Friday, December 31, 2010

Hari Terakhir Di 2010

Hi Korang,

Hari nie merupakan hari terakhir dalam tahun 2010 dan juga merupakan cuti umum untuk semua rakyat Malaysia. Terima kasih to our PM yang bagi cuti nie sempena kemenangan tema bola kita dalam AFF Suzuki Cup.

So dah nama pun cuti kan,haruslah berrehat kat umah. So nothing much buat selain dari layan internet, aku juga sempat layan a few concert kat Astro Fiesta. Best2 plak tu.


So petang plak, aku pi perabiskan duit mr Big. Ihks boleh gitu? Tak lah. Ktorg pi beli barang dapur. Maklumlah dah cukup bulan nie kan, segala mak neka barang semua dah abis. So ktorg pi membeli belah kat Carefour Tun Hussien Onn. Ala sesaje tukar angin. Shopping jauh sket kan.

Boleh tahan ramai jugak orang kat sini. Beli barang dapur, baju sekolah anak2 dan yang best tu ada jugak yang beli tv leper tu kan. Ermm orang gomen kan masuk bonus so bolehlah berbelanja sakan kan.


Aku beli barang yang patut2 lah. Majoritinya semuanya barang makan. Dari yang kering sampai yang ke sejuk. Semua ada. Ala buat stock kan. Normally ktorg berbelanja besar nie 2-3 bulan sekali. So jimat kan. Tak delah nak kuar duit selalu untuk barang2 makan kering cam nie kan.


Dekat 3 jam jugak lah ktorg duk bershopping kat sini. Belek sana belek sini. Penat jugaklah budak cashier tu duk punch barang. Yelah orangnya berdua tapi barang makannya penuh setroli kan.Kopak jugak mrBig membayarkan. Hehehehhehe... Tak berani aku nak tulis berapa amountnya takut korang terperanjat plak kan.

So that's how ktorg abiskan masa hari ni. Penghujung tahun yang perfect untuk 2 of us...


p/s: Maybe malam nak pi tgk bunga api kot. But tak sure kat mana lah. Any idea?

Thursday, December 30, 2010

Fiesta Proton 2010

Hi Korang,


Semalam sempat jugak aku pi Fiesta Proton kat Dataran Nilai ni. Eh korang ingat Nilai nie tak grand ke? Dah up to date tau sekarang nie. Memacam ada. U name it u got it okeh kecuali Starbuck je belum ada lagi.

Test tengok cun ke tak Inspira nie ek

Yang belakang tu sibuk betul lah.

Oklah event nie, ada satu hari je. Actually fiesta nie macam road tourlah. Singgah bandar2 untuk promote kereta2 proton kan. Sempat jugak aku interview one of the organizer event nie lah.

 
Ini waja tau, dia dah modified

Ala tak de apa yang menarik pun tapi aku sempat check it out Proton Inspira tu. Dari luar memang cantiklah cuma dalam tu agak serabut sket. Maybe banyak sangat panel kot. So far ok lah. Proton Saga yang FL edition tu cantik jugak lah.


Cantik kan green hornet nie

3 Model Kete... Huahuahauhauauha

Itu je, simple event.

Tahniah Team Malaysia Dan TQ PM

Hi Korang,



Malas nak cakap banyak sebab ramai dah tau pasal nie. Anyway


Tahniah team Malaysia sebab berjaya bawak balik Piala AFF Suzuki Cup 2010 ke tanahair kita. Tetiba mood bangga plak datang dalam diri nie.



Eh tak lupa jugak kepada PM kite Dato Najib Tun Razak sebab bagi kita satu Malaysia cuti umum untuk esok.

Selamat Bercuti!

Wednesday, December 29, 2010

Ultraman Datang Malaysia

Hi Korang,

Aku dah tau dah sapa yang main laser masa game Piala AFF Suzuki Cup kat Bukit Jalil hari tuh.

Jeng jeng jeng...


Ultraman Datang Untuk Bersukaria Sambi Memfire...


Hehehhehehe. Jangan marah.

Maklumlah tengah demam laser kan sekarang nie.

p/s : Dapat email dari member aku nie. Sengal betul lah..Ini pun boleh jadi lawak.



Tuesday, December 28, 2010

Bloggers Big Gathering Di Times Square

Hi Korang,



Ermm, aku rasa dah ramai bloggers citer pasal  Big Gathering 2010. Bukan MrBig Gathering ye Belle. Seronok sesangat walaupun aku di antara yang sampai lambat kan. Eventho tak dapat join main bowling dan jugak main buat bulatan but still aku enjoy jugak.



Gathering yang Mel organize kali nie ramai sangat girls blogger yang comel2. Itu yang sampai Aus Zain terpesong iman dia kan, sebab tak tau nak pilih yang mana satu. Bloggers lelaki haruslah cuci mata kan bila jumpa awek2 cun, comel dan cute nie kan. Eh tak lupa jugak blogger otai cam Uncle Eyriqazz dan Bean pun mestilah ada kan.



So sesampai diorg ajak pi makan, terus ke food court tingkat 10. Aku pun 1st time jugak sampai atas nie. Susun meja pepanjang, then makan sepuas hati sambil borak. Lepas makan tu plak ada session bahan2 membahan orang kan. Ada group CEO, ada group tiket free, ada group newbie dan tak ketinggalan jugak group ktorg group mengacau orang. Hehehehhe.



Then si Mel, meeting sket untuk next gathering plak. Wah tema untuk next gather dah tau pun, tempat pun dah decide. Bagus diaorg nie. Cepat je plan benda2 yang menyeronokkan. Tak sabar plak rasanya nak tunggu next gathering lah.



Setiap event mestilah berakhir dengan jeng jeng jeng.. Ambik gambo reramai kan. Korang bayangkan boleh muat ambik gambo reramai tu kan. Kene adjust sana sini untuk dapatkan angle yang cun gitu. Dah salam2 sambil peluk cium sket, aku pun trus chow.


So ini je yang sempat aku capture sesapa yang dah buat entry pasal event nie.

Hazman
Shara
Che Arm
Bean Moreno
Eyriqazz
Daydeck
 
Itu yang sempat.

I Love Click : My Best Travel Picture Contest!

Hi Korang,

Aku join lagi online contest. Ntah apa yang aku kemaruk sangat pun aku tak tau. Ala sesaje je nak buang2 masa kan. Aku jumpa contest nie kat sini. Apa lagi terus aku join.

My Best Travel Picture.


Gambar di ambil masa aku pi holiday kat Hatyai hari tu sehari sebelum banjir beso tu jadi. Time tuh tengah halloween kat sana. So diorg ada parade lah untuk halloween nie. Itu yang sempat amik gambo dengan vampire cantik nie.


Hah, senang kan.Cam ni je sesyaratnya.



1) Create an entry with this title : I Love Click : My Best Travel Picture Contest!  - DONE

http://biqque.blogspot.com/2010/12/i-love-click-my-best-travel-picture.html

2) Copy paste the contest BANNER into your post and LINK BACK to this post. - DONE 

3) Pick your BEST photo and briefly DESCRIBE about it - DONE

4) Be my follower. (Optional but it's a bonus :) - DONE

5) Leave a COMMENT of your link entry, in this post - DONE


Nak tau hadiahnya, nie hah:-


BEST PHOTO WITH BEST DESCRIPTION WINS?

ONE travel blanket *by Living Cabin

T&C : Open to all entries.



CONSOLATION ENTRY WINS?

ONE travel passport sling pouch *by Bagman

T&C : Open to all entries who put an extra effort to win.

 
SPECIAL ENTRY WINS?

 
ONE travel toiletry pouch *by MasKargo

T&C : Applies if total contest participants are equal or more than 30.


Hah, apa lagi cepat2 la join ek.




Monday, December 27, 2010

GIVEAWAY eqbalzack "SERBA SATU"

Hi Korang,

Tengah2 merayap2 baca blog orang nie, aku terpandang giveaway eqbalzack nie. So apa lagi haruslah join kan. Ala simple je. Tak yah nak jawab2 soalan teka-teki pun.


So aku tag : daydeck (supaya ko rajin sket buat entry kan). Hadiah dia menarik wei.. Barang IKEA tau. Wah terus kembang2 hati aku lagi kan.


Korang hanya perlu ikut syarat-syarat di bawah:


1. Jadi Followers eqbalzack.com - DONE

2. Buat 1 entry bertajuk Giveaway eqbalzack "SERBA SATU" - DONE

3. Entry MESTI mengandungi banner di atas dan linkkan ke blog eqbalzack.com - DONE

4. Tag 1 (SATU) orang rakan blogger lain dan pastikan mereka tahu -  DONE

5. Tinggalkan link anda pada entry ini -  DONE
 
 
Itu aje, senang kan.

Welcome To Nuffnang G+ Club

Hi Korang,

aku baru je dapat email nie dari Nuffnang pasal nie.



Ermm haruslah suka kan.Pas nie lagi lah banyak event aku dapat pegi kan.

Anyway, korang dapat tak email cam aku nie ek?

Sunday, December 26, 2010

Jom Pi Big Gathering 2010

Hi Korang,

Saje nak heboh2 pasal nie. Actually aku dah perasan banner nie dah lama but x sempat nak buat entry lagi.

So here its


Apa macam korang pi tak? Aku pi tapi lambat sketlah. Maklumlah dari Melaka kan. Petang kot sampai. Jangan jem teruk dahlah kan. Letih aku nanti. Dah ye ye nak main2 trus duk tepi je nanti.

Details korang boleh check it out kat blog MelzRomeo nie. Dia memang suka buat gather2 nie. Dah few time aku join gather2 yang dia buat. Ramai jugak blogger2 glamour yang datang nanti. Sesapa yang datang tu nanti, mintak2 tegur aku maklumlah aku nie bukannya dapat cam muka orang pun. Dah tua lah kan. Power contact lens pun dah bertambah baru2 nie kan.

So see korang nanti...


Saturday, December 25, 2010

TQ Santa Claus Sebab Bagi Hadiah Comel

Hi Korang,

Aku bangun pepagi tadi, terus pi kat stokin yang aku gantung kat tempat api malam tadi. Check punya check, tengok aku dapat apa ek..


Santa kasi hadiah yeah, ala kecik je.. Comel kan.. Simple je. Eh korang gila ke? Rumah mak aku nie mana ada pengadang api, ingat kat negeri omputih ke. Tempat bakar sampah tu adalah.

Anyway, Santa kasi aku nie




TQ Santarina Shirley

Pas nie boleh buat pesta buih kat kolam bilik air mak aku nie dengan MrBig... hohohohohohohohohohohoho (gelak cara Santa Claus)

Friday, December 24, 2010

Azam tahun 2011

Hi Korang,

Aku nak join contest lagi. Ala time cuti2 nie tak de benda nak buat. So join lah contest dari MatJoe nie. Mamat nie aku kenal masa 1st time Nuffnang jemput aku pi Astro Bloggers Nite.



Ala contest dia senang je. Aku kena tulis apa azam aku untuk tahun depan. Tak kira lah merapu ke, betul2 ke, angan2 ke kan. So aku berangan berazam untuk

Nak main Buggy Bugee Jumping & WaterRafting


Idea nie datang masa aku seronok nau berswimming hari tu kan. Tengok gambo tu sambil duk rehat2 terapung2 kan terfikir. Disebabkan aku nie sukakan adventure, why not aku cuba sports nie plak kan. Yelah paintball dah, ATV dah, horse riding dah, berkayak dah, parasailing dah cuma 2 benda nie je belum kan.

So kalau nak buat buggy jumping nie aku nak try kat KL Tower je, dekat pun dekat harga pun not bad jugak kan. Kalau waterrafting kat Ipoh. Tak de lah mahal mana pun. But sekarang nie dah start simpan duit sket2 dah tau.

(Ilustrasi gambo nie tak berapa cantik sebab aku x pandai sangat buat editing nie, cilok 2 gambo tu from google)



‘contest ini dianjurkan oleh Matjoe dan turut ditaja oleh Eyriqazz (rm 50) Kak Ina KL (cookies rm50) dan AbangEnsem (6 ebook, rm120) dan Kak Yon (3xrm10 topup, rm30)'



So itu je kena tulis, senang bangat lah.

1) Tuliskan 1 enrty bertajuk ‘Azam tahun 2011’ boleh ceritakan apa yg hendak dicapai pada tahun 2011. Nak serious boleh, nak merapu pun boleh. Letakkan 1 gambar yg berkaitan dengan entry yang anda tulis.
DONE
2) Masukkan permalink entry ini di blog anda DONE
3) Masukkan ayat ‘contest ini dianjurkan oleh Matjoe dan turut ditaja oleh Eyriqazz (rm 50) Kak Ina KL (cookies rm50) dan AbangEnsem (6 ebook, rm120)' penghujung entry - DONE
4) Tinggalkan link entry anda di ruangan komen entry ini - DONE




Thursday, December 23, 2010

On Our 3rd Wedding Anniversary

Hi Korang,

Lama betul aku rasa x update blog. Yang korang baca2 tu semua entry lelama dan schedule entry. Minggu nie minggu berehat, ktorg amik cuti rehat seminggu sempena wedding anniversary ktorg yang ketiga. La baru 3 thn je aku kawin ek, ingatkan dah lama.. ishkk


This year, biasa2  je celebration je sebab yang di plan x jadi akibat hujan. Suppose ktorg nak ke Taman Negara but sekarang nie kan musim hujan so pihak resort x berapa advise lah kan takut if anything happen. Susah nanti. Nasib baik ada alternative plan, so here we are at Putrajaya only. Ala belakang rumah je..

Macam resort lama tapi dalam superb.

Siap dapat map cam ne nak pi ke bilik.

Eventho macam nothing to do kat Putrajaya but still ktorg penuh masa tu dengan aktiviti2 yang fun.


So once check in kat Pullman Putrajaya, ktorg merayap2 sight-seeing resort nie. Sesangat penat sebab besar gila even nak balik ke bilik hotel pun boleh sesat. Lepas bercamwhore bagai, masuk bilik plak, wah kagum sekejap aku dengan Executive Suite nie, super duper cantik. View pun indah. Amik2 gambo terus ke Alamanda. Kononya nak movie marathon kan, ermm hampeh coz wayang full house. So petang tu ktorg tengok 'AKU TAK BODOH'. Best dan sesuai untuk parenting guide lah. Nanti aku buat review ek. Bukan tak nak tengok citer omputih but semuanya aku dah tengok cam Narnia, Tron dan memacam lagi lah.


So malam plak, ktorg ada dinner kat hotel itself. The B's Restaurant. Not bad jugak food je. Orang x berapa ramai. Choices of food not bad. Tapi aku suka dessert sebab ada chocolate fountation. So bedal tu jelah bebanyak. Dah kenyang semedal, layan tengok bulan bintang plak kat langit. Konon romantik lah kan balik bilik terus siap-siap untuk movie marathon yang seterusnya.


Ktorg layan 'HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH' kat mana lagi kan, Alamanda lah. Tak sangka full house jugak midnite punya show. Memang kelakar tahap cipan lah cerita dia nie. Lawak2 nya memang unsangkarable lah. Nanti buat review jugak lah.


Balik hotel layan movie dan terus tido. Esoknya before check-out dan lepas breakfast sempat jugak aku pi swimming kat rooftop pool resort nie. Peaceful je sebab tak de orang. After that kemas2 terus check out. Itu je. Eventho simple celebration but meaningful.


Eh, tak lupa jugak Mr Big kasi aku nie.Hehehehehe aku suka. Ala ladies item lah. Dia kan tau aku suke wangi2 kan.

I Love U Syaiful Ridzman...

Wednesday, December 22, 2010

The Season of the Witch is Here

Hi Korang,

Korang percaya tak dengan ahli sihir or witch?

Ala pompuan muka hodoh tapi berupaya bertukar menjadi cantik. Ala macam citer dongeng dulu2 tu kan. Eh korang jangan memain dengan ahli sihir nie ek, memacam benda yang diorg boleh buat tau.

Apa yang aku paling takut pasal witch nie ek?


Tengok muka dia
Ya Ampun, korang tengoklah kan. Selera tak korang nak makan apple tu bila tengok muka si witch nie? Berkedut tu satu di tambah lagi berkerut2 plak kan. Dengan rambut ala tina turner yang mengerbang but nasib baik dia tutup dengan hud kat kepala tu so tak delah obvious sangat kan. Kuku plak, dah patah2 kotor plak tu. Gigi mesti tinggal beberapa batang je kan. Ala hati nak senyum2 sambil suruh aku makan apple tu.Eee takutnya.


Witch Suka Masak
Korang mesti perasan kan, kalau dia masak mesti kuar asap2 yang ntah apa2 sambil kuar colour2 dalam soup dia tu kan.Seram betul aku kalau dia paksa aku bedal jugak soup tu kan. Tidakkkk



Witch Suka Orang
Itu memang satu benda yang aku tahu sangat pasal witch nie, diorg nie pandai nau tukar2 orang yang diorg tak suka kepada benda-benda yang merapu. Tapi yang selalu diorg suka tukar ialah jadi katak. Oit tak nak aku jadi katak wei.

Kalau boleh janganlah witch nie menjelma dalam hidup aku eventho dalam mimpi sekali  kan... Ishk..


La apsal plak aku merapu pepagi nie ek? Bukan apa, Nuffnang ada nak bagi tiket free untuk citer Season Of The Witch nie.

Season of the witch

Date : 5 January 2011 (Wednesday)

Time : 9.30pm

 
Venue : Cathay Cineplex, e@Curve


So itu je, apa lagi cepat join contest nie. Details? Korang boleh click kat sini.




Tuesday, December 21, 2010

Korang Berani ParaSailing Ke?

Hi Korang,

Last weekend memang best, super duper best. Aku ada family outing kat Penang. Actually tak de plan apa pun. Cuma just nak relax and having fun je.

Speaking of fun, ermm aku cuba satu aktiviti nie.. iaitu PARASAILING..

Memula kecut pecut masa nak naik, pas tu terkinyam nak lagi..


Time nak take off

Hah cuak kan, tapi best giler. Bila dah ada kat sana tu, panorama kat Batu Ferringi tu sangat menasyikkan. Cantik sangat. Bila tengok bawah, nampak air laut tu hijau je. Sampai boleh nampak jellyfish lagi, banyak sesangat ooo. Memang mempersonakan lah.

Time landing plak


Kalau korang perasan, dalam video aku nie dengar suara orang2 menjerit kan. Itu actually my SIL & BIL. Diorg kecut perut masa nak cuba memula. So aku jadi bahan experimen diorg lah kan. Ala just kidding tau.

Disebabkan terlalu suka, aku cuba lagi for second time on the next day. Dah nampaknya berhasil, take off cantik, dan bila landing time pun cantik jugak..

Anyway, I love parasailing. Kalau kat KL nie ada aktiviti cam ni. Memang tiap-tiap minggu aku pi naik kan.

Ok, citer pasal makan jap lagi update la ek..

Monday, December 20, 2010

“PILIH THEME BLOG sw33tdarling.com”

Hi Korang,

Demi menyokong geng2 bloggers aku pun join amy a.k.a sweetdarling giveaway nie

Ala senang je caranya, check it out nie...

Aku pilih Lady Green
Ok, gini syarat²nya:

1.Vote salah satu theme yang disediakan
Aku pilih LADY GREEN

Aku dah vote okeh.

2.Tulis satu entry di blog masing² dengan tajuk “PILIH THEME BLOG sw33tdarling.com”, pamer theme pilihan [copy & paste jer] dan jelaskan kenapa korang nak sw33tdarling.com pilih theme tersebut.
Aku cadangkan ko pilih Theme LADY GREEN nie sebab ianya cantik dan amat sesuai untuk ko. Walaupun ko halimunan tapi ko mesti kena tunjukkan kekopratan ko kan. Lagipun hijau, sejuk mata memandang sesape yang singgah kat blog ko nie. 

3.Tag 3 orang rakan supaya join GA ni

4.Letakkan permenalink entry ada DI SINI [komen box]
Ok DONE


So that it... Senang kan.

Ok Amy, aku dah buat nie.. (mintak2 menang tau)

Sunday, December 19, 2010

Aku Terbang Di Awan Biru

Hi Korang,

Korang tengok gambo nie, percaya tak itu aku ek?


La still tak percaya lagi, tunggu lah aku upload video.

Yang penting, super duper fun okeh!

Friday, December 17, 2010

Check In To Premiere Screening of Tron Legacy

Hi Korang,

Title entry dah pelik kan, 'check in'..Nanti aku citer.


Rabu lepas, aku dapat tiket dari Nuffnang untuk citer Tron Legacy nie kat Sunway Piramid. Dah lama betul tak pi sini kan, sesat2 jugaklah nak cari kedai makan. Nasib baik parking kat valet so senang sket nak pi collect tiket.



Amik gambo dulu dengan TronMobile

Lepas makan trus naik atas, punyalah ramai orang maklumlah cuti sekolah kan. So mak bapak bebudak bawak lah anak2 diorg nie pi tengok wayang. Dalam ramai2 tu jumpa jugak bloggers yang lelain..

Cilok dr CheArmster

Antara synopsis yang telah ditulis oleh Walt Disney Pictures:-


Sam Flynn (Hedlund), a rebellious 27-year-old, is haunted by the mysterious disappearance of his father Kevin Flynn (Bridges), a man once known as the world's leading video-game developer. When Sam investigates a strange signal sent from the old Flynn's Arcade -- a signal that could only come from his father-- he finds himself pulled into a digital world where Kevin has been trapped for 20 years. With the help of the fearless warrior Quorra (Wilde), father and son embark on a life-or-death journey across a cyber universe -- a universe created by Kevin himself that has become far more advanced with vehicles, weapons, landscapes and a ruthless villain who will stop at nothing to prevent their escape. Written by Walt Disney Pictures
 
 
So far citer nie bestlah. Orang kata sequel dari film dalam tahun 1980an.. Ntah aku tak tengok pun. Ni first time tengok kan. Kaki2 gamers cam mrBig pandailah bende2 cam nie. Actionnya best. Meletup2. Aku tak dapat bayangkan kalau dapat tengok 3D punya, mesti lagi superb kan Zaid?(aku jeles tau)
 
Nak tau sebab aku kata check in tadi? Korang bayangkan sebelum masuk panggung tu, dengan baik hatinya TGV nak tolong simpankan handphone, camera, ipad dan segala mak neka gadget kat kaunter yang diorg dah sediakan. Sebab tak nak bagi record/buat bising kot dalam panggung. Oklah fine. Lepas tu plak, ktorg kena lalu kat area yang macam check in kat airport tuh. Diaorg guna sensor yang immigresen kat airport tu pakai. Abis bag comel aku pun diorg nak tengok jugak. Betul2 canggih. Lepas tu, masa dalam panggung aku rasa aku nie cam kerabat agung plak, merata tempat diorg jadi bodyguard masa film nie ditayangkan. Masyallah, tak seronok langsung lah. Tapi nasib baik citer nie best.
 
Eh ada lagi, bila dah abis citer berpusu2 orang kuar nak collect item memasing. Korang bayangkan lagi 3-4 panggung keluar serentak. Betapa pack dan jemnya tenpat tu dengan manusia. Tak kira lagi bau ketiak masam, air tumpah kan. Nasib baik ktorg tinggalkan satu beg terus so cepat sket counter tu bergerak. Bagi yang tinggalkn hp semedang, mampus ko kena que lama.

 
Ishk pengalaman betul lah.. diharapkan pihak TGV mengambil langkah inisiatif yang bijak sebelum melaksanakannya. Takut2 nanti TGV kosong, panggung lain plak fullhouse kan.

P/s: gambo check in tak boleh nak amik sebab camera dah di check in dulu lah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails