kan? Ermm keputusannya dah keluar dan aku lagi sket je nak menang. Kalau di kira2 aku di tempat ke 5 lah daripada 15 orang yang join tu kan. Nak buat cam ne tak de rezeki. 

So pemenangnya adalah

Lifestyle - Audrey Fourfeetnine (Bangkok)
Adventures - Viruspadu (Bali)
Food - Jejai (orang dalam kategori ni, tetiba dah tak nak pegi plak kan) (Filipina)


So mereka bertiga ni akan terbang ke negara yang di tetapkan. Mereka ini akan menjalani pengembaraan Bloggers Without Borders selama seminggu dan mereka di kehendaki meyelesaikan aktiviti2 yang akan kita semua ni cadangkan mengikut kata korang lah kan. 

Just click http://www.nowyoucan.my/collaborate.html# dan saksikan sendiri bagaimana mereka ini menyelesaikan segala task yang sudah di rancang untuk mereka. 

Nota : Sedey tau tak menang, baru je berangan2 nak water rafting kat Bali huhuhuhu.. Memintak diorg bawak balik souvenir untuk aku tau.. 

Monday, July 25, 2011

Terima Kasih Le Meridien Kuala Lumpur Di Atas Santapan Enak Ini


Hi Korang,

Ini entry bersiri sebab banyak sangat gambo makanan yang aku nak letak.

Jumaat lepas dapat jugaklah aku sampai ke Le Meridien Hotel ni untuk menjamu selera di sini. Terima kasih pada Elewyn dan Damian kerana sudi mengajak kitorang makan di Latest Recipe untuk Santapan Buffet Review pada bulan ramadhan nanti.

 @ Latest Recipe Restaurant, Le Meridien Hotel KL

Table ktorg

Ktorg yang kuat makan

Bukan aku sorang je ada lagi blogger lain seperti Hazman, K Ina KL, Jard, Afra Yuri dan Rebecca Saw. Ada jugak dari journalist dari  pelbagai majalah dan juga badan korporat.

Antara sempat di jamah

Santapan Buffet Delights ini merupakan kepelbagaian hidangan antarabangsa yang di sediakan pada bulan ramadhan nanti. Di antaranya  masakan kampong, masakan cina, masakan india, masakan jepun dan bermacam lagi dan tidak ketinggalan juga dessert2 yang menawan di kalbu.
 
 
Bagi minuman pula, free flow untuk Juice Kurma, The Tarik, Sugar Cane, Sirap Bandung dan Soya Bean sebagai penghilang dahaga pembasah tekak kan.


Ada live cooking show daripada chef2 kat sini. Mereka ni memang peramah sambil memacam pun sempat berborak lagi dengan pengunjung yang datang.


Barisan team management yang menjayakan santapan buffet ramadhan ini. Hensem kat diorg ni.

Apa lagi jom lah pi makan kat sini.

 
Santapan Buffet Delights ini dihidangkan dari 6.30pm hingga 10.30pm dari 01 – 26 Ogos 2011 tapi lebih baik buat reservation dulu kan takut tak de tempat plak nanti.
 
Harga pula mengikut hari-hari yang berlainan
Ahad – Khamis                   Jumaat dan Sabtu
RM 118 (adult)                  RM 128 (adult)
RM 59 (child)                   RM64 (child)
Prices are subject to 10% service charge and 6% government tax
 
Untuk lebih lanjut or nak buat reservation,
Boleh call Dining Reservation at 603 – 2263 7434
 
Le Meridien Kuala Lumpur
2, Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur Sentral,
50470 Kuala Lumpur
Tel : 603 2263 7888
 

Tunggu tau entry gambo makanan plak.. kejap je lagi ni

Sunday, July 24, 2011

Sunday Post : Tau Foo Fah Untuk Tea Time

Hi Korang,

Hari ahad2 ni aku lepak je kat umah. Dari pagi tadi duk berkemas satu rumah macam nak raya plak. Breakfast dulu kemudian kemas balkoni then sambung masak plak. Lepas tu sambung kemas hall sampai ke dapur. Sampai sudah aku tak lunch pun. Mr Big pun makan sendiri hehehhehe..

Dah siap semua, baru rasa cam lapo sket. Malas nak makan nasi. Bukak2 fridge ada plak Tau Foo Fah kan. Apa lagi bedal lah.


Ermm sedap. Makan dessert ni. Dah penat2 ni pekena benda sejuk2 memang nyaman betullah. Nak buat sendiri tak tau, so belilah pagi tadi kat pasar tani kat area umah aku ni. Kenyang sket perut kan.

Itu je...

Anyway, Happy Sunday...

Saturday, July 23, 2011

Siapa Berani Makan Hidupan Ni?

Hi Korang,

Aku nak tanye, korang berani tak makan bende alah nie. Meh sini tengok.


Hah, cuba teka apa tuh? Ermm betul tuh. Sotong kurita beso ok.

Ok2 kite close up sket,


Hah, ada hati lagi tak korang nak makan bende ni. Geli  plak aku tengok lah. 

Aku? Ok je...


Makanlah cam biasa. Sedap apa. Rasa cam kenyal2 gitu. Sedap. Di tambah lagi kalau perah lemon sket. Bertambah masyuknya tau.

Ada lagi yang aku makan mentah2.. Dah makan fear factor plak kan. Nanti lah aku citer lagi.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails