Friday, April 30, 2010

Kalau Dah Johorean Tu Mengaku Aje!

Korang,

Weekend nie aku akan ke sini. Bukan pi bercuti pun. Tapi dah janji dengan mak aku nak bawak dia tengok cucu kesayangan dia. Mentang-mentang aku lom ada anak lagi kan huhuhu sedey tau mak..

Ooo JB. Apa ada kat bandar Johor Bahru tu ek? Dah tempat aku membesar kat sini. Mestilah macam-macam ada kan.

Antara yang aku suka buat bila balik, korang tengoklah ye:-

Danga Bay - Tempat lepak2 yang dulu di panggil Pantai Lido. Sekarang dah happening tempat nak nak bila malam. Ada amusement park okeh untuk kids.

Anjung Warisan - Tempat makan atas pokok yang paling cool sekali. Makanan sedap2 nak nak sirap bandungnya. Perghh!

Kacang Pool - Makanan favourite aku yang tak de kat KL. Kalau balik mesti aku cari nie. Yang makan lain yang tapau lain. Aku memang gilakan bende nie.

So Cik Lily Putih, welcome back to tempat asal ko. Jangan nak perasan ko tu orang KL. JB nie tempat asal ko tau tak!

p/s: Kepada geng comittee 1SuperKids, minggu nie tak dapat join meeting sebab menjalankan tugas untuk negara. Kang kalau tak buat aku di chop anak derhaka plak kang. Apa-apa pun saya bersetuju segala usul dalam meeting itu nanti dan saya juga rela untuk jadi apa2 committee yang di arahkan. Sekian terima kasih.

Dengan Bangganya Saya Digelar Dot Com

Selamat Pagi Jumaat,

Di pagi yang mulia ini, saya dengan rasa bangganya mempersembahkan nama baru di blog saya ini CikLilyPutih.Com. Setelah puas di komen oleh Eyriqazz dan setelah penat saya berfikir cam macam nak memperbetulkan komen2 yang telah diberikan, maka datang seseorang yang di panggil Tasha untuk membantu saya. Dia cam tau tau je saya memerlukan bantuan. Dengan segeranya dia membuat kerja2 magic ini tak sampai satu hari dia telah menyetelkan semuanya sekali.

Cuba korang amati kronologi ini:-

a) Sebelum

b)Dalam proses

c)Setelah


Ermm cantik kan. Saya sendiri hampir tak percaya dengan apa yang terjadi. Sampai sekarang saya masih belum ada masa untuk godek2 layout dalam blog saya ini. Semuanya masih dalam tukar sana, tambah sini, cilok situ sket..

Apa-apa pun buat hari ini saya akan mendabik dada cam ayam serama lah dengan kejayaan saya ini.

Terima kasih kepada angel yang telah menolong saya.


Sebagai tanda terima kasih saya telah pun membelanja dia makan kat kedai perabut keluaran Sweeden semalam sambil bawak dia jejalan ke TV3.

Korang kalau nak ber dot com yang simple cam aku, sila2lah contact dia nie. Sure dia boleh tolong, kalau tak de apa hal lah.

p/s : Semalam aku betul2 demam okeh! Tak caya nanti aku scan MC aku tau! Btw apsal aku bahasakan diri aku saya nie, ishkk weird la plak!

Thursday, April 29, 2010

Aku-Demam Dot Com

Korang,

ari nie tak dapat update bebanyak coz aku diserang demam dot com.

tak caya tanya Tasha

Masa aku jumpe dia tadi, tup tup terus hingus meleleh2 cam cendol siap bersin2 lagi tau.

Cian kan?

So esoklah citer ye... nak makan ubat dan nak tgk The Good Wife...

Wednesday, April 28, 2010

Road Trip With My Broadband

Salam Korang,

Project Alpha datang lagi. Tengah aku borak2 dengan Tasha tadi, aku ternampak entry berantai nie. Cepat2 aku cakap dengan Tasha, jom kite pi buat Project Alpha punye entry dulu lah. Apa lagi trus kelam kabut check website Project Alpha, memang betul pun ade tajuk baru.
Meh aku citer.

Dulu kalau nak pergi berjalan kemana-mana memang kene fikir dulu 2-3 kali. Lagi-lagi bila nak pergi bercuti tempat2 yang jauh2 sket, maklumlah sebab bila dah masuk kawasan pendalaman nie, line internet memang payah tak kira lah ade jenis line pun memang payah.So kenalah singgah ke mana2 cyber cafe untuk berinternet.
So sekarang nie, tidak lagi. Sejak P1wimax nie memperkenalkan broadband Wiggy nie, memang lah senang kan. Dahlah kecil dan ringan serta mudah nak di bawa kemana2. Simple je, so tak delah wayar berjela2 panjang kan. Orang kata very handylah.

Sesape yang belum mendapatkannya, cepat2lah beli ye. Lagipun harganya berpatutan dan penting senang bawak berjalan kan.

Untuk Project Alpha Season 2 Episod 8-10, korang leh tengok kat sini. Tapi aku cube masukkan Project Alpha Video punye code tapi tak jadi lah. Anyway korang click je link nie okeh!



Hah cepat buat tau, sebab hanya 50 entries je dipilih.


Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

Panas ! Aku Di Terjah Eyriqazz

Salam korang,

Bila baca tajuk entry kat atas tuh, korang mesti pelik kan. Siapa plak Eyriqazz nie? Meh aku ceritakan dia salah seorang blogger cukup power dalam penulisan di blognya.Kami memang kenal each other sebab dah banyak kali jumpa dalam event2 anjuran Nuffnang.

Hah dia yang kat belakang Bean yang buat peace sign tuh!

Disebabkan aku pernah menang dalam salah satu contest yang dia pernah adakan dulu. Si dia dah berjanji konon2nya nak terjah blog aku sambil beri pandangan lah.

Di antara komen2 yang dia berikan adalah:-

1)Honestly,saya lebih gemarkan Ciklilyputih.blogspot.com dari sigilatv.blogspot.com .Agak negatif bunyinya especially part gila tu. This is the first impression when people visit your blog jadi gunakan ia sebaik-baiknya. Apapun, lain padang lain belalang kan?
Bro, masa register blog nie tak pernah terfikirkan pun ramai readers akan lepak2 kat sini. Masa tu tujuan utama buat blog untuk suka-suka aje.Lagipun memang aku memang gilakan rancangan2 yang dalam tv tuh, tak kira rancangan apa pun tau. Tapi tak per, memang ade plan nak ke dot com. Maybe masa nie nanti boleh pakai URL CikLilyPutih.com plak. Gempak tak?

2)Font agak kecil dan sukar untuk dibaca especially bila template CikLilyPutih 3 column. Jadi,nampak agak berserabut dan memeningkan kepada terutama bagi saya yang menggunakan skrin laptop yang kecil. Pandangan saya tukar template seperti dilakukan oleh Kak Tash ataupun ubah font.
Actually, aku tak reti langsung nak tukar2 benda2 dalam layout/template yang ada sekarang nie. Semuanya dah di setupkan. Sekarang nie pun dalam process pembelajaran untuk tukar2 apa yang patut sambil godek2 segala coding yang ada kat dalam nie.


3) Gambar menarik dan cantik cuma agak kecil. Mungkin kerana tiga column. Jadi kelebihan gambar yang menarik gagal untuk diserlahkan.
Gambar tu sengaja dikecilkan sebab takut nanti masa loading blog jadi lambat plak. Tapi bila tengok bloggers lain letak gambar besau plak, terus terfikir betapa bodohnya aku letak gambo kecik kan.


4)Penulisan dan gaya bahasa sudah menarik. Cuma mungkin boleh variasikan lagi entry dan serlahkan kelebihan blog anda. Di situlah lebih mudah untuk orang singgah lagi.
Wah, tulisan aku menarik. Hehehhe tak sia-sia aku pi bertapa dengan otai2 bloggers(ayat tak boleh blah kan). Cuma nak variasikan itu yang tak pandai tuh. Masih tercari niche2 yang best untuk blog aku nie. So far aku tak berapa reti cerita pasal hal semasa. Setakat entry pasal daily routine dah segala2 sekitar aku bolehlah.
 
Apa-apa pun aku ucapkan terima kasih kepada Bro Eyriqazz kerana sudi menjadi pengomen untuk aku memperbaiki lagi mutu blog aku nie. So lepas nie aku mesti kuat lagi belajar mendalami ilmu2 blogging nie.
 
Akhir kata, serangkap pantun untuk Bro Eyriqazz kita nie.
 
Pergi pasar beli ikan
Pergi dengan budak tak de gigi
Banyak terima kasih aku ucapkan
Kalau boleh komenlah lagi

Wah, cam tak caya aku boleh karang pantun dalam masa 1 minit okeh!

Tuesday, April 27, 2010

Bila Rindu

Salam korang,

Tengah sibuk berblogwalking nie, aku ternampak gambar nie:-


Aku rindu dengan diorg nie semualah. Masa nie aku kat 2nd Sem TRP Course ITM Sri Iskandar.Ktorg ade site visit ke Melaka untuk subject Architectural History.

By the way, cuba korang teka aku yang mane satu ek?

1SuperKids-MBP Family Day

Salam Korang,

Aku nak korang-korang yang suka lepak2 kat blog aku nie, terutamanya sekali para young generation parents, parents to-be, yang nak belajar2 jadi parents pun dijemput, sudi2kanlah hadir ke event nie:-

1SuperKids-MBP Family Day

Date : 9th May 2010 (Hari Ibu tuh)
Time : 2.00pm - 6.00pm
Venue : Wisma Bling Lustre, TanMing Boulevard, Tmn Meranti Jaya, Puchong


Di antara aktiviti2 yang akan diadakan adalah seperti:-

INDOOR : 
* Aktiviti multi-skill untuk anak-anak – face painting, interactive story telling, origami, felt craft dan mewarna.
* Talk dan demo daripada Malaysian Baby Wearers (MBW).
* Bengkel ikatan tudung bersama Majalah NUR.
* Sesi hati ke hati bersama Ms Maizawati (model, usahawanita, duta Avon).

OUTDOOR :
* Bling-Bling Race yang semestinya heboh!
* Demonstrasi dari Bling AutoSpa. Kilat kereta?


ADA LAGI YANG BEST:
* PHDC. Yeah it’s the PLAYHOUSE DISNEY!
* Clowns and balloons. Did I mention clownS? Yea ada 2 clown :)
* Press. Oh yeah, event ini akan mendapat liputan pihak Harian Metro, Mingguan Wanita,NUR dan Pa&Ma.
* Bintang AF akan turut serta!
* Peluang bertemu blogger yang tersenarai dalam 50 Blog Terbaik Malaysia Pilihan InTrend.
* Berpeluang shopping di gerai2 yang mengambil bahagian.

Dan banyak lagi acara2 menarik untuk anda sekeluarga.

Yang penting, its FREE dan siap ade MAKAN lagi tau! Ingat tuh!

Hah, teruja nak join kan? Korang boleh ikut details kat bawah nie:-
Cepat hantar details ke http://mysuperkids.net/contact
Berikan details seperti dengan Tajuk : Family Day Registration :


1) Nama penuh
2) Bilangan orang dewasa dan kanak-kanak



(Note: In case tak dapat nak isi contact form tu, boleh email ke mommy@fahry.net)
Hah, tunggu apa lagi, cepat2 lah register ikut details kat atas. Kalau korang lambat, nampaknya tak dapatlah korang dapat benda2 nie:
100 keluarga pertama yang mendaftar akan mendapat doorgift istimewa tajaan Maybelinne, Bling2, etc. dan 50 keluarga pertama akan mendapat tag istimewa dari kami!

Kalau korang rajin, korang  juga boleh mempromosikan event ini ke blog anda, dan letakkan link ke http://1superkids.com dalam entry. Kami ada hadiah misteri untuk top referral!

Pas tu, kalau korang nak kenal rapat dengan geng2 MySuperKids dan juga geng2 MBP, kitaorang semua ada di sana nanti. So bolehlah bertegur sapa, berborak2, bercamwhore2, berautograf2 ( bukan akulah tapi ade artis yang datang,ishk korang nie) dan macam2 lagi.

p/s: hah kali nie aku ajak semua kengkawan bloggers aku datang sini tau! jangan nak kata aku tak ajak plak.

Monday, April 26, 2010

Aku Dapat RM2K Untuk Kurus

Salam Korang,

Lama betul aku rasa x update. Maklumlah weekend kan. Memacam bende nak buat. Yang penting sekali, of courselah tido. Tapi tak dapat pun tidur sampai syurga. Yang dapat penat lelah beraktiviti sepanjang minggu.

So ahad lepas, aku ke Sg Wang. Atas pujukan si SumiJelly yang dah booking aku dari 2 minggu lepas, so aku ke AmberHunt 2009/2010 bagi menyokong DrHanie kite. Aku kenal dia masa MBP Event dulu.

Ini dia Dr Hanie kite

Kuruskan dia, turun 13.3kg tuh!

So masa sampai tuh, si SumiJelly nie dah tunggu aku pun kat registration counter. Pas register, dapatlah aku & mr Big goodies bag. Ala bukan ada apa pun,majalah je. So pas merasa cocktail yang diaorg dah sediakan ktorg ke belakang pentas. Rupanya dalam 15 orang finalist dapat masuk semi final nie. Cari punye cari jumpalah ktorg dgn si Hanie nie, bile dah make-up lain plak muka dia. Sempatlah borak2 dengan dia.
Lapo betul si Aidi nie kan

Sedapkan! Walaupun simple je

Pas tu, lepak depan stage plak, tetiba si Aidi Safuan sampai dengan rambut gonjengnya itu, apalagi sambung makan sambil borak2.

Bila acara nak start, aku nampak Si Bean dengan Cik Hel sampai. Eh, diorang nie ade scandal ke? Rupa-rupanya Ainsepet keje, itu yang si Bean boleh keluar dendan Cik Hel  nie. So sambil makan sambil borak sambil bercamwhore.
Top 15 Finalist

Gaya kan! Dahlah tinggi, memang ala-ala model lah ko hanie

So finalist2 nie keluarlah, introducekan diri dan ceritakan sket pasal perjalanan diorg dengan KeepSlim. Majoriti dari Kajang,Bangi & Putrajaya dan juga mostly goverment servant. Si Hanie dapat no. 11, bile time dia keluar, ktorg yang kat bawah nie bukan main bersorak2 gembira. By the way, cara Hanie explain diri sendiri ok, tak kekok, lancar je.

Bean tengah jawab soalan

Last question, mr Big yang jawab! Boleh gitu?

Pas semua finalist dah jalankan tanggungjawab masing2, judges (hakimlah-tapi betul ke aku eja nie ek) sibuk lah buat penilaian, sambil tu gak ade lucky draw dan simple quiz. So ktorang yang berenam nie termasuk mr Big beria-ia menjawab soalan. Then dapat hadiah plak tu. Kira punya kira ktorg semua sekali dapat dalam RM12K. Wow! cam tak caya kan. Tapi bukan duitlah voucher untuk kuruskan badan. So masing2 bukan main lagi berangan nak kurus terutamanya sekali aku lah kan. hehehhehehe..

Top 10 Finalist

MC umumkan top 10 finalist untuk final pada 30hb nie nanti. Sebut punya sebut Hanis pun dapat gak pegi final. So aku wish all the best lah untuk dia.

Dengan Ruhil

Dengan Datin Nonis, pujaan hati Bean. Ainsepet jgn marah okeh!

Abis je event, trus ktorg pegi bergambo2 dengan judges yang gorgeous nie. Abislah segala tempat ktorg bergambo. Dah abis borak2 dgn bercamwhore dan x de plan lain dengan diorg nie, aku trus pegi shopping kat level lain plak. Aku dengar2 Bean dengan Cik Hel nak pi karaoke pas tu kot, tapi tak taulah kan.
Tengok, RM12K dengan ktorg je

Anyway thanks kat SumiJelly yang ajak aku pi event nie semalam.

Ini je yang aku dapat

Voucher untuk kuruskan badan!

Kepada kengkawan yang lelain, nie bukan Bloggers Gathering okeh. Sebab ade orang complain, yang aku tak ajak pun diorg nie pi event nie. Sorry guys, kalau ade betul2 punye gathering confirm2 aku ajak korang. Jangan nak sentap2 okeh.






Saturday, April 24, 2010

Cupcakes-Anak Kepada Cakes

Salam korang,

cupcakes? ape bende nie. Ermm ia adalah anak-anak kepada Cakes yang beso tuh.

Actually cam nie, cupcakes nie sejenis cake yang comel yang dibuat dalam bekas-bekas calung kertas yang berbentuk seperti cawan. Sebab tu ia diberi nama cupcakes. Sekarang nie orang ramai terutamanya aku cam pandai makan kek cawan yang comel2 nie. Dia sama je macam cakes beso cume saiz tu je yang di kecil kan.

Kalau korang perasan dah jadi trend cupcakes nie jadi  doorgift/berkat masa korang pergi majlis perkahwinan kan. Yang buat hantaran pun ade, tapi itu yang mahal sket lah. Kalau yang berkat nie murah je sebab beli banyak kan.

Aku suke beli cupcakes kat kedai nie.

CupcakeChic
Di antara yang aku suka makan, adalah :

Chocolate Hitam

Chocolate Vanila

Chocolate Lagi


Sebenarnya aku terlupa nama cuppies nie, sorry la yek.Hah nampak sedap kan, korang belum rasa lagi. Bila dah rasa mesti nak lagi. Bila tension-tension, makan manis2 nie sedap kan. Tapi jaga-jaga Cik Salmah nanti baik2 tak ada kencing manis, tup tup pergi check terus naik 9.5 kencing manis. Bukan apa, nak makan boleh tapi ingat-ingat.

Korang suka makan cupcakes kan, buat reti tak? Yang penting, aku reti buat. HEehhehehe.

Friday, April 23, 2010

Kerang Rebus

Salam korang,

kerang rebus. apa yang best tentang kerang rebus nie ek?

Sedap dimakan panas2. Bagi aku kalau makan kat luar. Mesti ade appetizer kerang rebus. Sedap oo kene plak dengan sos yang ala-ala pedas tak pedas kan.

Setiap orang cara rebus kerang lain daripada yang lain. Macam aku sebelum kawin, pas aku basuh kerang tu, aku letak halia dengan bawang hiris kemudian aku tenggek kat dapur sampai mendidih then trus tutup api. Tapi bila dah kawin nie, mrBig suruh aku masak lain cara plak. Masukkan air dalam periuk, kemudian bila betul2 dah mendidih yang kaw-kaw sampai membuak tuh, masukkan kerang kemudian trus tutup air. Dia suka makan half cook, sedap tambah darah katanya.

Tapi kawan aku si Milah dot com plak, cara masak dia pelik lah sket. Dah basuh kerang tu bersih2, didihkan dengan air atas dapur, tunggu sampai kering. Then baru leh angkat. Ermm jawabnya sampai kapanlah aku tak dapat merasa kerang rebus kau la milah dot com.

Tapi yang pelik, kenape aku cerita pasal kerang rebus ek? Aku nak lawan K ina KL ke pasal masak-masak nie ek? Tak la. Sebenarnya aku mengidam nak makan kerang rebus tapi malam nie ktorg ade jamuan teh diraja anjuran JMB umah aku so tak dapatlah makan kerang rebus. So tangguh jelah niat nak mkana kerang rebus nie ek!.

By the way, cam ne korang rebus kerang ek?

Thursday, April 22, 2010

My Dream Destination

Salam korang,

Hah Project Alpha datang lagi. Minggu nie diorg bermurah hati sebab 2 kali Instant Cash Blogging kuar. Yang 1st one aku tak sempat nak buat. So cube nasib yang nie plak.

My Dream Destination.

Impian Percutianku? ermm cam tulah bunyinya kan. Lebhi kurang lah. Sebenarnya banyak tempat nak pegi. Tapi slow2 kayuh dulu lah. Tapi dari sebelum kawin sampailah sekarang impian percutian aku dgn mrBig ktorg nak ke New Zealand. Sebab mrBig nie kan kaki rugby. So dia nak rasa cam ne main rugby dengan orang2 kat sane. Lagi plak aku teringin sangat nak tengok cam ne kehidupan sebenar Kaum Mauri kat sana. So far sekarang kitorang tengah berusaha kumpul duit sket2 untuk kesana.


So nak kesana naik apa? haruslah dengan MAS TRAVELLER  (Malaysia Airlines). Sebab senang kan. Duk dalam kapal terbang berbelas jam, tak kan aku nak tengok mrBig, mrBig tengok aku je kan, so kalau dengan MAS dapatlah borak2 dengan peramugari2 yang cun + kurus langsing tu kan.

Lagipun MAS TRAVELLER memiliki pakej yg murah untuk membuat penerbangan ke serata dunia x kira masa dan hari, so bila-bila korang suka je boleh terus online ke website diorg.



Hah bila lah impian nak tercapai ek? Dapat sekali rasa pi New Zealand pun jadilah. Mesti seronok kan. Ini tidak, orang suruh simpan duit, aku asyik nak shopping je ingatkan.

Untuk Project Alpha Season 2 Episod 4-7, korang leh tengok kat sini. Tapi aku cube masukkan Project Alpha Video punye code tapi tak jadi lah. Anyway korang click je link nie okeh!


Hah cepat buat tau, sebab hanya 50 entries je dipilih.

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAStraveller.com

Siri TV : Leverage a.k.a Robin Hood Moden

Salam korang,


Disebabkan aku nie suker gile tengok tv, nama url pun sigilatv kan. Aku nak citer la sket2 pasal citer2 yang aku tengok kat umah. Kalau malam tu, pas masak & makan, aku memang layan tengok tv dulu puas2, pas tu baru lah sibuk2 nak check email lah, update bloglah, berFB bagai lah. Bukan apa bagi chance kat mrBig surf dulu, kalau tak kang asyik tanya dah ke belom guna pc tuh. Maklumlah PC ade satu usernya ade 2 so kenalah takes turn kan.

So tiap2 malam selasa aku memang tunggu citer Leverage nie. Dari 1st season sampailah sekarang nie aku memang setia menengoknya. Citer berepisod nie mengisahkan pasal penyiasat insurance 'Nate Ford' bersama gengnya membenteras gejala2 korporat nie. Ala orang kaya tipu orang miskin, orang ade power gulingkan orang bawahan hah cam tulah. Betul2 macam Robin Hood moden.

Each episod macam2 kisah yang diorg nie buat, and setiap action tu memang tak korang tak akan jangka lah. Pelik memang pelik tapi best.

So di antara pelakon2 citer nie ialah:-


Timothy Hutton - Nate Ford. Dia nie mastermind dalam segala operasi. Tok dalang lah katakan. Kalau tak boleh cam mane pun, dia still ade idea untuk jadikan bende tu boleh.

Gina Bellman - Sophie Devereaux. Dia nie cantik, orang british la katakan. Tapi memang talented bab- bab menipu nie. Kalau berlakon2 tu jadi tokeh kaya tu memang sesuai lah..

Christian Kane - Eliot Spencer.Dia nie kuat giler orangnya. Even berlawan dengan orang sebesar mane pun dia still menang. Hebat kan. 

Beth Riesgraf  - Parker. Cantik tapi cam bodoh2 sket tapi gila tajap cipan. Dah pandai bab buat keje mencuri nie serah je kan dia.

Aldis Hodge - Alec Hardison. Computek geek. Segala akses rahsia negara semua dia boleh tembus. Memang pakar dalam IT.


Memang bestlah citer nie. Kalau korang nak tengok every Selasa. kul 9 malam AXN Channel. Astro 701. Kalau tak de astro boleh beli DVD collection diorg kat Sg Wang Plaza, berlambak giler arh.

Ermm nanti aku nak citer lagi pasal citer2 kat tv yang aku minat. Kekadang citer bebudak Wonderpets, Upin Ipin aku layan gak.

Korang plak, cam ne? citer apa yang korang minat ek?

p/s: Aku cam perasan banyak nau aku guna perkataan gile dalam entry nie. Apakah aku dah gile ataupun memang dah gile kot? ermm....

Apa Yang Anda Tahu tentang Darkbatman dot com

Salam korang,
Sambil aku menyinggah ke blog2 orang yang melawat aku nie, tetiba aku teringat masa kat Gatsby Event ari tu, K ina KL ade cakap pasal contest kawan kite nie Mr Darkbatman nie. So aku pun masuklah ke blog dia. Usha punye usha aku pun jumpelah pasal contest RM250 nie.

Hah nak join contest nie senang je. Korang ikut je syarat2 yang dinyatakan macam kat bawah nie.

Syarat2 Peryertaan:

1. Anda perlu buat entri ”Apa Yang Anda Tahu tentang Darkbatman dot com”
Dah buat pun. Yang ko tengah baca nie ape ek?
2. Di alu2 kan menjadi follower kesayangan saya
Follower kesayangan mu. Ko tengok nie

Nampak tak muke aku, walaupun kecik tapi ade kan.

3. Sila sertakan banner duit di atas dan backlink pada entri ini.
 Nie aku dah letakkan gambo duit nie. Nak link sekali? hah ni dia link nya:


4. Jadilah pembaca setia saya. ahaha.
Memang pun aku baca pasal ko ari2 tau. 

Hah inilah dia mr Darkbatman kite, temannya dia tu tukang amik gambo dia je. Seganlah nak plak teman dia tu sape. Maybe BFF or GF. Yelah selalu berdua je.

Sebenarnya aku baru je kenal dengan mr Darkbatman nie. Ktorg jumpa masa Project Alpha Launch Event ari tuh. Tapi x berape rapat lah. Kenal2 gitu. Bile time Gatsby Event tu barulah kenal rapat dengan dia. Rupanya mamat nie personal trainer. Ala yang duk kat Gym tu, ajar2 orang bersenam. Hah gitulah gamaknya.

Dalam blog dia nie, memacam2 gak bende dia pandai antaranya:-

- Exercixe vs Fitness untuk anda
- Cerita Terhangat
- Nuffnang
- Hanya Lelaki
- Tutorial
- Contest (aku dengar dia nie selalu gak buat contest yang grand2 nie)

Hah korang apalagi, jom la join contest dia nie. Ala sempat lagi dateline 25th April 2010. Manalah tau kan, korang bernasib baik dapat saguhati RM10 tu kan. Aku plak? haruslah dapat hadiah 1st place tu kan.

p/s: Korang cepat2 doakan aku dapat tau. Boleh open table kat Mo'men Seksyen 7 Shah Alam. Ala tempat yang aku buat food testing ari tuh. La tak caya? korang baca nie Mo'men Restaurant. Sedap oo dan murah.

Wednesday, April 21, 2010

TQ Nuffnang dapat gak RM50.

Salam korang,

Geng2 bloggers aku nie still x abis citer pasal Gatsby Event last saturday ek? Mahunya tak abis2 sebab event tu best sesangat tau. Eventho aku balik awal coz nak pi bermanja2 dengan mrBig sambil membeli gadget terbaru untuk letak kat bilik 'entertainment' kitorang, tapi aku still nak citer gak pasal event nie lagi.

Sebab ape?

Jeng jeng jeng...

Aku dapat nie

Ya allah suker giler aku di buatnya. Ingatkan x dapat, maklumlah aku bukannye geng2 bloggers pink iaitu Bean, Eqriqazz, Jai yang famous sampai update blog kat depan pintu Times Square kan.

Ataupun geng2 bloggers purple Daydeck, Melz, CikHel, Aus, Tasha, Eny, Bob, Sendra yang makan kat meja yang disusun panjang di Times Square sambil main bowling pas tu yang x reti nak ajak aku eventho daydeck call tapi aku tak angkat kan.(Deck jangan marah tau, masa ko call tu aku x dengar langsung, bising dlaam PC Fair ari tuh)

Tapi still Nuffnang baik hati bagi aku duit geli2 nie kan.

Anyway TQ Nuffnang, kalau ade event lelain lagi, mintak2 jemput aku lagi ek.

Tuesday, April 20, 2010

Bila SiBelang Malaya Dah Hampir Pupus.

Salam korang,

Semalam petang, tengah duk lepak2 cari bahan untuk menulis pasal harimau. Tetiba amoi opis aku nie tegur:-

Amoi   : U cari apa kat internet
Lily      : gambo harimau lah.
Amoi   : la hari2 mau, u kat rumah boleh buat jugak kan.
Lily      : Ishk, bukan itu lah moi, cari gambo harimau lah tiger.
Amoi   : ooo tiger. Hah u tunggu sekejap.
Lily      : uik..(dengan tangan mengaru2 kepala)
Amoi   : u mintak i punye camera, transfer itu gambo harimau. ade 2 keping itu macam lah.
Lily      : apsal u bole ade itu gambo harimau?
Amoi   : Last 2 week, saya bawak anak sedara saya pi tengok harimau dekat itu Zoo negara. So dapatlah amik gambo tu. Tapi aa apsal sekarang masuk zoo banyak mahal?
Lily     : ye ke, may be itu pasal harimau la kot.

aku pun trus transfer gambo harimau tu ke PC aku. Tetiba dia tanya lagi:

Amoi  : Saya mau tanye u, apa pasal itu harimau ah, ade 2 ekor, diorg kasi separate 2 cage.
Lily     : May be dua dua jantan kot.
Amoi  : kalau dua dua jantan, apsal diorg asyik jalan sambil pandang2 sambil mengaum dekat dinding yang separatekan diorg tuh. Itu mesti jantan sama betina.
Lily     : U biar betol moi!.
Amoi  : Ai ya. betul lah. Kalau diorg kasi duduk sesame mesti diorg boleh produce banyak lagi anak       harimau   kan. Sebab aa saya baca dekat internet, harimau malaya yang kini hanya tinggal 500 ekor sahaja di negara kita. Banyak pemburuan haram bagi mendapatkan tulang harimau dan daging yang akan digunakan untuk tujuan perubatan.
Lily    : ai yo moi, u lagi bagus aa tahu pasal itu harimau malaya.
Amoi : Mestilah itu harimau sekarang kian terancam dan hampir pupus. Kite mesti kasi jaga betul2la.      Nanti kite punye anak x kenal harimau oo kalau itu harimau sudah tak de.
Lily    : Lagi apa u tau pasal itu harimau.
Amoi  : ai ya, u pegi google itu internet, baca sendiri lah. Saya sudah haus lah mau pi minum dulu.


Hah itulah dia serba sket pasal citer harimau nie, sesiapa sekarang nie pun pasal tahap kepupusan species harimau nie. Oleh itu, sesame lah kite join kempen pasal TigerFest nie sempena EarthDay dr 19 - 22hb April nie. Segala details korang boleh check kat web ni lah.





Aku akan menyokong penuh kempen nie. Kalau harimau tu boleh bela, dah lama aku bela cam ne aku bela kucing tau.

p/s : korang tak cian kat rimau ke ek? buat tau entry pasal rimau nie

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails