Thursday, June 30, 2011

Sayangi Kereta Anda : Cuba Check Dashboard Kereta Jap

Hi Korang,

Minggu lepas aku dah cerita serba sket pasal enjin kereta kan. So this week aku nak citer plak apa yang ada dekat dashboard kereta bukan dashboard blog tau. Jangan tersalah pulak.

Meh kita tengok apa yang ada kat dashboard kereta kita nie.


Bila masuk je kunci kete dan pusing mesti nampak simbol2 kat dashboard nie kan. Korang boleh nampak simbol bateri, simbol macam cerek kuar air, simbol handbrake, tanda temperature, level minyak dan memacam lagi kan. Once kereta dah start je secara automatiknya simbol2 nie akan hilang dengan sendirinya but tetiba tengah jejalan korang terperasan ada simbol merah menyala, jawabnya baiklah cepat2 berhenti dan matikan enjin ok.


Kalau korang nampak simbol yang colour orange tu, maka dengan rasminya tolong jangan gerakkan kereta korang tu langsung coz itu simbol 'Check Engine'. Mesti ada kebocoran dalam enjin kete kroang tuh



Nie plak bahagian tengah kereta aku nie. Nampak tak ada button air-con, radio dan memacam lagi lah. Aku gelarkan tempat nie entertainment area. Maklumlah kat sini aku boleh tengok TV, pasang DVD, dengar radio dan mp3. Kereta korang tak de kot coz aku dah tukar standard player aku je alat yang canggih nie.

Lampu

Wiper

Ini lampu signal tapi aku punya sebelah kiri dan wiper signal plak sebelah kanan sebab aku ni pakai Waja so dah diorg buat camtu so kenalah biasakan.

So itulah jelah aku boleh citer dulu. Untuk lebih details sambung minggu depan lah. Kalau korang ada something pasal kereta yang korang tak tau or ragu2 boleh lah korang tanya kat aku. Kot2 aku boleh tolong tanya kat family mekanik aku ni kan.
 
So jumpa lagi dalam episod 'Sayangi Kereta Anda' pada minggu hadapan. Chow...

Wednesday, June 29, 2011

Tuesday, June 28, 2011

Majlis Sidang Media dan Pratonton Filem 'Sekali Lagi'

Hi Korang,

Atas jemputan Nuffnang dan Digi Angel, aku sempat menghadirkan diri ke Majlis Protonton filem 'Sekali Lagi' keluaran Metrowealth di TGV Sunway Piramid baru-baru ini. Aku bawak lah partner in crime aku Hazman sebab aku tau yang dia je selalu free hari isnin kan. Mulanya aku ingat dapat tiket wayang je ala2 press screening gitu but bila sampai sana rupanya siap ada press conference lagi. Aduh menyesal tak hangkut DSLR lah.. Grrrrrr..

Dengan Shaheizy Sam

Dengan Si Comel Mia Sara

Sampai2 je aku dah nampak Lisa Surihari, ini first time in person jumpa dia. Sempat lah jugak borak sekejap since dia berdiri dekat aku with her mum kan. Then nampak Aizat plak sampai. Tup-tup Shaheizy Sam and Mia Sara. Diaorg ni semua memang friendly lah. Eventho datang as blogger but ktorg nie dah di consider as media lah. So dapatlah privileage untuk join press conference. Kalah wartawan hiburan ok.


Rupanya Lisa, Mia, Aizat, Sam adalah new friends of Digi. Since diorg ni kaki twitter and FB hardcore so any update pasal Digi Telco ni or event diorg berempat nie lah akan spread the news for fans to know lah. Klass ko, dapat smartphone sorang satu. Mia yang comel tu pun dapat ok. Time nie lah aku sempat amik gambo dengan Sam dan Mia. Ermm dengan Lisa, nan ado coz ramai giler orang nak bergambo dengan dia.

tiketnya 'Sekali Lagi'

Popcorn dan coke - FREE

Lepas tu, baru lah start majlis pratonton 'Sekali Lagi'. Ktorg as media nie dapat duk atas lah. Siap dapat popcorn dan coke lagi. Best bro!!


Meh layan sinopsis nie sket:


Arman (Shaheizy Sam) merupakan seorang pesakit yang percaya dirinya menghidapi penyakit autisme. Dia dijaga oleh ibu (Kartina Aziz) dan ayah saudaranya (Alex Yanz) selepas pembedahan. Dia dijodohkan dengan (Shasha Zurazie) atas pilihan ibunya. Satu hari, Arman diperas ugut dan kehadiran Amy (Mia Sara Nasuha) menyelamatkan Arman. Sejak hari itu, mereka berkawan baik sehinggalah hal persahabatan mereka diketahui ibu Amy, Shiela (Lisa Surihani). Shiela berang dan melarang Amy berjumpa Arman. Mengapakah Shiela berbuat begitu? Saksikan kesudahan filem Sekali Lagi di pawagam berhampiran.

David Teo

Ermm bagi aku citer nie sedeyyyyy ooo... hehehhe tak de lah romantik komedi lah. Ada unsur percintaan, kelakar tak ingat, pasal family sket. Keletah Mia tu yang best, memang patut dia boleh menang awards. Lisa dan Sam memang mantap diorg ni langsung tak hampakan penontonlah. Ok ok tak leh citer lebih kang David Teo marah aku plak kan. cuma dia pesan meh datang reramai ke panggung tengok citer 'Sekali Lagi'.

Alamak since aku pi tengok dengan orang lain, so mr Big tak leh lah nak bagi rating kan. Aku bagi....... (rahsialah). Yang penting bestlah. So korang, jom pi tengok citer nie tau.

Anyway thanks Nuffies Pinky and Nicholas coz to make sure ktorg dapat join PC tu tau.. ehhehehehe and to Digi Telco too...

Monday, June 27, 2011

Tekan 'LIKE' Boleh Redeem Freebies

Hi Korang,

Tengah sibuk berblogwalking aku terpandang GNC punya fanpage. Ye nie lah


Dapat freebies wei, betul aku tak tipu. Korang tekan je 'LIKE' kat GNC fanpage ni boleh terus je redeem hadiah. Nanti korang boleh pilih nak redeem apa yang korang suka lah. Kemudian mention je korang nak collect freebies ni kat outlet mana yang kroang suka. Cam aku hari tuh ktorg collect kat KLCC.

GNC tote bag

GNC Sling Bag.

Cam aku, aku redeem tote bag dan sling bag untuk mr Big. Comey kan.

Hah apa lagi baik cecepat korang 'LIKE' webpage GNC ni sebab ianya limited to 5000 click je tau. Bagus beg2 nie, senang nak pi travel memana bawak kan.

Cepat tau..

Aku Sarapan Dengan Siapa? Dengan Perdana Menteri Kita Lah Kan

Hi Korang,

Semalam pagi sempat jugak ktorg berdua meluangkan masa bersarapan dengan Perdana Menteri kita lah Dato Seri Najib Tun Razak. Yelah orang dah jemput mesti lah pegi kan, tak kan nak hampakan plak.


Simple je breakfastnya

Ktorg sampai USJ Taipan tu dalam kul 8.30pagi cam tu. Sampai sana dah berlambak2 polis kat area Kayu Nasi Kandar tuh, PM tu turun mestilah kene standby kan. Lepas register, terus sarapan dulu lah. Kemudian terus naik atas untuk tunggu PM sampai.

Terus glamer kedai mamak nie


Berebut semua kan

Lebih kurang 9++ cam tu, PM sampai. Sibuk kejaplah area USJ tu kan.Ktorg yang kat atas ni dapat privileage lah kan. Dia sampai je atas terus je, pi kat area yang ktorg duduk. Wah bangga jap lah, sempatlah salam2 kan.


Its actually small gathering PM dengan NCR11 Club ni pasal pembangunan rakyat kan. So banyaklah soalan2 yang PM jawab. Ada yang tanya pasal ekonomi, politik, sukan dan yang best pasal PM citer pasal MU and IPAD. Tergelak2 ktorg dengar kan. Tapi aku suka bila PM citer pasal lifestyle rakyat Malaysia sekarang nie, totally memang betul dan aku sokong 100%.

Tak dapat salam, dapat special wave pun jadilah kan

Memandangkan ktorg ni duk agak terkebelakang sket dan aku nie kan pendek, so nak amik gambo dengan PM tu agak payah jugaklah but PM sempat wave kat ktorg personally lah. Wah bangga lagi kan.

Event yang simple tu abis dalam kul 11am camtu. Lepas PM balik, ktorg the whole members bercamwhorelah beramai2 but yang syok tu aku tak tau pun yang diorg nie bertitle Datuk dan berpangkat beso. Bila ktorg pi makan lagi sekali, baru Mr Big cakap diorg ni majoriti golongan Datuk dan yang levelnya lebih tinggi dari ktorg.

Wah lepas nie, kalau korang perasan aku duk borak2 dengan orang2 veteran nie janganlah fikir bukan2 kan. Hahahahha jangan nak perasan lah ko Lily, ko tu sapo kan blogger middle class kan.


Anyway memang best lah, bukan senang kan nak jumpa orang no. 1 negara kita. Lagi-lagi dapat second chance kan, haruslah jangan dilepaskan.

Betul Tak?

Sunday, June 26, 2011

Sunday Post : Breakfast With Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak

Hi Korang,

Jangan kata aku nak show off plak kan but inilah hakikatnya. Aku dengan Mr Big dapat invitation lagi untuk meet and greet our PM kan. Dulu dapat hi-tea dengan PM, kali ni dapat breakfast plak kan.

Simple je invitationnya thru email je..


Hah, semalam dah pi amik t-shirt pun. Yelah kalau tak pakai baju yang diorg dah siapkan tak boleh masuk. Invitation nie untuk 200 orang je. Ntah cam ne ktorg berdua ni terpilih lagi.

Korang, nak pesan apa2 tak kat PM, aku boleh sampaikan tau..

Hehehehe jangan jeles tau..

Happy Sunday Everyone...

Saturday, June 25, 2011

Gambar | Pelbagai Aksi Finalist Maharaja Lawak

Hi Korang,

Pepagi sabtu korang layan jelah gambo2 yang sempat ktorg amik semasa menonton Maharaja Final di Stadium Malawati Shah Alam.

Di sebabkan x dapat duduk Arena Zone, so gambo2 nie di capture dari Upper Tier. Bila tengok rasa dekat je but dalam gambo cam jauh. Nasib baik ada zoom lens yang panjang nie.

Hah, layanlah...

Sebelum show start







Aku suker nie, patung ni bernyawa plak tetiba

Nabil terbang

Jambu Nak Fight nie


Comel Ustazah Jeff ek

Baru bangun tido ye bil

Dafi - Baik Punya

Cantik kan shoot nie




Sepah Juara Maharaja Lawak

Actually beratus shoot yang ktorg amik but tak kan nak letak semua kan. Yang balance tu nanti aku letak kat FB aku..

Memang seronok tengok live dari kat umah but hassle nak pi teruk lah sket kan. Tapi ok, aku kuar umah pas maghrib dari Bangi dalam 8.30pm dah sampai pun stadium.  Ala nantilah citer lagi.. layan je gegambo tu tau..

Friday, June 24, 2011

Gempak ! Suasana Stadium Malawati Sebelum Final Maharaja Lawak

Hi Korang,

Hari nie terlambat update sket. Tulah gara2 pi Shah alam tadi untuk collect ticket Maharaja Lawak final malam ni kan.

So inilah tiketnya.



Macamana boleh dapat kan?

Oh sebab mr Big register kat AstroLife hari tuh. Then semalam dapat sms suruh pi collect kan. Itu yang aku pi  amik tuh.


Mak datuk ramai betul orang beratur untuk amik tiket kan. Proces collection cepat je. Bagi nama korang, tunjukkan bil astro then dapatlah tiket.



Tapi yang beratur panjang tu diaorang tunggu tiket free. Mana ada lah. Kalau ada pun lepas pukul 5pm. Itu pun balance orang yang tak collect untuk AstroLife. Ada jugak yang rasa hampa dan kecewa. Yelah sapa suruh tak register kan. Mana boleh pergi serbu cam tuh.



Yang best tuh, ada gerai jual baju2 finalist Maharaja Lawak. Aku suka baju Sepah cantik betul merah menyala. T-shirt Jambu pun not bad jugak. Pink..

So tak de apa hal, ktorg adalah kat Stadium Malawati Shah Alam malam ni. Aku suka Sepah, maklumlah orang Johor kan. Mr Big suka Jambu sebab muka legend hati cute...

So korang sokong siapa ek?




Thursday, June 23, 2011

Sayang Kereta Anda : Jom Berkenalan Dengan Enjin Kereta, Nak Tak?

Hi Korang,

Hari ni lain daripada lain sket aku nak citer. Normally asyik pasal makan, berjalan, berenjoy kan. Ni aku nak kongsi dengan korang especially orang2 pompuan ni kan.


So setiap hari khamis kalau aku ada kelapangan, aku akan kongsilah citer pasal kereta ni kan. Tak kiralah dari segi tips jaga kereta untuk orang pompuan, citer pasal accident kereta ke, pasal jalanraya ke apa sahaja pasal kereta lah kata kan.


Kita orang pompuan ni kenalah tahu sket2 pasal kereta kan. Manalah tau jadi apa-apa kat jalan kita plak sengsorang. Sapa nak tolong kan? Kalau dekat highway boleh call PLUS kan. Kalau kat ceruk rantau.. ermm. Tengok keta aku jatuh longkang tuh, nasib baik time tu ada orang. Kalau tak?....

So hari ni aku nak citer apa yang ada dalam bonet depan kereta kita kan. Ait bonet pun tak tau ke? Eh ini tak boleh jadi ni.


Hah dah tau kan. Itulah dia. Kira macam motherboard kereta lah kan. Kalau one of the komponen ni meragam. Siap je ongkosnya kan. Lupa nak bagitau enjin kereta aku ni kotor sket maklumlah keje kat site kan, dengan berdebu, lecak semualah ada kat dalam ni.
 
Dah tau enjin kereta tu apa kan. Meh kita berkenalan dengan komponen yang ada dalam bahagian enjin ni
 
1. Enjin  Lah Nyawa Kereta
 
 
Eh mestilah nie kenal gile ko kalau tak de cam ne nak jalan kan.Ni cover je. Aku nak bukak malas lah leceh. nanti kalau aku pi service kete aku tunjuk kan korang ek. Kat bahagian ni ada tempat untuk minyak enjin, coil, spark plug dan memacam lagi lah.
 
2. Bateri Kereta
 
 
Penting ni, kalau korang nak dengar radio tanpa bukak enjin. Ini lah function bateri sebagai tenaga electric sementara kan sebelum enjin kereta di hidupkan. Konon2 back-up sekejap lah.
 
3. Radiator Kereta
 

Ini pun sama hebat jugak function. Kalau radiator ni bocor ke pecah. Hancus enjin kereta. Langsung tak boleh jalan. Bahagian ini tempat untuk sejukkan enjin. Yelah kita kene selalu tengok level air/coolant yang ada dalam radiator ni.
 
4. Air Con kete
 
 
Yang korang tengok nie gambo kepala gas air con je sebab bahagian air con kompressor tu belah bawah. So payah sket nak amik gambo kan.
 
5. Minyak brek
 
 
Ini tempat untuk minyak brek. So korang bukak dan check sendiri lah samaada minyak brek tu dah sket ke banyak lagi ke kan. Kalau tak cukup boleh tambah.
 
6. Hon kereta
 

Aku suka part ni. Kalau kereta lain cam jahanam  je, korang hon je sekuat hati. Tapi jangan plak bila nampak lembu ko hon plak, kang kene terajang plak. Diorg tuh sensitif bunyi hon ni.
 
Actually banyak lagi aku nak citer pasal komponen2 penting dalam enjin kereta ni kan. But slow2 dulu, kang penah plak korang nak hafal semua function kan.
 

Nanti minggu2 depan aku citer plak apa yang ada dalam kereta plak. Ini kalau korang tak tau jugak ermm.. payah aku nak tolong kan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails